Page 21 - Suara Sarawak A
P. 21
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
ArenA
21
EURO 2020
Xavi, Iniesta inspirasi Barella
LEGENDA Sepanyol, Xavi dan Andres Iniesta menjadi sumber inspirasi bintang sayap Itali, Nicolo Barella.
Bagaimanapun, beliau enggan meniru corak pemainan ‘tiki taka’ dua bintang ternama Barcelona itu.
Xavi dan Iniesta merupakan ‘jantung’ pasukan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2008 serta 2012.
"Mereka adalah juara yang menjadi inspirasi kepada sesiap sahaja, seperti Xavi dan Iniesta," ujar Barella.
"Ia mudah untuk mengatakan yang kita
mendapat inspirasi tetapi saya mempunyai perwatakan berbeza dan sukar untuk menjadi mereka.
"Pasukan Sepanyol yang menjuarai Euro 2012 memiliki pemain tengah yang luar biasa,” katanya.
“Mereka memiliki pemain yang hebat tetapi kami harap boleh mencapai tahap yang sama seperti mereka dan mungkin boleh buat lebih baik lagi,” jelasnya.
Barella mengukuhkan namanya dengan ketajaman sentuhan jaringan buat Inter Milan dan Itali.
Malah, beliau membuka tirai jaringan dengan
gol menarik ketika Itali menumpaskan Belgium 2-1 pada aksi suku akhir.
Itali akan menentang Sepanyol awal pagi nanti, untuk berebut tiket final.
SEDIA GEMPUR... Barella (tengah) ketika sesi latihan skuad Itali semalam. COPA AMERICA 2020
Brazil buru tiket final
Luke Shaw tutup mulut Mourinho
BEK kiri England, Luke Shaw membalas kecaman Jose Mourinho mengenai keupayaannya melakukan sepakan bebas.
Shaw membuktikan kehebatannya apabila dua hantarannya menghadirkan dua jaringan buat England ketika membelasah Ukraine 4-0 dalam aksi suku akhir.
Hantaran tersebut disudahi tandukan cantik Harry Maguire dan Harry Kane.
Ketika aksi kalah mati, Mourinho yang kini bersama AS Roma, mengkritik keupayaan Shaw mengambil sepakan bebas, tetapi ia dibuktikan salah oleh Shaw.
“Bagi saya dia bukan pemain yang sesuai mengambil sepakan bola mati atau berada dalam kotak penalti merebut bola di udara.
“Dia amat pantas dan posisi terbaik untuknya ialah kekal di bawah untuk menangani serangan balas.
“Tetapi Gareth Southgate mungkin memerlukan pemain kaki kiri atau dia melakukan sesuatu dalam latihan yang kita tidak nampak.
“Mungkin ketika menentang Jerman dia mengambil sepakan sudut dengan baik dan England menang kerananya. Menakjubkan,” ujar Mourinho.
Bagaimanapun kritikan Mourinho itu dibalas Shaw dengan mengatakan sepakannya ketika menentang Scotland dan Republik Czech tidak seteruk mana.
“Saya tidak memahaminya. Saya tidak tahu kenapa dia
masih mencari salah saya. Saya tidak rasa sepakan
bola mati itu seburuk yang dia katakan,” tegas Shaw.
SANTAI... Luke Shaw bersantai di kolam renang, dekat hotel penginapan pasukan.
PENGENDALI Brazil, Tite mahu memastikan mereka mara ke final Copa America 2020 dengan menewaskan Peru dalam aksi separuh akhir di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro hari ini (7.00 pagi waktu Malaysia).
Menurut Tite, setelah mengatasi Chile 1-0 dalam aksi suku akhir, kini mereka semakin yakin.
“Kedua-dua pasukan ini memiliki tradisi tersendiri dalam kejohanan Copa America. Dua tahun lalu, kami bertemu di pentas akhir, malah kami juga bertemu peringkat kumpulan dan aksi play-off.
“Bagaimanapun, semua rekod tidak boleh dijadikan ukuran, kerana ia berlangsung
PANASKAN... Tonggak Brazil, Neymar mengemudi rakan- rakan ketika sesi fatihan.
pada saat yang berbeza dan pasukan berbeza.
“Cuma yang pasti, matlamat kami adalah sama, iaitu untuk beraksi dalam perlawanan akhir,” katanya.
Untuk rekod, Brazil mara
ke separuh akhir dengan rekod tanpa kalah dalam
12 perlawanan dan Tite berpeluang untuk menyamai rekod bekas pengendali, Mario Zagallo yang 12 perlawanan tanpa kalah.
Selain itu, Brazil yang juga juara sembilan kali Copa America bakal berdepan Peru buat kali ke-20 dengan rekod 15 kemenangan, seri dua kali dan tewas dua kali.
Sementara itu pemain tengah Brazil, Fred meramalkan
tentangan sengit daripada Peru.
Katanya, kesebelasan Peru dijangka akan beraksi sehabis baik untuk mencatatkan keputusan positif berdepan Brazil yang juga juara bertahan Copa America, kali ini.
“Jika aksi berdepan Chile dilihat sebagai sukar, saya meramalkan Brazil bakal berdepan kesukaran berganda daripada Peru,” ujarnya.
JADUAL SEPARUH AKHIR
HARI INI (Selasa)
Brazil Lwn Perlu - 7.00 pagi
ESOK (Rabu)
Argentina Lwn Colombia - 9.00 pagi
* Waktu Malaysia.
21