Page 3 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 3

RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H Kesejahteraan raKyat
Sarawak terpantas beri vaksin kepada rakyat
3
LUNDU: Sokongan tidak berbelah bahagi oleh Kerajaan Sarawak menjadi kunci kejayaan dan kepantasan Sarawak dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Kebangsaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Katanya, Sarawak tidak hanya bergantung kepada input daripada Kerajaan Persekutuan sahaja.
“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg paling banyak memberi sokongan terutamanya dari segi dana dan sumber.
“Sebab itu, kita sekarang antara negeri teratas dari segi jumlah vaksin yang diberikan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Lundu, di sini semalam.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagaimanapun berkata, kejayaan dan kemajuan negeri ini bergantung pada bekalan vaksin
APA KHABAR...Uggah memberi kata-kata semangat kepada salah seorang penerima vaksin yang menunggu giliran. Turut kelihatan Dr Sim Kui Hian dan Jamilah Anu.
Tambahnya, semalam sahaja, negeri ini telah memvaksin 56,068 orang.
“Sekarang kita ingin meningkatkan jumlahnya melebihi 60,000 setiap hari untuk mencapai sasaran.
“Kita sekarang mempunyai sejumlah 313 semua jenis pusat pemberian vaksin di seluruh negeri. Ini termasuk 68 pusat awam awam, 84 klinik perubatan swasta, 51 klinik kerajaan, 24 hospital umum, 35 PPV industri, 12 hospital swasta, 36 pusat bergerak, dua pusat AstraZenneca dan pusat universiti,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, Sarawak juga dibantu pasukan perubatan tentera yang beroperasi di pelbagai lokasi di Lawas, Miri dan Kapit.
Justeru katanya, dengan penglibatan pasukan perubatan tentera, kemajuan pemberian vaksin di negeri ini bergerak pantas dan meluas.
Uggah menyampaikan penghargaan kepada wakil rakyat GPS yang membantu dalam program imunisasi kebangsaan
di kawasan masing-masing serta sejumlah bantuan daripada NGO dan badan korporat.
Mengulas lanjut katanya, beliau gembira program imunisasi kebangsaan yang mendapat maklum balas yang sangat baik daripada orang ramai.
Timbalan Ketua Menteri itu juga gembira apabila mengetahui di Lundu, daripada 23,584
orang yang mendaftar untuk divaksin, seramai 17,951 orang (76 peratus) menerima dos pertama dan 8,248 orang (35 peratus) melengkapkan dos kedua mereka.
Terdahulu, Uggah yang ditemani Penasihat JPBN,
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
dan Timbalan Setiausaha
Negeri Datuk Ik Pahon diberi penerangan mengenai kemajuan vaksinasi oleh Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani dan Pegawai Kesihatan Daerah Dr Nicky Orrellius Tennent.
Hadir sama Adun Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu dan Residen Kuching, Sherrina Hussaini.
yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan.
“Melainkan Putrajaya dan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) memberi jumlah vaksin yang diperlukan. Jika tidak, kita tidak akan dapat mencapai sasaran menjelang Ogos nanti.
“Namun Putrajaya berjanji untuk memenuhi keperluan kita.
Kita sekarang memohon 430,000 dos seminggu,” ujarnya.
Uggah memberitahu, sehingga semalam negeri ini memvaksinkan 1,552,944 juta orang di negeri ini.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,226,659 juta menerima dos pertama dan selebihnya melengkapkan dua dos.
KUCHING: Siasatan sedang dijalankan terhadap dakwaan yang viral di media sosial bahawa babi hutan di Long Busang, Kapit mati kerana disyaki dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF).
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud berkata, pihaknya menjalankan siasatan bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).
“Long Busang merupakan daerah yang sangat terpencil dan memerlukan waktu untuk mencari bangkai, itupun jika ada,” katanya yang dihubungi, semalam.
Sementara, beliau meminta orang
ramai termasuk penternak babi untuk memaklumkan pihaknya sekiranya terdapat kejadian kematian babi secara tiba-tiba.
“Sekiranya mereka menemui babi hutan mati, segera WhatsApp kami di talian 016- 2840918. Hantarkan lokasi kepada kami,” katanya sambil menambah pasukan veterinar akan dihantar ke lokasi untuk menyiasat.
Dalam pada itu, Dr Adrian memberi jaminan bahawa daging babi di pasaran adalah selamat dimakan.
Katanya, setakat 6 Julai ini, Sarawak masih bebas daripada penyakit ASF pada babi.
Pada 5 Julai lalu, Bahagian Kapit dan Daerah Telang Usan diisytiharkan sebagai kawasan kawalan penyakit ASF.
Ia susulan laporan mengenai wabak ASF di wilayah Nunukan dan Krayan di Kalimantan Utara, Indonesia yang terletak bersempadanan dengan Kapit dan Telang Usan.
| SAMA ADA DIJANGKITI DEMAM BABI AFRIKA
Kematian babi hutan disiasat
3


































































































   1   2   3   4   5