Page 10 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 10
10
Kesejahteraan raKyat RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H Jangan ambil kesempatan
| MOHAMMAD FIKRI JAMAL
suarasarawak.news@gmail.com
LIMBANG: Apabila kibar bendera putih, jangan ada pihak yang mengambil kesempatan, demikian tegas Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Menurutnya, mereka yang benar-benar memerlukan bantuan makanan akan dibantu dan beliau berharap golongan berkemampuan tidak mengambil kesempatan.
Ujarnya, Kerajaan Sarawak sebelum ini telah memberikan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dan terbaharu Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen.
“Dalam keadaan kita berdepan dengan pandemik Covid-19, golongan yang berkemampuan boleh memberikan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan simbolik sumbangan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Limbang, semalam.
Antara sumbangan ialah alat bantuan pernafasan sebanyak
empat unit daripada Kerajaan Brunei Darussalam, minuman
100 Plus sebanyak 150 kotak daripada Syarikat F&N, air mineral sebanyak 150 kotak daripada Lembaga Air Kawasan Utara (Laku).
Selain itu, sumbangan
bakul makanan di bawah Program Peladang Prihatin Sarawak daripada Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Limbang.
Awang Tengah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Brunei Darussalam atas sumbangan kelengkapan perubatan untuk Sarawak.
“Ini melambangkan manifestasi perhubungan yang begitu rapat antara kedua-dua negara.
“Selain itu, ia menunjukkan semangat kepedulian semasa menghadapi pandemik Covid-19 ini,” tegasnya.
Tambah beliau, sejumlah 64 peratus penduduk di Bahagian Limbang telah mendapatkan suntikan vaksin.
Sehingga 4 Julai, seramai 47,298 orang atau 64 peratus
daripada 73,923 penduduk layak sementara dos kedua pula seramai 16,005 orang atau 21.7 peratus.
“Jumlah ini akan ditingkatkan lagi dalam Program Imunisasi
Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Julai ini.
“Jumlah penduduk yang layak untuk menerima vaksinasi iaitu berumur 18 tahun ke atas bagi Daerah Limbang ialah 40,797
orang.
“Mereka yang telah menerima
dos pertama setakat 4 Julai ialah 22,446 orang, iaitu sebanyak 55 peratus,” ujarnya.
AWANG Tengah menyaksikan penyerahan sumbangan bantuan pernafasan daripada Kerajaan Brunei Darus- salam.
Kilang papan lapis dikompaun
Kaedah hibrid percepatkan vaksinasi
| CHRISTOPER DING
suarasarawak.news@gmail.com
MIRI: Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri menerima sekitar 806 pemohonan vaksin melalui aplikasi WhatsApp iaitu kaedah pemohonan secara hibrid.
Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, ia salah satu inisiatif mempercepat pemberian vaksin dalam kalangan masyarakat.
“Sebanyak 806 permohonan vaksin Covid-19 diterima melalui aplikasi WhatsApp oleh bilik gerakan ini.
“Kita mengambil pendekatan
permohonan vaksin Covid-19 secara hibrid untuk Bahagian Miri.
“Selain mendaftar melalui MySejahtera, orang ramai boleh memberikan maklumat dengan menghubungi ketua masyarakat, atau pertubuhan masing-masing, atau klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Menteri Pengangkutan
itu berkata demikian selepas meninjau proses pengendalian penerimaan panggilan telefon daripada orang awam berhubung pertanyaan dan pemohonan vaksin Covid-19 di bilik gerakan itu semalam.
“Bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum berdaftar atau belum
menerima notifikasi untuk mendapatkan vaksin diminta untuk berhubung dengan Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri melalui aplikasi WhatsApp atau menelefon bagi tujuan penyelarasan pendaftaran vaksin,” jelasnya.
Menurutnya, orang
ramai boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-59284348
atau 011-59424290 dengan menyertakan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat lengkap.
Manakala bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai vaksin boleh menghubungi Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri di talian 085-322229, 085-322410, 085-322382 dan 085-322127.
Bagi penduduk selain Daerah Miri boleh berhubung terus dengan Pejabat Daerah masing-masing menerusi Pejabat Daerah Subis 085- 736401/085-719237, Pejabat Daerah Marudi 085- 755211, Pejabat Daerah Telang Usan 085-771018/085-771326/085- 771325 dan Pejabat Daerah Beluru 011-63132717 (WhatsApp) pada Isnin hingga Jumaat waktu pejabat.
KIM Shin meninjau operasi Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri.
10
MIRI: Susulan pengesanan 120 kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja papan lapis di Kuala Baram, Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) akan ditubuhkan di Pelabuhan Miri.
Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, PPVIN itu beroperasi bermula 8 Julai ini.
“Ia akan menjadi Pusat Hentian PPV bagi industri dan pekerja. Sementara satu lagi PPVIN akan dilaksanakan di kawasan Taman Perindustrian Kuala Baram yang kini menunggu kelulusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menteri Pengangkutan itu berkata, Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) dari Kuching akan mengadakan tinjauan di premis itu malahan pelannya sudah dihantar untuk rujukan.
“Saya menggesa agar CITF membuat kelulusan segera agar PPVIN ini boleh beroperasi dengan cepat.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyiasat enam pekerja tempatan dari kampung berhampiran untuk mengenal pasti kontak rapat,” tegasnya.
Kelmarin, Daerah Miri merekodkan sebanyak 120 kes positif Covid-19, dan 113 kes atau 94.17 peratus ialah kes yang dikesan melalui saringan bersasar ke atas pekerja di sebuah
kilang papan lapis di Kuala Baram, Miri. Daripada 113 kes tersebut, 107 ialah
terdiri daripada bukan warganegara dan enam ialah warganegara Sarawak.
Kuarters pekerja kilang tersebut diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 1 hingga 15 Julai yang melibatkan kira-kira 210 orang penduduk bagi tujuan mengekang perebakan jangkitan.
Kluster Industri 121, Kuala Baram yang melibatkan kes dari kilang tersebut juga telah diisytiharkan.
Notis perintah tutup premis selama 14 hari iaitu dari 5 hingga 19 Julai dan kompaun berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan kepada pengurusan kilang tersebut.
Ia atas kesalahan gagal memastikan bilangan pekerja kurang 50 peratus mengikut kebenaran yang diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan.
“Saya sekali lagi mengingatkan agar industri yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.
“Agensi berkaitan dan pihak berkuasa terhadap industri akan melakukan lebih banyak pemeriksaan bagi memastikan industri ini mematuhi peraturan yang ditetapkan,” tegasnya.