Page 2 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 2

2
Jenayah
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
WAKTU SOLAT NEGERI SARAWAK
Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON 5 ZON 6 ZON 7 ZON 8 ZON KHAS
4:49 4:59 6:14 4:55 5:05 6:20 5:01 5:11 6:25 5:05 5:15 6:29 5:08 5:18 6:32 5:10 5:20 6:33 5:13 5:23 6:36 5:15 5:25 6:39 4:46 4:56 6:11
12:27 3:52 6:38 7:53 12:32 3:57 6:41 7:56 12:35 4:00 6:42 7:57 12:40 4:05 6:47 8:02 12:42 4:07 6:48 8:03 12:42 4:07 6:48 8:02 12:45 4:09 6:50 8:04 12:47 4:12 6:53 8:08 12:25 3:50 6:35 7:51
ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan, Lawas
ZON 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi, Belaga
ZON 3: Tatau, Kuala Tatau,Sebauh, Bintulu
ZON 4: Igan, Oya, Balingian, Kapit, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Song
ZON 5: Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang, Tanjung Manis
ZON 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
ZON 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
ZON 8: Kuching, Lundu, Bau, Sematan
ZON KHAS: Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan
Disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sarawak
Kaut untung RM2.8 juta
| NAZIRY HARIZAN
naziry1995@suarasarawak.my
KUCHING: Sindiket judi
dalam talian yang mengaut keuntungan sekitar RM2.8 juta dengan menjadikan sebuah kondominium sebagai pusat operasi terbongkar setelah kediaman itu di Jalan Song di sini diserbu polis, malam semalam.
Serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu berjaya menahan seramai enam individu dipercayai pekerja yang mengaku menerima bayaran upah sebanyak RM1,500 hingga RM1,800 sebulan.
Kesemua, suspek merupakan warga tempatan masing-masing berusia lingkungan 19 hingga 29 tahun.
Siasatan awal mendapati suspek juga menjadikan kondominium yang disewa dengan bayaran sebanyak RM1,900 sebulan itu sebagai
tempat tinggal.
Ketua Polis Daerah Kuching
Asisten Komisioner Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, salah seorang suspek yang merupakan perancang kedua operasi turut ditahan.
"Kediaman mewah ini mula beroperasi enam bulan lalu, dengan mengaut keuntungan dianggarkan bernilai RM16,000 sehari dan keseluruhannya keuntungan sebanyak RM2.8 juta sejak enam bulan beroperasi.
"Susulan itu, usaha menjejaki suspek utama sedang dilakukan selepas pembantunya berjaya ditahan," katanya semalam.
Dedahnya, modus
operandi sindiket dengan mempromosikan judi dalam talian menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Facebook, WeChat dan Telegram, dengan menyasarkan rakyat tempatan sebagai pelanggan serta beroperasi selama 24 jam sehari.
Katanya, kumpulan sindiket juga membuat penggiliran jadual kerja yang dibahagikan kepada 12 jam.
Tegasnya, operasi turut merampas peralatan kes termasuk empat unit monitor dan unit pemprosesan komputer (CPU), 10 telefon bimbit, sebuah modem serta pelbagai peralatan lain bagi menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.
Jelas beliau, kertas siasatan kini dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Ujarnya, tangkapan terbabit merupakan tangkapan ketiga melibatkan kediaman mewah yang dijadikan pusat judi dalam talian dalam tempoh sebulan di Kuching.
Tegasnya, usaha memastikan kegiatan sindiket judi dalam talian dapat dihapus khususnya di kawasan Kuching akan giat dijalankan secara berterusan.
Menyamar sebagai doktor
| ISMAILI BASMAWI
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Banyak kes penyamaran sebagai polis dan anggota penguat kuasa sering kita dengar tetapi jarang sekali kes indidivu yang menyamar sebagai doktor pakar.
Ini yang berlaku apabila remaja berusia awal 20-an menyamar sebagai seorang doktor yang bertugas di pusat pemberian
vaksin di negeri ini dan dihadap
ke mahkamah semalam setelah mengaku bersalah di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Majistret semalam mengarahkan suspek ditahan lanjut sementara menunggu keputusan sosial dan nasibnya akan diketahui pada 17 Ogos depan.
Rahsia suspek terbongkar disebabkan seseorang di pusat vaksin itu yang mengenalinya dan mengakui rakan sekelasnya ketika Tingkatan Dua pada 2016.
Ikut logik akal, jika suspek berada di Tingkatan Dua pada 2016, bagaimana suspek dapat menghabiskan pengajian kedoktorannya pada 2021? Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Doktor Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Ketika ditahan, polis merampas beberapa barangan seperti sebuah beg sandang berwarna coklat, sehelai baju kerja berwarna biru bertulis Sarawak General Hospital, satu
unit stetoskop jenama Littman, satu pas nama pekerja MOH termasuk perkakas kerja kedoktoran yang lain, seunit i-Phone dan baju bertulis Shah Hairul Izman dan seluar biru gelap.
2


































































































   1   2   3   4   5