Page 22 - Suara Sarawak A
P. 22

22
ArenA
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
| SEPARUH AKHIR EURO 2020
Itali
jadi
pilihan
JUARA dunia empat kali, Itali tampil sebagai pasukan pilihan menjelang pertemuan separuh akhir Euro 2020 menentang juara Euro tiga kali, Sepanyol di arena Wembley awal pagi nanti (3.00 pagi Rabu).
Ia mengambil kira prestasi kedua-dua pasukan sepanjang pusingan pertama, kedua dan suku akhir.
Pengendali Itali, Roberto Mancini Roberto Mancini menjelaskan anak-anak buahnya begitu bersemangat menunggu Sepanyol.
Ia merupakan pertemuan semula kedua-dua pasukan setelah bertemu pada Euro 2016 dan 2012. Pada 2016 menyaksikan Itali menang 2-0 (pusingan kedua).
Namun, pada final Euro 2012 menyaksikan Sepanyol menang besar, 4-0.
Namun kali ini, Mancini yakin dengan kemampuan skuadnya untuk menundukkan skuad La Roja.
“Setelah sembilan tahun (final Euro 2012), pertembungan kedua- dua pasukan kali ini pasti sengit tetapi akan berlangsung pada sitiuasi pasti berbeza.
“Akibat kegagalan layak ke Piala Dunia 2018, Itali telah melalui perkembangan yang cukup baik termasuk ketika mengharungi perlawanan-perlawanan yang
sukar sejak kebelakangan ini. “Oleh itu, setelah mara sejauh
ini (separuh akhir Euro 2020), pemain pastinya mahu melakar kejayaan bagi mengubat ‘luka’ gagal layak ke Piala Dunia 2018 dan seterusnya menempah slot ke final kali ini,” katanya.
Bagaimanapun Mancini mengakui Sepanyol merupakan pasukan yang sukar untuk ditewaskan, selain Belgium.
“Kami boleh lakukan yang lebih baik, tetapi apa yang paling penting ketika ini adalah untuk pasukan kami tiba dengan selamat di Wembley,” ujarnya.
KESEBELASAN UTAMA ITALI (4-3-3)
KESEBELASAN UTAMA SEPANYOL (4-3-3)
22
GIGIH... Tonggak pertahanan Itali, Chiellini (tengah) melakukan pecutan pendek ketika sesi fatihan ringan semalam.
Misi langsai dendam lama
PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique mempunyai misi peribadi yang perlu dilangsaikan terhadap Itali yang akan ditentang dalam aksi separuh akhir Euro 2020 awal pagi nanti.
Kerjayanya sebagai pemain dalam kejohanan mega sentiasa diingati, termasuk insiden disiku Mauro Tassotti yang menyaksikan darah mengalir dari hidungnya sehingga terkena jersi putih Sepanyol 1994.
Tassotti terlepas daripada sebarang kad, malah Sepanyol dinafikan sepakan penalti pada masa kecederaan. Akhirnya Itali menang 2-1.
Tonggak pertahanan Itali itu bagaimanapun dihukum gantung lapan perlawanan oleh FIFA
tetapi ia tidak mampu mengubah keputusan yang menyaksikan Sepanyol tersingkir dalam saingan suku akhir.
Namun, semuanya berubah
pada 2008 apabila kemenangan ke atas Itali dalam aksi suku
akhir menerusi penalti membuka peluang buat Luis Aragones untuk menjuarai Euro 2008.
Vicente del Bosque kemudiannya membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.
Bagaimanapun, dalam tiga kejohanan utama terakhir ini, mereka gagal melangkah ke suku akhir dengan generasi emas dalam era kecemerlangan semakin berusia.
Keputusan Enrique untuk tidak menyenaraikan bekas kapten, Sergio Ramos pada kempen Euro 2020 menamatkan terus sisa pemain skuad 2008.
"Saya sentiasa mengatakan bahawa kami adalah satu daripada lapan pasukan yang akan menang dan kini kami antara empat terbaik.
"Adalah tidak masuk akal apabila ke separuh akhir dan tidak memikirkan untuk melangkah lebih jauh. Itulah matlamatnya,” ujar Enrique.
TUGAS BERAT... Barisan pemain Sepanyol Ketika sesi latihan semalam.


































































































   20   21   22   23   24