Page 6 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 6
6
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Berjalan 45 minit pikul baja 50 kilogram
Kesejahteraan raKyat
di pangkalan kami perlu menambang untuk membawa hasil tanaman ke bandar.
“Jadi, hari ini kita amat bersyukur bukan sahaja pergerakan dipermudahkan, tetapi juga proses memasarkan hasil tani penduduk di kawasan hulu juga semakin mudah dan cepat,” ujarnya.
Tambah Tila, sebelum ada jalan raya juga penduduk di hulu kerap kali terpaksa bermalam di hotel ekoran air sungai tidak sesuai untuk pulang.
“Dulu hendak ke bandar, pukul 5 pagi mesti sudah bertolak dan 12 tengah hari harus bergerak pulang dari bandar, jika tidak alamatnya terpaksa bermalam di hotel.
“Berbeza hari ini, bila-bila masa sahaja boleh ke bandar – tiada had masa. Hendak ke Bandar Betong, kurang sejam boleh sampai.
“Justeru, saya berterima
kasih kepada kerajaan kerana mengusahakan jalan raya yang jauh di kawasan hulu sehingga menjadi kenyataan,” jelasnya menambah Rumah Panjang Luing mempunyai 21 bilik dengan 146 penghuni.
Tila yang melengkapkan dos kedua vaksin pada Ahad lalu lega dengan usaha kerajaan yang sanggup pergi ke pedalaman menerusi inisiatif PPV Bergerak.
Katanya lagi, kesedaran penduduk di kawasan pedalaman untuk mendapatkan vaksin amat baik dan difahamkan hampir
ke semua penghuni di rumah panjangnya yang layak telah menerima vaksin masing-masing.
menyejukkan.
Menurut Rentap, jalan tersebut
merupakan salah satu projek terawal yang dipohon semasa beliau memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
“Inilah antara pembangunan untuk rakyat luar bandar yang saya suarakan kepada mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.
“Syukur, Kerajaan Sarawak memberikannya keutamaan dan terima kasih juga kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas itu yang memastikan ia dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada
PETA LOKASI...
Jalan Linsum- Ijok yang men- ghubungkan 12 rumah panjang.
osmanrazali@suarasarawak.my
BETONG: Hari demi hari, kehidupan rakyat di pedalaman semakin bertambah baik dengan pembinaan jalan raya berturap atau bersimen yang sampai ke pintu rumah panjang.
Tidak perlu lagi mengayuh perahu di sungai untuk ke bandar yang lazimnya mengambil masa sangat panjang.
Bagi penduduk di sepanjang Jalan Linsum-Ijok di sini dan sekitarnya, infrastruktur jalan perhubungan yang disediakan oleh kerajaan sangat melegakan.
Apabila kini sudah menggunakan jalan darat untuk ke bandar, pasti ada momen berharga yang sukar dilupakan tentang betapa sukarnya dahulu berbanding hari ini.
Menurut Tuai Rumah Luing Tila Enduya, apabila kerajaan dapat menyiapkan jalan raya ke kawasan hulu yang dahulunya hanya dihubungkan oleh sungai, impaknya cukup besar.
“Satu momen yang tidak dapat dilupakan apabila memikul baja
TILA ENDUYA
seberat 50 kilogram (seguni) dengan keadaan jalan berbukit selama 45 minit.
“Bukan hanya seguni tetapi berguni-guni apabila ada bantuan baja daripada Jabatan Pertanian.
“Misalnya dari jeti di Nanga Mujau ke Luing, biasanya memerlukan masa 45 minit, jika berjalan tanpa membawa apa-apa bolehlah dalam setengah jam.
“Namun hari ini apabila ada jalan, semuanya sampai ke pintu rumah dengan kenderaan – tiada lagi berjalan sambil memikul guni,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Begitu juga untuk memasarkan hasil pertanian, terpaksa menggunakan dua ke tiga buah perahu.
“Kebanyakan penduduk menanam lada, kelapa sawit pun ada selain pelbagai jenis tanaman.
“Apabila tiba masa untuk menjual, kami terpaksa menggunakan dua ke tiga perahu untuk mudik ke hilir ke pengkalan paling dekat.
“Jadi, dalam hal ini, kami terbeban dengan kos pengangkutan.
“Kerana, sebaik sampai
digunakan.
Umpama lebuh raya di dalam
hutan, itu ekspresi pertama Suara Sarawak ketika berkesempatan berjalan-jalan menggunakan jalan baharu itu.
Sungguh jauh perbezaannya, tiada berbatu...jalan licin, rata, dan duduk di dalam kenderaan pun selesa. Tiada lagi yang akan mabuk.
Cuma seperti biasa
jalannya agak berbukit, namun pemandangan yang menghijau cukup menyegarkan mata. Puncak Bukit Sadok cukup gah dilihat.
Kita juga akan menyaksikan air sungai yang jernih dan nampak
BERBUKIT... Keadaan Jalan Linsum-Ijok yang kelihatan berbukit, namun berturap sepenuhnya.
dalam hutan
Lebuh raya di
6
GERALD RENTAP BETONG: Jalan Linsum-Ijok
yang menyambungkan 12 rumah panjang untuk kemudahan lebih 2,000 penduduk sebenarnya terselit kenangan saya bersama- sama Allahyarham Tok Nan, kata Adun Layar Gerald Rentap Jabu yang menzahirkan kelegaan apabila ia siap dan boleh
Suara Sarawak, semalam. Jelasnya, Jalan Linsum-Ijok
yang siap secara keseluruhan itu sepanjang 16 kilometer dengan pembinaan lima jambatan.
“Bermula dari Linsum terus
ke Mara, Melanjan, Raba, Jelang, Temedak, Nanga Mujau, Luing, Kerapa, Gerugu, Penyuin dan Ijok.
“Sementara lima jambatan merentangi Batang Layar, Sungai Pagan, Sungai Pemgirit, Sungai Nyelutong dan Sungai Spaok.
“Secara keseluruhan menelan kos RM44 juta yang keseluruhan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak,” ujarnya.
Rentap mengakui, Jalan
Linsum-Ijok mampu memendekkan masa perjalanan ke Bandar
Betong sehingga satu jam setengah berbanding enam jam menggunakan pengangkutan sungai.
Sekali gus, manfaatnya tambah beliau memudahkan penduduk membawa hasil tani mereka terus ke pasaran.
“Saya yakin, impak pembinaan jalan ini nanti amat besar kepada pembangunan kawasan hulu khususnya,” tambahnya.
Pada masa ini, kerajaan sedang menaik taraf jalan ke Muman sejauh empat kilometer dari Rumah Panjang Ijok.