Page 4 - Suara Sarawak A
P. 4

4
Bakul Makanan
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Agihan bersasar
Tambah
peruntukan
sedia ada
beras, 2kg minyak, 1kg tepung, satu set telur ayam, dua bungkus biskut, dua bungkus mi segera, tiga tin sardin serta serbuk perasa dan perencah nasi goreng.
"Saya juga mengalu-alukan sekiranya terdapat maklumat daripada organisasi bukan kerajaan dan kumpulan masyarakat prihatin yang mempunyai maklumat masyarakat yang terkesan untuk diberikan bantuan.
"Pihak yang memerlukan boleh berhubung melalui pesanan ringkas ke talian WhatsApp 013-8184218 dan 019-8250218 dengan menyatakan nama penuh, bilangan keluarga, nombor telefon yang dihubungi, alamat rumah serta keperluan khusus," katanya.
Lukanisman memaklumkan sebanyak 4,555 bakul makanan diagihkan oleh Pusat Khidmat Sibuti melalui peruntukan sedia ada termasuk sumbangan syarikat dan individu bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.
"Saya berharap masyarakat di kawasan Sibuti memahami bahawa peruntukan ini tidak dapat diagihkan mengikutt jumlah ketua isi rumah (KIR) seperti BKSS 6.0 tetapi lebih fokus kepada golongan yang benar- benar memerlukan.
"Saya akan cuba membantu sebanyak mungkin dan pusat khidmat akan memulakan penghantaran 89 bakul makanan ke Rumah Isa dan Rumah Banyang yang dikenakan PKPD sejak 2 Julai lalu," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Lukanisman berkata, Kerajaan Sarawak telah mengagihkan bakul makanan ke semua 82 kawasan Dun di Sarawak bermula 8 Jun lalu.
"Secara keseluruhan, kedua-dua kawasan Dun di bawah Parlimen Sibuti menerima 19,690 bantuan Bakul Makan Bantuan Sarawakku Sayang 6.0 Kerajaan Sarawak.
"Ini termasuk 6,258 bakul makanan diagihkan di Dun Bekenu dan 13,432 di Lambir," tambahnya.
| BARINA NANI
barinanani.bn@suarasarawak.my
KUCHING: Bantuan bakul makanan berjumlah RM300,000 akan diagihkan secara bersasar di kawasan Santubong, kata Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, Pusat Khidmat Santubong akan menggunakan pendekatan yang sama seperti sebelum ini untuk mengagih bantuan bakul makanan tersebut.
"Pihak kami akan memberi bantuan kepada golongan sasar iaitu B40 dan yang memerlukan bantuan tidak kira di kampung ataupun rumah panjang di kawasan Santubong yang bernilai RM100 untuk satu keluarga," katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.
Menurut Wan Junaidi, kawasan Santubong sangat luas dan
WAN JUNAIDI
jumlah penduduknya ramai. “Namun tidak semua
penduduk memerlukan bantuan tersebut. Disebabkan itu, kami memberikan bantuan secara bersasar," jelasnya.
Beliau menambah, Pusat Khidmat Santubong akan
bekerjasama dengan Pusat Khidmat Adun Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan.
"Dengan kerjasama Adun di kawasan Santubong, saya yakin tidak ada yang akan ketinggalan mendapatkan bantuan ini.
"Malah kami juga mempunyai ketua kaum dan ketua masyarakat yang turut memberi kerjasama dalam agihan bantuan ini kelak," ujarnya.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan berjumlah RM300,000 kepada semua ahli Parlimen untuk memperkasa program Bantuan Bakul Makanan sedia ada.
Ia bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara.
LUKANISMAN AWANG SAUNI
KUCHING: Bantuan bakul makanan dengan peruntukan RM300,000 untuk Pusat Khidmat Sibuti akan fokus kepada golongan yang benar- benar memerlukan ketika ini, kata Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata, sebanyak 5,000 bakul makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) serta tambahan RM50,000 daripada peruntukan sedia ada pusat khidmat disasarkan untuk bantuan itu.
"Bakul makanan ini akan memberi fokus kepada penduduk rumah panjang atau kampung
yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), golongan B40 yang tersenarai dalam sistem e-kasih, golongan yang hilang pekerjaan, keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar, dan asnaf atau fakir miskin.
