Page 20 - Suara Sarawak A
P. 20

20
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
ArenA
Separuh akhir tak cukup
WALAUPUN bukan pilihan popular pada awal kejohanan, berbanding Perancis, Portugal dan Belgium, namun England tampil membuktikan, mara ke separuh akhir.
Ia merupakan kali kedua England mara sejauh ini dalam kejohanan mega, selepas kempen Piala Dunia 2018. Lantaran itu, pengendalinya, Gareth Southgate mahu anak-anak buahnya mara lebih jauh lagi.
“Separuh akhir sahaja belum cukup. Kami belum berpuas hati lagi, ia hanya satu lagi aksi separuh akhir untuk kami.
“Walaupun tiga tahun lalu kami mengalami kekecewaan selepas separuh akhir Piala Dunia 2018, namun kami sentiasa berasakan kami mampu buat lebih baik lagi,” ujar Southgate.
Detik kebangkitan England bermula dengan kejayaan menumbangkan musuh tradisi, Jerman 2-0 dalam aksi pusingan kedua, setelah berprestasi sederhana sepanjang pusingan pertama.
Lebih menarik, mereka membelasah Ukraine 4-0 dalam aksi suku akhir, sekali gus mara ke separuh akhir dan akan
menentang juara 1992, Denmark awal pagi Khamis ini.
Southgate mahu anak-anak buahnya menamatkan badi kekalahan dalam empat separuh akhir kejohanan utama, sejak kali terakhir melangkah ke final pada 1966.
“Kini, kami sudah menyamai pencapaian di Rusia 2018 tetapi ia belum cukup untuk memuaskan hati pasukan ini,” katanya.
“Kami sudah menamatkan badi dan mengatasi halangan yang kami tempuhi, dan
berasakan kumpulan pemain ini hanya menganggap ini adalah satu lagi cabaran untuk mereka.
“Matlamat kami adalah untuk memenangi pusingan kalah mati. Inilah yang menjadi penanda aras untuk kami,” ujar Southgate.
EURO 2020
Sepanyol perlu sekat Jorginho
BINTANG Pertahanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta mahu rakan seperjuangan menyekat gerak langkah Jorginho dalam aksi separuh akhir awal pagi nanti.
Azpilicueta sedar kualiti dimiliki Jorginho kerana bermain bersama di Chelsea dan mereka akan berdepan sesama sendiri di Wembley.
Walaupun tahu akan berdepan perlawanan sukar, Azpilicueta percaya Sepanyol ada peluang baik untuk mara ke final jika mereka berjaya menyekat Jorginho, yang disifatkan sebagai ‘kunci’ Itali.
Azpilicueta menjelaskan: “Kami ada kumpulan WhatsApp pemain Chelsea, tapi pasti lebih baik untuk bertemunya sekali lagi di padang.
“Kerana itu bola sepak adalah sesiatu yang hebat, kini kami akan memberikan yang terbaik buat pasukan kebangsaan kami. Jorginho terbukti pemain penting buat Itali.
“Dia ada kualiti penting, dia suka menguasai bola dan mengawal permainan.
“Jika kami boleh menyekat apa yang dilakukannya, kami ada peluang lebih layak ke final,” ujarnya.
Yang pasti, Sepanyol perlu meningkatkan tempo permainan, terutama bahagian penyudah, jika mahu mengalahkan Itali. Itali tetap menjadi pilihan dalam perlawanan tersebut.
JORGINHO...
Nadi tengah Itali.
Gelombang emosi azimat Denmark
TURUN PADANG... Tonggak England, Kane (kiri), Maguire (kanan) dan Grealish ketika sesi latihan semalam.
JURULATIH England, Gareth Southgate memberi amaran kepada anak-anak buahnya bahawa Denmark akan menghadirkan ‘gelombang emosi’ menjelang aksi separuh akhir awal pagi Khamis ini.
Euro 2020 menggemparkan dunia, apabila bintang Denmark, Christian Eriksen rebah ketika aksi pertama menentang Finland akibet serandan jantung.
Bagi Southgate, insiden tersebut telah menjadi inspirasi
buat Denmark dalam kejonanan
ini.
“Kita bercakap mengenai
perspektif sukan, tetapi kita jarang mengalaminya dan ini adalah ketika Eriksen rebah yang membawa kita kepadanya.
“Saya juga boleh bayangkan apa yang ia sudah lakukan terhadap pasukan Denmark,” ujarnya.
“Apa yang mereka lalui pada
hari kejadian. Simon Kjaer (kapten) memberi reaksi dan cara mereka melaluinya dan bagaimana hubungan mereka dengan para penyokong.
“Ia cukup luar biasat. Mereka mencetuskan gelombang emosi dan ia akan menjadi kuasa hebat di Wembley nanti.
“Semua itu akan memberi kesan kepada cara pemikiran anda.
“Bagaimanapun, saya tahu para pemain England kini berada pada tahap terbaika jika mereka kekal tenang,” jelas Southgate.
Denmark bermula dengan langkah kiri, tewas dalam dua perlawanan pertama, kalah 1-0 kepada Finland, tumpas 2-1 kepada Belgium. Namun mereka mara setelah membelasah Rusia 4-1 dalam aksi terakhir, untuk muncul naib juara kumpulan.
Mereka kemudiannya membelasah Wales 4-0 dalam aksi pusingan kedua, dan membenam Republik Czech 2-1 dalam aksi suku akhir.
PANASKAN BADAN... Rangkaian Pemain Denmark ketika sesi latihan. Jersi England laris
Twitter sebagai tempat meluahkan kekecewaan mereka.
“Saya sudah cuba untuk mendapatkan jersi England sepanjang minggu ini dan semua tempat sudah habis dijual,” kata peminat.
Seorang lagi berkata: “Jersi England sudah habis di semua
tempat... jika ada sesiapa tahu mana- mana yang masih
ada stok, beritahu saya.”
20
PARA penyokong England menghadapi kesukaran membeli jersi rasmi The Three Lions menjelang aksi separuh akhir Euro 2020 di Wembley, awal pagi
Khamis ini.
Jersi jenama Nike dengan
harga 70 pound (RM403) itu sangat sukar ditemui dan segelintir peminat menjadikan


































































































   18   19   20   21   22