Page 19 - Suara Sarawak A
P. 19
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Vaksinasi
19
KUCHING: Kerajaan perlu menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada pekerja sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan bagi membantu mempercepat pemulihan ekonomi domestik negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata, ia wajar diberi perhatian
serius dengan mengambil kira kepentingan sektor ini sebagai penggerak ekonomi dan perdagangan domestik.
"Kementerian amat prihatin dengan situasi semasa yang melanda sektor perdagangan domestik termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran
kesan pandemik Covid-19, yang tidak dibenarkan beroperasi
atau beroperasi secara terhad, bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung serta pekerja yang hilang pendapatan sehingga
tidak dapat menyara kehidupan keluarga.
"Sudah tiba masanya kerajaan memberikan keutamaan kepada program imunisasi industri kerana kepentingannya sebagai enjin ekonomi negara.
“Tenaga kerja industri ini sentiasa berinteraksi dan menyiapkan logistik yang digunakan oleh pengguna," katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, risiko jangkitan yang dihadapi oleh tenaga kerja sektor ini setiap
hari sangat serius dan boleh membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai tahap imuniti kelompok dalam memacu kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Oleh yang demikian, sektor di bawah KPDNHEP harus diberi perhatian sewajarnya seperti sektor lain, termasuk perkilangan dan pembinaan," katanya.
Berdasarkan data dan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sektor perdagangan domestik mengekalkan prestasi cemerlang dalam membendung penyebaran jangkitan Covid-19, iaitu hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan kluster manakala
tahap pematuhan SOP sebanyak 98.54 peratus.
Sehubungan itu, katanya, tidak adil bagi mereka yang terlibat dalam sektor ini untuk menunggu lebih lama untuk program vaksinasi dikhaskan buat mereka.
Menurutnya lagi, sektor peruncitan sebagai salah satu perkhidmatan perlu beroperasi setiap hari sepanjang tempoh Fasa Satu PPN.
Ini demi memastikan orang ramai boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti biasa tanpa perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan.
Beliau berkata, walaupun
kluster yang wujud daripada sektor peruncitan amat rendah, pekerja sektor peruncitan khususnya pasar raya berhadapan risiko yang tinggi terhadap jangkitan Covid-19 kerana sentiasa bersemuka dengan ramai setiap hari.
“Sehingga 1 Julai, terdapat 1,162 pekerja dari 59 pasar
raya dijangkiti Covid-19 yang menyebabkan operasi pasar raya tersebut terpaksa ditutup,” dedahnya.
Beliau menambah, sehingga semalam terdapat tujuh cawangan pasar raya masih ditutup kerana kebanyakan pekerja perlu menjalani proses kuarantin.
Segera vaksin pekerja sektor perdagangan
RICHARD Wee bersama-sama dengan ahli jawatankuasa Dana Sokongan Antipandemik Sarawak ketika mesyuarat melalui aplikasi Zoom.
Sasar 5,000 penderma
KUCHING: Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menyasarkan 5,000 penderma daripada pelbagai peringkat untuk menderma dalam Dana Sokongan Antipandemik Sarawak.
Presidennya Datuk Ricard Wee berkata, sejak pelancaran kempen itu, jawatankuasa dana menerima maklum balas daripada lebih 1,600 orang dengan jumlah derma lebih daripada RM98,000.
"Saya menyeru semua ahli jawatankuasa dan pemimpin di setiap peringkat termasuk seksyen belia dan bahagian wanita untuk bersama-sama dalam mengumpul 5,000 penderma bagi menunjukkan kita bersatu dalam menentang pandemik Covid-19," katanya.
Beliau berkata demikian ketika
mesyuarat secara Zoom bersama dengan ahli jawatankuasa
Dana Sokongan Antipandemik Sarawak.
Menurutnya, sejak penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka segera menubuhkan pasukan bantuan bencana untuk membantu golongan kurang bernasib baik seperti sakit, keluarga miskin dan yang tinggal jauh di pedalaman.
"Di bawah kempen amal ini, kami memberi penekanan dan menghargai jumlah peserta serta mengalu-alukan derma tanpa mengira jumlah yang diberikan.
"Justeru itu, jawatankuasa menyasarkan sekurang- kurangnya 5,000 penderma," jelasnya.
Richard berharap sasaran
penderma itu dapat dicapai dalam tempoh dua bulan agar jawatankuasa tersebut dapat menyerahkan bantuan yang dikumpul kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Beliau turut berpuas hati dengan usaha ahli jawatankuasa dalam menjayakan program tersebut.
Jelasnya, walaupun jawatankuasa itu baharu ditubuhkan kurang daripada dua minggu, namun ia menerima sokongan yang amat menggalakkan.
Di samping derma daripada ahli jawatankuasa, mereka turut menggalakkan sumbangan daripada pasukan sukarelawan, syarikat swasta dan badan industri berkaitan.
Penduduk beri
komitmen
sepenuhnya
TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai memuji komitmen penduduk di kawasan Sungai Kakus atas sambutan hangat program vaksinasi Covid-19.
Jelas beliau, ia membuktikan penduduk setempat sedar akan kepentingan program tersebut sebagai salah satu langkah untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.
“Jika ada yang masih tertinggal dan belum mendapat suntikan vaksin dari kawasan Sungai Kakus, boleh mendapatkan suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Sangan,” katanya
Beliau berkata demikian selepas meninjau kelancaran program jangkauan vaksinasi bergerak
di Dewan Masyarakat Punan di Rumah Ado Bilong, Kakus. Sikie yang juga Adun Kakus berkata, setakat 1 Julai lalu, lebih 38 peratus penduduk di negeri ini telah melengkapkan dos pertama suntikan vaksin.
Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini sentiasa terjamin.
Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat, Pemangku Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong, Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis dan Pakar Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Tatau, Dr. Tiong Chong Ying turut serta.
19