Page 3 - Suara Sarawak A
P. 3

SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Muzik 3
KUCHING: Penyanyi dan pemain sape, Alena Murang mengharumkan nama negara apabila merangkul dua anugerah berprestij video muzik antarabangsa di United Kingdom baru-baru ini.
Video muzik Warrior Spirit memenangi Video Muzik Terbaik Asia dan Pasifik serta Gelaran Kehormat bagi kategori Kostum Terbaik.
Warrior Spirit diarahkan oleh saudara Alena iaitu Sarah Lois Dorai, dan dihasilkan bersama-sama Kanid Studio and Project Room.
Di samping itu, Warrior Spirit juga tercalon dalam peringkat separuh akhir anugerah Filem Terbaik di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Warrior Spirit menunjukkan kekuatan dalaman kami yang datang dari leluhur pahlawan dan perwira,” kata Alena mengenai video muzik yang disiarkan
di YouTube pada 27 Mei lalu sebagai sebahagian album Sky Songs.
Alena menggunakan muzik dan filem sebagai alat untuk memberikan kesedaran mengenai warisan Borneo.
“Datuk, moyang saya, Balang Nganud merupakan pahlawan yang disegani. Beliau sebagai harimau yang memenggal kepala musuh.
“Walaupun tidak lagi mengamalkan
amalan itu, kami mewarisi semangat, kesungguhan dan kekuatan mereka, lebih-lebih lagi berjuang untuk sesuatu yang lebih besar bagi diri kita.
“Saya rasa ramai rakyat Malaysia dan penduduk di serata dunia
juga boleh menyerap semangat pahlawan itu,” tambahnya.
Keseluruhan video, daripada muzik, tarian dan kostum mengambil inspirasi daripada kepelbagaian budaya di Borneo, terutamanya di Sarawak.
Video itu katanya, tidak dapat dihasilkan tanpa Styllar, Saerah Ridzuan, jurusolek terkemuka, Gebriel Padanm dan pereka serta pereka kraf Malaysia.
“Kemenangan dan pencalonan dalam festival ini menunjukkan bahawa terdapat minat dalam penceritaan yang kami ceritakan dan daripada komuniti peribumi.
“Kami berharap lebih banyak filem akan disokong melalui kewangan pada masa depan,” kata Sarah
yang menjadi pegarah video muzik tersebut.
ALENA menggunakan muzik dan filem sebagai alat untuk memberikan kesedaran mengenai warisan Borneo.
Alena Murang terbaik
Suntik vaksin, promosi jualan
UMI Isup bergambar bersama-sama produk penjagaan diri yang dijualnya.
“Sambil menerima suntikan vaksin, dalam masa yang
sama mempromosikan produk penjagaan diri yang saya jual.
Ini ikhtiar saya membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya di sini, semalam.
Jelasnya yang mula berjinak- jinak berniaga secara dalam talian sejak Jun 2020, gelombang terbaharu ancaman Covid-19 semakin membebankan apabila lebih banyak sekatan dilakukan.
“Sebelum ini saya dapat pergi ke rumah panjang berhampiran untuk berniaga. Sekarang
tidak dibenarkan, maka saya manfaatkan teknologi, lagi pula rangkaian telekomunikasi agak memuaskan di kawasan saya.
“Bermiaga secara dalam talian di kawasan yang jauh di kawasan hulu mempunyai potensi, misalnya di sini boleh dikatakan saya seorang sahaja yang melakukannya – jualan memang bagus.
“Sehingga kini, ramai yang sudah menjadi pelanggan tetap. Apabila perlu mereka hanya menghubungi saya, kemudian membuat pembayaran sama
ada secara tunai atau membayar secara dalam talian dengan pemindahan terus ke akaun. Mudah,” jelasnya yang kini berusia 26 tahun.
Tambah Umi, kreatif dalam mencari wang amat penting
ketika ini ekoran tidak banyak peluang pekerjaan.
Katanya lagi, jika diusahakan dengan betul walaupun
secara kecil-kecilan, berniaga dalam talian mampu menjana pendapatan lumayan.
“Daripada hanya duduk di rumah ekoran PKP, lebih baik pegang telefon sambil menjana pendapatan,” katanya.
Sementara itu, Adun Layar Gerald Rentap Jabu memuji kesungguhan Umi yang menurutnya wajar dicontohi oleh lebih ramai generasi muda di kawasan hulu.
“Dalam keadaan tidak menentu ketika ini, siapa malu akan rugi, siapa rajin dapat ganjaran.
“Seperti Umi, saya
puji kegigihannya untuk mempromosikan barang jualan kepada penduduk yang hadir di PPV Bergerak selain aktif berniaga secara dalam talian.
“Justeru itu, saya berharap lebih ramai anak muda khususnya yang jauh di pedalamam,
yang mempunyai rangkaian Internet yang baik, agar terus berusaha. Memang tidak mudah, tetapi Umi telah membuktikan bahawa sesiapa juga mampu melakukannya,” jelasnya.
Beliau berharap Umi terus berusaha untuk menjadi usahawan berjaya suatu hari kelak.
| OSMAN RAZALI
osmanrazali@suarasarawak.my
BETONG: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia terus memaksa rakyat agar lebih kreatif dalam memperoleh wang bagi menampung perbelanjaan harian.
Lebih-lebih lagi bergelar suami yang menggalas tanggungjawab terhadap anak isteri, serta keluarga.
Namun, hari ini kita menyaksikan semakin ramai para isteri rajin membantu pasangan
masing-masing dan paling mudah dengan berniaga secara dalam talian.
Itulah yang dilakukan oleh ibu muda, Umi Isup untuk menjana pendapatan untuk keluarganya.
Ibu kepada seorang anak itu mengambil peluang mempromosikan produk penjagaan diri yang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak.
Jika kita, adakah sanggup? Ibarat menyelam sambil minum air, itulah perumpamaan tepat
mengenai kegigihan Umi. Ketika ditemui di Klinik
Kesihatan Nanga Mujau selepas mengambil suntikan dos kedua vaksin Covid-19, dia cukup peramah mempromosikan perniagaan kecilnya kepada penduduk sekitar yang hadir.
“Rezeki ada di mana-mana. Prinsip saya mudah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
“Sekurang-kurangnya peluang berjumpa orang ramai di PPV Bergerak saya manfaatkan sebaik-baiknya.
3


































































































   1   2   3   4   5