Page 23 - Suara Sarawak A
P. 23

SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
ArenA
23
Latihan 270 minit seminggu
| LYDIA AMAN
suarasarawak.news@gmail.com
ATLET elit kriket Sukma Sarawak kini giat menjalani latihan 90 minit, tiga kali seminggu di
Pusat Unit Prestasi Tinggi Kriket sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekalkan kecergasan fizikal bagi persiapan ke Sukma di Johor tahun hadapan.
Penolong jurulatih Kriket Sukma Sarawak, Chew Pok Cheong berkata, fokus utama latihan adalah untuk mengekalkan kecergasan atlet elit.
“Antara latihan yang dilakukan dalam tiga kali seminggu ialah latihan memukul, lontaran dan latihan bermain di padang. Latihan mengikut SOP yang ketat.
“Mengenai prestasi pemain
setakat ini, sukar untuk dinilai kerana tiada pertandingan diadakan sejak tahun lepas,” katanya yang dihubungi Arena Suara Sarawak, semalam.
Tambah beliau, sebelum
ini mereka merancang untuk mengadakan satu pertandingan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19 dan negara masih dalam tempoh PKP.
Sementara itu, Pok Cheong menyatakan bahawa seramai lima atlet elit telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 dalam Program Vaksinasi Atlet, Jurulatih dan Pegawai Sukan Sarawak minggu lalu.
Manakala, 13 orang atlet masih menunggu giliran untuk vaksin pertama dalam program berkenaan.
GIGIH... Atlet elit Sarawak giat menjalani latihan.
LIGA JUARA-JUARA ASIA
Pertandingan larian maya
DEWAN Bandaraya Kuching Utara akan mengadakan Pertandingan Larian Secara Maya Bandar Raya Kuching Bersih 2021 sejauh 33 kilometer bermula 10 sehingga 31 Julai ini.
Menurut kenyataan media DBKU, pertandingan dianjurkan sempena Bulan Kebersihan Bandar Raya Kuching.
“Larian sejauh 33 kilometer hendaklah dilengkapkan dalam tempoh 22 hari bermula dari tarikh yang telah ditetapkan.
“Peserta juga dikehendaki merekodkan jumlah larian dalam aplikasi larian seperti Strava, Samsung Health, Garmin, Nike Run, Runkeeper dan lain-lain.
“Telefon pintar yang digunakan untuk merekod jumlah larian juga harus didaftarkan atas nama peserta sendiri,” katanya.
Peserta juga hendaklah menghantar keputusan larian ke alamat e-mel komunitidbku@ gmail.com sebelum 5 Ogos, beserta butiran lanjut seperti gambar sedang melakukan larian, nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan tarikh serta masa e-mel dihantar.
Jelasnya, pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang www.dbku.events bermula 5 sehingga 20 Julai ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti di talian 082-236223.
JDT akhirnya kandas!
JUARA tujuh kali Liga Super Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas 2-1 kepada Nagoya Grampus, malam kelmarin.
Berikutan kekalahan keempat dalam kempen ini di Stadium Rajamangala di Bangkok, JDT gagal memperoleh kedudukan dua teratas dalam Kumpulan G pada kejohanan premier peringkat kelab di benua ini.
Pada perlawanan
kelmarin, Nagoya Grampus
tidak menunggu lama untuk mendahului, apabila Mateus Castro menyempurnakan sepakan penalti seawal minit keempat, selepas memperdayakan penjaga gawang Muhammad Haziq Nadzli utuk bergerak ke arah yang salah.
Kelab dari Jepun itu dihadiahkan penalti selepas penyerangnya dari Brazil, Mateus dijatuhkan pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti.
Nagoya Grampus terus mendahului menerusi sepakan lencong Hiroyuki Abe pada minit ke-29.
Pasukan Harimau Selatan itu berjaya mengurangkan jurang gol pada minit ke-42 menerusi sepakan susulan Muhammad Ramadhan Saifullah selepas
KUMPULAN G
Nagoya Grampus
FC Pohang Steelers
Johor Darul Ta’zim 5 1 0 4 3 9 3 Ratchaburi FC 5 0 1 3 0 10 1
rembatan jarak jauh La’Vere Corbin-Ong ditepis penjaga gol Mitch Langerak dan ini mengakhiri rekod tanpa bolos kelab dari Jepun itu dalam kempen kali ini.
Terdahulu, wakil tuan rumah Ratchaburi FC terikat tanpa jaringan dengan Pohang Steelers di stadium yang sama.
Dalam pertemuan terakhir kumpulan pada Rabu, JDT akan berhadapan dengan Ratchaburi FC, sementara Nagoya Grampus akan cuba mempertahan rekod tanpa kalahnya di peringkat kumpulan apabila bertemu Pohang Steelers.
JDT memulakan kempen dengan kekalahan 1-0 kepada Nagoya Grampus, sebelum bangkit dengan kemenangan 1-0 ke atas Ratchaburi FC dari Thailand tetapi tewas berturut- turut kepada Pohang Steelers dari Korea Selatan 4-1 dan 2-0 dalam perlawanan sebelum ini.
Selepas lima perlawanan, JDT kini di tempat ketiga dengan tiga mata, di bawah Nagoya Grampus yang mendahului dengan 15 mata dan Pohang Steelers mengutip 10 mata sementara Ratchaburi kekal di tangga terbawah dengan satu mata.
Hanya 10 johan kumpulan dan tiga naib johan dari setiap wilayah (timur dan barat) akan mara ke peringkat kalah mati.- Bernama
P M S K J B MT
5 5 0 5 3 1
0 13 1 15 1 8 4 10
23


































































































   20   21   22   23   24