Page 18 - Suara Sarawak A
P. 18

18
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
KemasyaraKatan
Penduduk Dalat prihatin
laiquangsok@suarasarawak.my
MUKAH: Jumlah penduduk daerah Dalat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 meningkat apabila seramai 12,802 orang sudah mendaftar setakat ini.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, peningkatan jumlah
itu membuktikan warga Dalat menyahut saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendaftarkan diri untuk menerima suntikan berkenaan.
Malah katanya, ada dalam kalangan mereka yang enggan berbuat demikian sebelum ini sudah berubah fikiran.
“Ada yang dulunya tidak mahu divaksin sudah berubah fikiran. Secara tidak langsung ia
mendorong pertambahan kepada seramai 1,334 orang dengan bilangan keseluruhan 12,802 orang,” katanya kepada media selepas meninjau pelaksanaan program vaksinasi bergerak di Kampung Narub dan Klid di sini, semalam.
Beliau memberitahu, seramai 9,477 orang atau 73.6 peratus sudah mendapat suntikan dos pertama manakala seramai 1,868 orang atau 14.3 peratus pula melengkapi vaksin dos kedua.
Program bergerak itu katanya, akan diteruskan ke Nanga Baoh dengan melibatkan seramai
225 orang yang layak mendapat suntikan pada 8 Julai ini.
“Kita menjangkakan proses vaksinasi untuk kawasan ini selesai sepenuhnya pada 29 Julai. Sehubungan itu, saya berharap kerjasama semua pihak agar program ini berjalan lancar dan selesai mengikut jadual,” katanya.
Fatimah yang juga Adun Dalat berkata, pelaksanaan program merupakan salah satu pendekatan
FATIMAH Abdullah turun padang meninjau pelaksanaan program vaksinasi bergerak di Kampung Narub dan Klid di Dalat, semalam.
Syukur, terima kasih bantu kami sekeluarga
Santuni mangsa kebakaran
| MUKHRIZ MOHAMAD
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Tidak bekerja sejak Februari lepas menjadi cabaran besar kepada Mohammad Sobri Faisal, terutama untuk menyediakan makanan kepada keluarganya.
Sobri yang berusia 33 tahun berkata, operasi di tempat kerjanya iaitu syarikat memasang kanopi terpaksa dihentikan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, selain makanan, dia juga perlu menyediakan susu dan lampin pakai buang untuk kegunaan anak keempatnya yang kini berusia tujuh bulan.
“Gaji yang saya terima sebelum ini mengikut hari bekerja. Kalau tidak bekerja seperti sekarang, maka tiada pendapatan.
“Bagaimanapun, syukur dan terima kasih kepada keluarga mentua yang banyak membantu saya dan keluarga,” katanya.
Sobri menambah, jika diberi peluang, dia memang mahu bekerja demi mencari pendapatan untuk keluarganya.
“Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan keluarga mentua dan mahu berdikari mencari rezeki,” ujarnya.
Dia turut berterima kasih kepada Adun Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang menghulurkan sumbangan berupa bungkusan makanan, susu dan lampin pakai buang.
KABONG: Pusat Khidmat Dun Kalaka telah menziarahi keluarga terjejas akibat kebakaran yang berlaku semalam sekitar jam 10.15 pagi.
Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah dua tingkat musnah sepenuhnya manakala tiga lagi rumah terbakar sekitar 10 peratus.
Mewakili Pusat Khidmat Dun Kalaka ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggai Pergerakan Pemuda Negeri, Kasdi Pandi menghantar
bantuan berupa makanan asas seperti beras, telur, kopi, teh, susu, gula dan lain-lain kepada mangsa.
Kasdi turut menghulurkan bantuan wang tunai kepada Busrah Mensen, Kasim Mustapha, Wen Aris yang turut mewakili Sabani Aris.
Menurut Ketua Kampung Ketua Kampung Hilir Empelam, Abdul Rasyid, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
kerajaan untuk memastikan penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar tidak tercicir mendapat suntikan vaksin.
“Saya juga berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tanpa
komitmen padu mereka tidak mungkin kita boleh mencapai sasaran imuniti berkelompok seperti yang disasarkan,” katanya.
Bantuan segera kepada keluarga daif
18
KAKITANGAN Pusat Khidmat Adun Pantai Damai, Yazit Junaidi menyampaikan sumbangan kepada Sobri.
DALAT: Bantuan Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300 telah disalurkan kepada sebuah keluarga untuk membeli keperluan harian keluarga daif di sini.
Sumbangan tersebut susulan maklumat yang diterima oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Dalat pada 30 Jun lalu yang menyatakan sebuah keluarga mengalami kesusahan apabila kehabisan makanan dan stok susuan anak-anak.
Menurut Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Dalat, Mohamad Nazri Mohamad Sharkawi, si suami pekerja kontrak iaitu bergaji hari dan sejak pelaksanaan PKP, dia kehilangan pekerjaan.
“Kita telah menjalankan siasatan terhadap keluarga ini dan mendapati si suami tidak lagi
bekerja. Disebabkan itu, suami isteri ini terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Nazri menambah, ketiadaan sumber pendapatan menyukarkan si suami untuk menyara keluarga apatah lagi membayar hutang.
Bagaimanapun, pihaknya berharap bantuan segera tersebut dapat membantu keluarga ini membeli barangan keperluan harian yang diperlukan.
Keluarga ini berasal dari Long Lama, Miri dan sebelum ini si suami bekerja di tapak pembinaan.
“Selama ini keluarga tersebut mengharapkan ihsan daripada jiran setempat. Pasangan suami isteri ini mempunyai dua anak masing-masing berusia lima dan dua tahun,” katanya.


































































































   16   17   18   19   20