Page 4 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 4
4
Kesejahteraan raKyat
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Jangan tamak, kongsi bantuan dengan jiran
MIRI: Jangan tamak, turunkan bendera putih sebaik sahaja mendapat bantuan makanan serta berilah peluang kepada orang lain yang juga memerlukan.
Demikian kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri selepas adanya aduan berbhubung kempen kibarkan bendera putih oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut kenyataan itu,
ada individu masih enggan menurunkan bendera putih meskipun sudah sudah menerima bantuan lima hingga enam kali.
"Ini tidak adil kepada orang lain yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19. JPBB Miri menggesa bagi yang menerima bantuan agar menurunkan bendera putih serta-merta," menurut kenyataan itu.
Malahan JPBB Miri
berkata, mereka hanya perlu menghubungi pasukan petugas kebajikan di nombor 085-419 073, 085-419 072, 085-424 534 dan 085-424 535 atau melalui email pkmbmirisarawak@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu Pemangku Residen
Bahagian Miri merangkap Pemangku Pengerusi JPBB Miri Jamalie Busri mengadakan mesyuarat bersama-sama kakitangan pasukan petugas kebajikan.
Ia bertujuan menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi badan bukan kerajaan (NGO)
di bawah pasukan petugas kebajikan JPBB Miri yang terlibat dalam penghantaran bantuan bekalan makanan di Bahagian Miri.
"JPBB Miri mengalu-alukan penyertaan mana-mana
pertubuhan kebajikan di Miri menyertai pasukan ini.
“Bagi NGO yang ingin menyertai atau yang terlibat dalam aktiviti kebajikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Miri agar berdaftar dengan pasukan dengan menghubungi sekretariat (iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri) di talian 085-419 073, 085-419 072, 085-424 534 dan 085-424 535 atau melalui email pkmbmirisarawak@gmail.com," ujarnya.
JAMALIE BUSRI
Tambahnya, semua NGO yang bergabung di bawah pasukan petugas kebajikan perlu merujuk kepada sekretariat untuk diselaraskan terlebih dahulu
oleh pegawai kebajikan yang akan menyiasat, menyelaras dan mengemas kini rekod bantuan sebelum mengatur penghantaran bantuan.
Setiap bantuan yang telah dihantar pula perlu dilaporkan semula untuk tujuan kemas kini rekod penerimaan bantuan.
Buka Almari Sedekah jika
terputus makanan
| NURHAUNI LEE ABDULLAH
suarasarawak.news@gmail.com
SIBU: Golongan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu mendapatkan bantuan makanan di surau dan masjid di sini melalui Almari Sedekah yang ditubuhkan di Dun Nangka.
Adun Nangka Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Almari Sedekah bertujuan membantu mereka yang menghadapi kesukaran ketika pandemik ini.
Menurutnya lagi, sebahagian besar mereka yang datang
ke masjid dan surau untuk mendapatkan bantuan makanan itu merupakan masyarakat bukan Islam.
“Ini jelas menunjukkan kepercayaan memberikan bantuan bukan hanya dalam kalangan masyarakat Islam tetapi juga komuniti agama lain.
“Selain itu, ia mencerminkan hubungan kuat tanpa mengira agama dalam kalangan masyarakat Sibu.
"Sebenarnya, salah seorang penerima memberitahu saya, dia diminta seorang wakil rakyat untuk datang ke Masjid An-Nur Sibu, Jalan Awang Ramli Amit untuk mendapatkan bantuan makanan," katanya di sini, semalam.
Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu berkata, penerima bantuan tersebut juga berharap
agar rumah ibadat lain dapat mencontohi masjid dan surau yang melaksanakan inisiatif tersebut dalam membantu orang yang memerlukan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat tersebut kerana memaklumkan kepada golongan berkenaan untuk pergi ke Masjid An-Nur Sibu bagi mendapatkan bantuan.
Beliau yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) berharap agar wakil rakyat lain di sini akan mengadakan program serupa untuk membantu rakyat yang terkesan teruk dengan pandemik ini.
Sebelum ini Dr Annuar berkata, idea untuk mendirikan Almari Sedekah di masjid dan surau khususnya di dalam
Dun Nangka untuk membantu keluarga tanpa mengira latar belakang agama yang terputus bekalan makanan susulan
PKP akibat wabak pandemik Covid-19.
Bagi menambah baik perkhidmatan tersebut,
beliau menjelaskan akan bertemu dengan jawatankuasa Almari Sedekah untuk memperkukuhkan lagi
prosedur operasi standard (SOP) memandangkan jumlah penerima yang datang untuk mendapatkan bantuan makanan itu sangat ramai.
Orang ramai yang terputus bekalan makanan bolehlah menghubungi masjid dan surau tersebut.
SERAH... Richard Wee menyaksikan penye SERAH... Richard Wee menyaksikan penye r
Kuching semalam. Kuching semalam.
Tuntut Tuntut
KUCHING: Persatuan Komuniti
Tai Poo Bahagian Kuching dan Samarahan serta Persatuan Alumni No. 3 Sekolah Menengah Chung Hua melancarkan kempen Dana Sokongan Antipandemik Sarawak yang disokong oleh Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.
Sumbangan itu diserahkan kepada jawatankuasa kempen semalam.
Kedua-dua persatuan berjaya mengumpulkan 153 penderma dengan jumlah sumbangan bernilai RM13,250.
Daripada 153 penderma, 120 daripadanya adalah jawatankuasa dan ahli Persatuan Komuniti Tai Poo dengan jumlah sumbangan berjumlah RM11,450.
Selebihnya, 35 penderma daripada Persatuan Alumni No. 3 Sekolah Menengah Chung Hua dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM1,800.
4
Sejak kempen pengumpulan dana dilancarkan dua minggu
yang lalu, ahli persatuan secara sukarela menghubungi jawatankuasa dan ahlinya untuk mendapatkan sumbangan.
Selepas itu, semua derma
a
s