Page 2 - Suara Sarawak A
P. 2
2
Jenayah
Hanya separuh kepala timbul
LIM Jaw
Shyong dan Hamdan Salleh menjelaskan kejayaan menangkap empat banduan lari dari Penjara Pusat Puncak Borneo, semalam. | Foto GHAZALI BUJANG
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
WAKTU SOLAT NEGERI SARAWAK
Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON 5 ZON 6 ZON 7 ZON 8 ZON KHAS
4:49 4:59 6:13 4:55 5:05 6:19 5:00 5:10 6:24 5:05 5:15 6:29 5:08 5:18 6:32 5:09 5:19 6:33 5:12 5:22 6:36 5:15 5:25 6:39 4:46 4:56 6:10
12:27 3:52 6:38 7:53 12:31 3:57 6:41 7:56 12:35 4:00 6:42 7:57 12:40 4:05 6:47 8:02 12:41 4:06 6:48 8:03 12:42 4:07 6:47 8:02 12:44 4:09 6:49 8:04 12:47 4:12 6:53 8:08 12:24 3:50 6:35 7:51
ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan, Lawas
ZON 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi, Belaga
ZON 3: Tatau, Kuala Tatau,Sebauh, Bintulu
ZON 4: Igan, Oya, Balingian, Kapit, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Song
ZON 5: Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang, Tanjung Manis
ZON 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
ZON 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
ZON 8: Kuching, Lundu, Bau, Sematan
ZON KHAS: Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan
Disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sarawak
| NAZIRY HARIZAN
naziry1995@suarasarawak.my
PADAWAN: Dua tahanan yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Penjara Pusat Borneo ditemui dalam keadaan hanya setengah kepala timbul di permukaan paya berhampiran kawasan hutan Taman High Park, sekitar jam 2.30 petang semalam.
Kedua-dua suspek enggan menyerah diri biarpun kawasan itu dikepung pasukan operasi hampir 137 pegawai dan anggota.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, kedua-dua suspek
– Mohamad Fikry Azzarudin Abdullah, 26, dan Rahmat Simbolan, 38, warga Indonesia ditahan pada hari kelima operasi.
tanpa henti setiap hari sehingga hari kelima – kedua-duanya berjaya ditahan semula.
Komisioner Penjara Hamdan Salleh Majin berkata, empat suspek melarikan diri ketika ditempatkan di pusat tahanan di rumah A1 sementara menunggu keputusan saringan Covid-19.
“Kawasan itu dikepung sejurus mendapat maklumat terkini sekitar jam 10.30 pagi,” katanya dalam sidang media di IPD Padawan, petang semalam.
“Pada Sabtu polis menerima maklumat orang kampung yang suspek meminta makanan di sebuah tapak pembinaan pada di Taman Shun Lee dan Greenland Villa Batu 11, Jalan Kuching-Serian.
Katanya, semua suspek ketika itu ditempatkan bersama-sama 45 lagi tahanan reman lain.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil maklumat yang diperoleh daripada seorang penghantar makanan Foodpanda dan penduduk kampung berdekatan.
“Ekoran maklumat itu, Ops Tutup diperluas sehingga ke Daerah Bau dan Lundu. Pada Ahad, operasi diperluas ke Landeh, Batu 10, Kampung Kuap, Taman Chimuk dan kawasan sekitar mendapati jejak baharu kawasan hutan itu.
“Suspek dipercayai mencabut gril besi dan disedari pegawai penjara. Suspek dilihat melompat melalui pagar utama dari pusat transit sebelum disedari pegawai penjara bertugas.
Katanya, kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat kepada polis berjaya menemukan kedua-dua suspek.
“Pusat Transit Penjara (PTP) asalnya adalah bangunan kuartes kelas F yang diwarta dan diubah suai menjadi penjara.
Katanya, suspek pertama dan kedua daripada empat tahanan berjaya ditangkap semula pada hari pertama operasi. Suspek pertama ditangkap berdekatan kubur Cina bersebelahan Kampung Sinar Baru (6.25 petang). Suspek kedua ditahan pada jam 10.50 malam bedekatan lokasi suspek pertama ditahan.
“Pada jam 10.30 pagi, kedua- dua suspek dilihat melintasi jalan dan memasuki hutan di kawasan Taman High Park. Semua pasukan operasi termasuk Unit Drone Pasukan Gerakan Udara PDRM mengepung kawasan
itu sehingga kedua-dua suspek diberkas.
“Tahanan yang masuk di dalam PTP tidak digari. Dari segi SOP tiada kecuaian melibatkan gari,” ulasnya lanjut.
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SIBU
Dimaklumkan bahawa kawasan berikut akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada waktu yang dinyatakan di bawah:
Kawasan terlibat
1. Di sekitar kawasan Kampung Seduan Jaya
Gangguan ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerja tersebut akan ditangguhkan ke tarikh dan masa yang akan dimaklumkan.
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali, dan pihak kami akan berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik dengan secepat mungkin.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300-88-3111 (24 jam)
PENGURUS WILAYAH WILAYAH TENGAH
Syarikat SESCO Berhad (672931-A)
A subsidiary of Sarawak Energy Berhad
Jelasnya, operasi mengesan dua lagi suspek berterusan 24 jam
Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Pengarah Penjara Puncak Borneo Asisten
Kesemua suspek kini telah dibawa balik semula ke Pusat Penjara Borneo.
Rampasan RM27.27 juta
KUCHING:: Briged Sarawak PGA Kuching merekodkan rampasan bernilai RM27.27 juta serta 754 tangkapan dan pengusiran dalam 229 serbuan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Komander Briged PGA Sarawak SAC Saini Bongkek berkata, sindiket membabitkan penyeludupan rokok haram merupakan tangkapan dan nilai tertinggi rampasan.
“Pecahan nilai rampasan melibatkan rokok seludup bernilai RM16,387,683.10, diikuti kayu balak (RM4,926,682.60), kenderaan (RM4,449,850), arak dan minuman keras (RM562,526.99), dadah (RM28,865), hidupan
dan tumbuhan dilindungi (RM222,000) serta lain-lain rampasan bernilai RM691,067.63.
“Statistik menunjukkan hasil nilai rampasan tahun ini telah meningkat berbanding jumlah
yang telah direkodkan tahun lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA semalam.
Tambahnya, jumlah tangkapan individu pula 149 warga tempatan terdiri (128 lelaki dan 21 wanita), manakala 169 warga asing (137 lelaki dan 32 wanita).
Tegasnya, kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, Ordinan Hutan Sarawak 2015, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 dan lain-lain akta berkaitan.
Katanya, pengusiran melibatkan 436 warga asing dari Indonesia (367 lelaki dan 69 wanita) yang dikesan memasuki Sarawak melalui jalan tikus.
Dedahnya, siasatan
mendapati warga tempatan
yang berperanan sebagai penghantar (pengangkutan) serta tekong darat menerima bayaran minumum RM300 bagi setiap penghantaran untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) menyelinap masuk sempadan negara.
“Sindiket ini sering mengubah modus operandi membawa Pati terutamanya diurus oleh dalang di negara Indonesia menggunakan rangkaian di Malaysia bagi mengatur perjalanan dan tempat transit.
“Mereka juga licik dengan sentiasa memantau keadaan kawalan sekeliling dan mengetahui pergerakan pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan,” tambahnya.
Setakat ini jelasnya, Bahagian Serian merupakan kawasan panas aktiviti penyeludupan selain di Kuching dan Sri Aman.
Tarikh: 6 Julai 2021, Selasa Masa: 9:00pg hingga 5:00ptg
2