Page 5 - Suara Sarawak A
P. 5
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Parlimen 5
| BAHAGIAN KAPIT, DAERAH TELANG USAN
Kawasan kawalan Demam Babi Afrika
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisytihar Bahagian Kapit dan Daerah Telang Usan di Miri sebagai kawasan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
Ia berikutan kawasan terbabit berdekatan dengan Wilayah Nunukan dan Krayan, Kalimantan Utara, Indonesia yang terdapat laporan penularan ASF.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud berkata, arahan tersebut dibuat oleh Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah di bawah Seksyen 35 (1) (b) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Sehubungan itu, Dr Adrian menasihati orang ramai termasuk penternak babi di kawasan kawalan penyakit ASF agar tidak memberi makan babi, memindah babi hidup, daging babi atau produk babi keluar dan masuk ke kawasan kawalan penyakit ASF.
Tambahnya, orang ramai mahupun penternak juga tidak boleh membawa/ membeli dalam talian/ menghantar mana-mana daging atau produk babi ke kawasan tersebut.
"Pada masa yang sama, penternak babi dikehendaki melaporkan sebarang kematian mengejut babi dan sebarang aktiviti haram melibatkan babi dan produk babi ke pejabat Bahagian Veterinar terdekat.
"Penternak babi juga disaran untuk kerap melakukan sanitasi kawasan ladang dan sekitar menggunakan pembasmi kuman. Membasuh dan mensanitasi apabila menyentuh haiwan atau produk babi.
"Elakkan babi peliharaan bersentuhan dengan babi hutan di ladang dengan menambah penghadang dan elak melawat ladang babi dan pengunjung ke ladang babi," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Dr Adrian berkata, mana-
menawar atau memindah mana daging babi atau produk babi untuk dijual bertentangan dengan arahan tersebut.
Tambah beliau, daging ataupun produk babi
itu akan dirampas atau dimusnahkan oleh pihak veterinar.
“Ganti rugi tidak akan dibayar untuk mana- mana daging dan produk babi yang dirampas atau dimusnahkan dalam seksyen ini,” katanya.
Kegagalan mematuhi arahan itu tegasnya, akan didenda tidak melebihi RM1,000.
“Elak membeli, menjual ataupun menyimpan
babi hutan hidup dan daging babi hutan untuk mengelakkan penularan virus,” ujarnya.
Dr Adrian berkata, membawa daging atau produk babi dari Indonesia tanpa permit pihak veterinar adalah kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) ordinan yang sama.
Katanya, pesalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 dan atau dipenjara tidak lebih dua tahun.
Dr Adrian memberitahu, penternak babi di bahagian lain dinasihati mempertingkatkan langkah berjaga-jaga
dan memperketat biokeselamatan ladang serta tidak mengalakkan kunjungan ke ladang babi.
"Segera melaporkan kepada Pejabat Bahagian Veterinar ataupun melalui talian WhatsApp 016- 2840918 sekiranya terdapat kematian tidak normal melibatkan ternakan.
Beliau memaklumkan, setakat ini, babi yang diternak di negeri ini masih bebas penyakit ASF.
Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa daging babi yang dijual di pasaran selamat untuk dimakan kerana virus ASF bukan penyakit Zoonotic dan tidak akan menjangkiti manusia.
Tambahnya, JPVS akan menjalankan pemantauan berterusan dan kawalan di sempadan.
• Sumber Parlimen Malaysia
Bersidang lima hari
KUCHING: Kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Dewan Negara akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.
"Mesyuarat ini untuk memberi penerangan kepada semua
ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara.
"Termasuk meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid," kata kenyataan tersebut, semalam.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat
dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan
dibentangkan di hadapan kedua- dua Majlis Parlimen.
"Mesyuarat ini akan
diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Sementara Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada jemaah menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini," tambah kenyataan itu.
Bukan masa tepat buka sempadan negeri
| NUR HAZIRAH SHUKUR
nhazirahshukur@suarasarawak.my
Pengeluaran pasport vaksin hanya dapat dilaksanakan sekiranya jumlah vaksinasi mencapai tahap yang tinggi, kata Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
KOTA SAMARAHAN:
dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan makanan dalam program Kongsi Rezeki- Pantri Komuniti, di Summer Mall, di sini semalam.
depan, tetapi sempadan negeri mungkin tidak akan dibuka dalam waktu terdekat.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata, walaupun ketika ini belum terdapat pengaturan untuk pengeluaran pasport vaksin tetapi beliau yakin ia akan dilaksanakan tepat pada masanya.
“Apa-apa sahaja rundingan, termasuk perkara ini boleh dilaksanakan atau tidak, ia hanya dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Bagaimanapun, dengan situasi sekarang dan munculnya pelbagai varian Covid-19, mungkin bukan masa yang tepat untuk membenarkan kemasukan ke negeri ini," jelasnya.
“Selain itu, untuk melaksanakan perkara ini (pasport vaksin), kita juga memerlukan kerjasama antara negara.
"Sarawak hanya sebuah negeri dan sekiranya perkara dalaman (internal) kita mungkin ada kuasa, tetapi sekiranya melibatkan negara, ia perlu diatur oleh Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Beliau memberitahu, untuk melonggarkan syarat kemasukan, jumlah rakyat yang divaksin
perlu meningkat terutama di Semenanjung Malaysia bagi mengekang penularan Covid-19.
“Sekiranya kita dapat mencapai jumlah vaksinasi yang tinggi, barulah kita dapat melaksanakan kaedah tersebut untuk melakukan perjalanan
ke negara lain,” katanya
Dalam perkembangan lain, Abdul Karim memaklumkan, walaupun Sarawak berada
di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk pada Ogos
“Di Sarawak, jumlah orang yang mendapat vaksin cukup tinggi, tetapi perkara ini tidak sama dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.
Tambahnya, perkara berkaitan imigresen merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, termasuk mengadakan rundingan antara negara mengenai pasport vaksin ini.
"Sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, saya ingin melihat sempadan kita dibuka untuk lebih banyak aktiviti pelancongan.
"Sekiranya jumlah orang yang divaksin masih rendah, saya
rasa sempadan kita belum dapat dibuka," tegasnya.
5