Page 8 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 8

8
Pemikiran
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Bukan Sekadar Akhbar • PPK474/02/2019 (035042)
• Tel: 082-647375/ 649527
• Faks: 082-647374
• e-mel: news@suarasarawak.my • Laman sesawang: www.suarasarawak.my
• Lot 14096 (SL 121) Section 65, Ku- ching Town Land District 14D, Metro- city’s Commercial Precint, Jalan Matang, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Sidang RedakSi
Editor Eksekutif
ROHANA WAHED
rohanaw@suarasarawak.my
Timbalan Editor Eksekutif
AWANG ROSLI AWANG JAYA
rosliaj@suarasarawak.my
Timbalan Editor Eksekutif
AWANG SHAHFERI AWANG ADENI
ashahferi@suarasarawak.my
Editor Kanan Berita
RADIN AZHAR AHMAD
radinazhar@suarasarawak.my
Editor
DRAMAN BAHARON
draman@suarasarawak.my
Editor Ruai
ALVESTER BIGOL SULANG
alvesterbigol@suarasarawak.my
Subeditor Berita
CHRISTINA LIAN
christinalucaslian@suarasarawak.my
Subeditor Inspirasi
MOHD HAZIQ AMALUDDIN
haziqamal92@suarasarawak.my
Subeditor Global
S. CONNIE PEARL SUIL
pearl@suarasarawak.my
Subeditor Ruai
LINA KUNJAK
linakunjak@suarasarawak.my
Ketua Pemberita
FENNY SILONG
fensilong@suarasarawak.my
Ketua Grafik
NGUMBANG RANGGA
ngumbang86@gmail.com
Diterbitkan oleh
SV News Sdn. Bhd., Lot 2885 Block 3, Miri Concession Land District,
98000 Miri, Sarawak.
Dicetak oleh
UBP Printing Sdn Bhd, Lot 2042, Section 66, Pending
Industrial Estate, KTLD, Jalan Tenaga, 93100 Kuching, Sarawak.
Abizai, penjahit kata berbisa
A
Abizai Abi atau Zainal Abidin Suhaili sebagai Sasterawan Negeri Sarawak sempena Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak ke-10.
Ini kerana Abizai antara individu yang kekal konsisten menulis dan menghasilkan karya bermutu. Malah puisi-puisinya yang puitis sentiasa menjadi rujukan banyak pihak, termasuk menjadi teks rujukan sekolah. Malah puisi-puisinya dilihat sentiasa hidup, kaya dengan energi dan personafikasi memikat.
Abizai dilahirkan di Kuching pada 19 Disember 1966. Namun beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Dato Permaisuri.
Ironinya, lulusan Diploma Pengurusan Sukan daripada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia serta pemegang ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Kesusasteraan Melayu, dari Universiti Sains Malaysia tidak bekerja dalam bidang yang dipelajarinya.
Beliau sebaliknya menjadikan bidang perbankan sebagai kerjaya. Abizai bertugas sebagai Kerani Kewangan di BBMB Kewangan Berhad Cawangan Miri (1991-1999) sebelum dilantik Pegawai Operasi Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Miri (1999-2015).
Otak sastera tetapi lebih kepada mengira. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Eksekutif Kewangan, Perunding Geomatik Sdn. Bhd.
Bakat Abizai terlalu hebat dalam mencipta kata dan menjarumi ayat pada kanvas puisinya. Justeru tidak hairanlah Abizai muncul sebagai pemenang berulang kali dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). Pada 2000/2001 beliau menang melalui kumpulan puisi, ‘Membentuk Elok di Teluk Esok.’
Ia diikuti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 dan 2007; HSPM 2008/2009 dan banyak lagi.
Puisi beliau yang berjudul ‘Kembali Gawai Rindu Terlerai’ pula menjadi kajian dalam teks Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 mulai tahun 2010.
Abizai juga bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan memegang jawatan Ketua 1 sejak tahun 2002.
Sempena Hari Puisi Nasional (HPN) 2018, Abizai diumumkan Anugerah Penyair Gapena 2018.
Ia merupakan pengikrafan dan penghargaan kepada penyair kelahiran negeri ini. Antara penerima sebelum ini ialah Kassim Ahmad (1987), Datuk Baharuddin Zainal (1988) dan Abdul Latiff Mohidin (1991).
Bagi Ketua II Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) Poul
MAT tepat sekali sebenarnya apabila Kerajaan Negeri
Sarawak menganugerahkan
Nanggang, Abizai adalah peneraju gagah memperjuangkan sastera bangsa khususnya sastera Sarawak.
“Abizai berjaya ‘menyihir’ peta syair Malaysia dengan puisi-puisi lunak, indah dan bertenaga hingga namanya megah sebaris Sasterawan Negara.
Setiausaha Satu PUTERA Jaya Ramba berkata, Abizai seharusnya sudah lama dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Sarawak.
Difahamkan, Sasterawan Negara Datuk Zurinah Hassan pernah memberikan julukan ‘Raja Metafora’ kepada Abizai dan mentakrifkan sajak-sajaknya sebagai tiada tolok bandingnya, sekurang-kurangnya dalam konteks kajian semantik dan semiotik.
”Budaya Melayu ketimbang bahasa dan sasteranya yang sopan santun tetap dijaga dengan rapi, kerana nilai kesantunan inilah yang melahirkan keindahan pada sajak- sajak Abizai,” katanya.
Pada tahun 2019, Abizai telah diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Award). Pada tahun yang sama, beliau juga memenangi Hadiah Kategori Puisi Anugerah Tinta Kenyalang 2019 bersama-sama empat penyair yang lain.
Kehebatan Abizai menyihir terbukti menerusi penerbitan buku ‘Kitab Rahsia’ yang diterbitkan ITBM (2015); ‘Merdeka Burung’ (ITBM, 2015); dan ‘Pemburu Kata Merdu’ (ITBM, 2015).
Karya lain lelaki berbadan sederhana ini ialah ‘Seekor Kelawar di Kamar Pengantin’ (GPPS, 1989); Mengenal Yang Asal (PUTERA,
2000); Membentuk Elok di Teluk Esok (DBP, 2001) dan Sinar Benar (DBP, 2015).
Berikut adalah puisinya yang dihasilkan pada 1989, berjudul ‘Bunga-bunga Bahasa.’
Bunga-bunga Bahasa
Bunga-bunga bahasa mengharum taman kata-kata lidah yang memetiknya menyejukkan setiap telinga bunga-bunga bahasa
diasuh matahari matang
dibelai angin sopan
dewasa dalam peradaban
sedia diuji sederas mana pun hujan
bunga-bunga bahasa mengundang segala rerama warga
tak kira kepak berwarna apa bersatu menyulam cinta
di kelembutan kelopaknya bunga-bunga bahasa
berputik daripada benih perjuangan
bersolek penuh jelita mempesonakan para pendeta berpencak penuh perkasa menepis hujah prasangka bunga-bunga bahasa
bukan sekadar penghias sanggul bicara
tapi adalah jua
urat dan darah jiwa kita.
Miri, 1989
PADA tahun 2019, Abizai telah diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Award). Pada tahun yang sama, beliau juga memenangi Hadiah Kategori Puisi Anugerah Tinta Kenyalang 2019 bersama-sama empat penyair yang lain.
8


































































































   6   7   8   9   10