"Selain itu, ia turut disasarkan kepada pemegang Kad Emas Kenyalang (KGC), pesakit buah pinggang golongan B40, penjaga yang mempunyai ahli keluarga terlantar sakit serta keluarga pelajar yang dikenal pasti oleh pihak sekolah melalui senarai yang disahkan," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Menurut Lukanisman, bantuan tersebut memberi fokus kepada penduduk bermastautin di kawasan Sibuti yang merangkumi Daerah Subis, Bekenu, Niah, Bakam, Peninjau, Hulu Sibuti, Taman Tunku, Lusut, Lambir, Sungai Rait, Tukau dan pengundi luar yang berada di Miri.
Jelasnya, antara barang keperluan yang disediakan di dalam bakul makanan termasuk 10kg
KUCHING: Ahli Parlimen Julau Larry Sng menambah RM40,000 untuk bantuan bakul makanan bagi penduduk di kawasannya.
Beliau berkata, dana yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk setiap ahli parlimen berjumlah RM300,000.
Bagaimanapun katanya, kawasan Julau mempunyai lebih 500 rumah panjang dan 8,000 keluarga.
"Jika mengikut syarat untuk bantuan bakul makanan, ia sepatutnya mempunyai pelbagai barang keperluan bernilai RM100 untuk satu keluarga.
"Ini bermaksud, hanya 3,000 keluarga yang akan menerima bantuan ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Larry menambah, ia tidak adil sekiranya terdapat keluarga yang mendapat manfaat daripada
| MOHAMMAD FIKRI JAMAL
suarasarawak.news@gmail.com
LIMBANG: Penerima bantuan bakul makanan di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) di sini diagih secara bersasar berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Baitulmal.
Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, peruntukan itu tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan ketua isi rumah di Parlimen Limbang.
LARRY SNG
bantuan bakul makanan dan sebaliknya.
"Saya tidak mahu ada yang menyifatkan saya bermain politik, pilih kasih atau memilih kenalan dalam pemberian bantuan ini
nanti.
"Maka saya memohon
pengecualian daripada kerajaan untuk menukar kuantiti di dalam bakul makanan itu agar dapat dibahagikan sama rata kepada 8,000 keluarga di Julau," jelasnya.
Beliau menjelaskan, bakul makanan itu akan merangkumi 10kg beras, 1kg gula, 1kg minyak masak dan sebungkus bihun. "Kos kesemua barang itu sekitar RM340,000 dan ini bermakna saya menambah RM40,000 untuk bantuan bakul makanan itu," ujarnya.
Larry memberitahu, beliau menyasarkan bantuan itu dapat diagihkan pada 10 Julai ini.
“ Pusat Khidmat Julau akan memanggil setiap rumah panjang mengikut waktu dan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan,” katanya.
Tiada pilih kasih
Untuk penerima layak sahaja
Oleh itu jelasnya, bantuan secara bersasar akan dilaksanakan kepada mereka yang benar-benar layak.
"Penyerahan bantuan bakul makanan di Parlimen Limbang dibuat secara berfasa dengan
fasa pertama di kawasan Parlimen Limbang melibatkan 1,333 penerima.
"Senarai ini berdasarkan nama penerima bantuan kebajikan
di JKM Bahagian Limbang dan senarai golongan asnaf dari Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan
Limbang,” katanya.
Beliau berkata demikian
semasa menyempurnakan
simbolik prapelancaran dengan menyerahkan sendiri kepada empat penerima di Kampung Pahlawan dan seorang di Kampung Limpaki, semalam.
Antara barang di dalam bakul makanan tersebut adalah beras 10kg, Milo, susu, bihun, sardin, biskut, garam, gula, minyak masak, tepung dan lain-lain.
Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang juga Adun Bukit Kota Datuk Dr Abd Rahman Ismail; Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi; Pegawai Psikologi JKM Bahagian Limbang Alexander Lucas Khiu Kwong Huat; Pemanca Abu Bakar Tinggal; Penghulu Sahat Bagol; Ketua Kampung Pahlawan Hussein Burut dan Ketua Kampung Limpaki Muntil Brehim turut hadir.
HASBI HABIBOLLAH
4


































































































   2   3   4   5   6