Page 5 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 5

RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Kesejahteraan raKyat 5
Tidak boleh melebihi 400 jemaah
Beri kepada yang benar-benar perlu
KUCHING: Keutamaan bantuan bakul makanan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri (gambar).
Menteri Pelancongan,
"Sebelum ini juga, mereka yang terkesan turut menerima bantuan daripada Kerajaan
Nancy memberitahu, sistem jaringan sosial yang ada di Batang Sadong dan luar bandar khasnya dapat memastikan perkara seperti ini dapat ditangani yang mungkin berbeza dengan mereka yang berada di bandar.
nye rahan sumbangan dua persatuan untuk Dana Sokongan Antipandemik Sarawak di ye rahan sumbangan dua persatuan untuk Dana Sokongan Antipandemik Sarawak di
solidariti rakyat solidariti rakyat
"Kami juga merangka pelbagai pelan pemulihan pelbagai peringkat dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dan mencari pendapatan bagi menampung kehidupan, sama ada melalui pusat khidmat kami atau agensi kerajaaan," ujarnya.
Seni dan Budaya itu berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) sememangnya tidak mencukupi bagi menampung jumlah keseluruhan isi rumah di kawasannya itu.
Sarawak melalui Adun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya semalam.
Menurutnya, kawasan Parlimen Batang Sadong meliputi tiga kawasan Dun iaitu Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong.
Nancy menambah, penyelarasan bantuan dan sumbangan turut dibantu oleh pejabat daerah dan agensi kerajaan yang lain.
"Namun kita akan memberikan keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan seperti terputus bekalan makanan dan sebagainya.
"Peranan ketua masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) penting dalam memantau serta bekerjasama memantau anak buah masing- masing supaya nasib serta keadaan mereka terbela dan tiada yang kebuluran akibat pandemik ini," jelasnya.
"Justeru, koordinasi dan kerjasama erat antara semua pihak termasuk wakil rakyat, agensi kerajaan dan NGO perlu dalam memastikan mereka yang memerlukan bahan makanan khususnya dapat dibantu segera.
dikumpulkan dengan senarai penderma diserahkan kepada Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Datuk Richard Wee serta Pengerusi jawatankuasa Tabung Sokongan Antipandemik Sarawak Kuek Eng Mong.
sokongan mereka terhadap kempen pengumpulan dana itu.
KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) telah memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat di masjid dan surau dengan had jemaah mematuhi penjarakan fizikal satu meter.
MIS dalam satu kenyataan berkata, bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak, jumlah jemaah yang dibenarkan tidak melebihi 400 orang.
Manakala katanya, jumlah jemaah di masjid bahagian, daerah atau daerah kecil tidak melebihi 200 orang serta tidak melebihi 100 orang bagi surau.
Jelasnya, had jemaah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan.
Sementara, bagi solat fardhu di masjid dan surau, MIS berkata, ia dibenarkan dengan had jemaah dengan mematuhi penjarakan fizikal iaitu tidak melebihi 150 orang bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak dengan had jemaah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan.
Arahan itu turut melibatkan masjid bahagian, daerah, daerah kecil dan surau dengan tidak melebihi 100 orang.
"Bagi aktiviti pengimarahan di masjid dan surau, aktiviti seperti ceramah, kuliah, kelas pengajian dan sebagainya dibenarkan mengikut tempoh dan had jemaah yang ditetapkan.
"Aktiviti tersebut dibenarkan selepas solat Maghrib hingga azan solat Isyak dan selepas solat Subuh hingga 7.30 pagi," katanya.
MIS menambah, aktiviti seperti siaran langsung melalui media sosial dibenarkan di masjid dan surau dengan masa siaran adalah selepas solat Maghrib hingga azan solat Isyak, selepas solat Subuh hingga
7.30 pagi dan semasa khutbah Jumaat sahaja.
Untuk pengurusan jenazah yang tiada kaitan dengan Covid-19 di masjid dan surau, MIS berkata, kehadiran waris yang dibenarkan tidak melebihi
10 orang dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Tambahnya, kehadiran pengurus jenazah dibenarkan dengan bilangan yang sesuai.
"Bagi pengebumian jenazah yang tiada kaitan dengan Covid-19, kehadiran ahli waris tidak melebihi 10 orang dan petugas perkuburan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter.
"Kehadiran pihak pengurusan tanah perkuburan dibenarkan dengan bilangan yang sesuai," katanya.
Manakala bagi aktiviti ziarah kubur ditangguh sementara.
MIS boleh mengubah atau meminda garis panduan ini dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.
Pemakaian garis panduan
ini berkuat kuasa mulai 7 Julai 2021 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau mana-mana arahan lanjut yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak.
Persekutuan menjangkakan lebih banyak acara penyerahan diadakan berhubung dengan sumbangan yang diterima daripada ahlinya, badan korporat, entiti swasta juga individu lain.
Katanya, pihaknya melancarkan kempen pengumpulan dana selama seminggu dalam kalangan jawatankuasa, ahli serta ahli keluarga mereka dan berjaya mengumpulkan 120 penderma dengan jumlah sumbangan sebanyak RM11,450.
Semasa upacara penyerahan yang diadakan semalam, Richard dan Eng Mao bersama-sama mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa dan ahli kedua-dua persatuan atas sokongan mereka yang murah hati.
Beliau sangat percaya kempen Dana Sokongan Antipandemik Sarawak yang dilancarkan sangat bermakna kerana menunjukkan semangat patriotisme dan belas kasihan rakyat untuk membantu kerajaan dalam menghadapi wabak Covid-19.
Mereka juga memuji Presiden Persatuan Komuniti Tai Poo, Lo Siew Fong dan Presiden Persatuan Alumni No. 3 Sekolah Menengah Chung Hua, Tien Yu Yian kerana memberikan contoh baik dengan mengambil inisiatif untuk melancarkan usaha derma dalam kalangan ahlinya.
Beliau berharap agar masyarakat dapat bersama-sama mengatasi wabak Covid-19.
Sementara itu Siew Fong mengucapkan terima kasih kepada penasihat, jawatankuasa dan ahli persatuan atas sambutan positif dan
Beliau amat berbangga dengan sokongan luar biasa oleh rakan terhadap kempen pengumpulan dana.
Selain itu, beliau memberitahu kemurahan hati yang ditunjukkan oleh 120 penderma persatuannya jelas menggambarkan semangat perpaduan.
Kepada yang ingin menderma dapat menghubungi beliau secara langsung.
5
e
t t


































































































   3   4   5   6   7