Page 12 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 12
12
AnugerAh SASterAwAn
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
ALLAHYARHAM AWANG BUJANG AWANG HAMDAN
Anugerah Khas Bahasa dan Sastera
ABANG MEDIAN ABANG SAID
Anugerah Penulis (Novel dan Cerpen)
JA’AFAR HAMDAN
Anugerah Penulis (Puisi dan Esei Kritikan)
JANANG ENSIRING
Anugerah Penulis (Kategori Iban)
Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak
Iktiraf kehebatan Zainal Abidin
| SITI NURAIN RATANI
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Penulis Zainal Abidin Suhaili atau nama penanya Abizai dinobatkan sebagai penerima
Sebagai penulis, kekuatan Abizai terserlah melalui kecemerlangan sebagai penulis kreatif di peringkat negeri dan kebangsaan dan membuka laluan kepadanya menerima anugerah tertinggi bagi bidang kreatif dalam pertubuhan Asean pada 2017 oleh Kerajaan Thailand iaitu penerima Sea Write Award.
Sementara itu, Anugerah Khas Bahasa dan Sastera dinobatkan kepada Allahyarham Awang Bujang Awang Hamdan yang diberikan secara posthumous.
Beliau akan diberikan anugerah dalam bentuk wang tunai bernilai RM6,000, watikah penghormatan negeri dan sepersalinan pakaian.
Awang Bujang merupakan seorang aktivis yang cukup sinonim di panggung bangsawan dan drama di Sarawak dan ketokohan beliau dalam dunia drama dan teater tempatan cukup tersohor dan disanjung tinggi oleh para seniman Sarawak.
Sepanjang tahun 1960-an hingga era 2000, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 500 buah skrip drama radio.
Seterusnya, dua lagi anugerah iaitu Anugerah Penulis Sarawak Genre Novel dan Anugerah Penulis Sarawak Genre Cerpen
dibolot oleh Abang Median Abang Said.
Manakala Anugerah Penulis Sarawak Genre Puisi Penerima dan Anugerah Penulis Sarawak Genre Esei Kritikan dimenangi oleh Ja’afar Hamdan.
Bagi Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Iban, penerimanya ialah Janang Ensiring.
Kesemua penerima Anugerah Penulis Sarawak mengikut genre termasuk kategori bahasa Iban menerima hadiah wang tunai RM4,000 berserta sepersalinan pakaian.
Wang tunai yang disumbangkan kepada penerima anugerah tersebut sumbangan Kerajaan Sarawak melalui Urus Setia ASNS ke-10, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.
Keputusan anugerah tersebut diumumkan secara maya oleh Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapaee melalui aplikasi Zoom.
Menurutnya, Urus Setia ASNS ke-10 menerima sebanyak 32 pencalonan bagi 10 kategori anugerah.
Walau bagaimanapun jelasnya, dua pencalonan Anugerah Penulis
Sarawak Mengikut kategori bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan satu Anugerah Penulis Sarawak Mengikut Kategori Bahasa, kategori bahasa Cina ditolak kerana tidak memenuhi syarat pencalonan.
“Pemilihan dan keputusan penerima ASNS ke-10 dibuat oleh Jawatankuasa Panel Penilai ASNS ke-10 yang dilantik Kerajaan Sarawak.
“Keputusan Jawatankuasa Panel Penilai ASNS ke-10 ialah muktamad. Jawatankuasa Panel Penilai telah mengadakan
dua kali mesyuarat khas
dan perbincangan khusus membincangkan, meneliti dan menilai maklumat serta bahan karya calon bagi memilih penerima yang layak menerima anugerah ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang memenangi Anugerah Sastera Negeri Sarawak ke-10.
“Diharapkan dengan pemberian pengiktirafan tertinggi ini, semua penulis Sarawak akan terus berusaha menghasilkan karya yang bermutu tinggi setanding dengan penulis dalam negara dan luar negara,” katanya.
A
awan Negeri
A
a
n
n
u
u
g
g
e
e
r
r
a
a
h
S
h
S
a
a
s
s
t
t
e
e
r
r
S
ada Majlis Anugerah
S
a
a
a
r
r
a
a
w
w
a
a
k
k
k
k
e
-
e
-
1
0
p
S
0
p
arawak 2021,
S
a
a
a
s
s
t
t
s
.
e
e
e
r
r
a
N
a
N
m
a
l
l
e
e
a
a
g
g
m
m
1
e
e
r
r
i
S
s
i
S
e
m
a
M
.
erkarya sejak 1980-
u
l
a
b
a
a
b
hasilan sebanyak 51
a
h
M
e
n
n
,
p
,
p
u
l
e
e
n
n
g
g
e
ikan sejak 1991 dan t
e
i
s
s
i
.
n
e
e
n
i
i
p
M
anugerahan itu,
i
k
i
k
.
enerusi
o
b
r
r
i
i
a
t
d
pen melayakkannya r
d
p
u
u
a
c
a
c
e
r
d
e
tkan bagi anugerah
d
a
i
i
n
o
b
i
t
n
M
e
p
a
e
e
n
n
g
g
A
ai menerima hadiah z
A
a
w
i
g tunai bernilai
b
b
i
z
s
a
w
g
R
0
e
e
e
p
p
a
n
n
R
n
0,000, watikah
a
M
p
2
hormatan negeri,
p
h
M
e
n
2
g
s
g
alinan pakaian,
e
e
r
r
s
s
k
ahan berkarya dan
k
a
m
a
e
e
e
m
m
n
y
y
u
u
e
e
d
d
m
arkan karyanya kepada pembaca.
e
n
b
b
ZAINAL ABIDIN
Hargai sumbangan penulis
ANUGERAH Sastera Negeri Sarawak (ASNS) merupakan projek terulung kegiatan kesusasteraan di Sarawak.
Projek ini di bawah naungan Kerajaan Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) bertindak selaku urus setia dalam merancang dan melaksanakannya.
Projek ini telah dimulakan pada tahun 1994.
Sejak tempoh tersebut, majlis ASNS dilangsungkan pada 1995,
1997, 1998, 1999, 2001, 2009, 2014, dan 2018.
Sepanjang pelaksanaan ASNS, empat penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak (anugerah utama) diberi pengiktirafan.
Tahun 1994, Allahyarham Muhammad Bujang diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak yang pertama.
Setahun kemudian, iaitu pada 1995, Allahyarham Muhammad Rakawi Yusuf pula diberi
pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak yang kedua.
Selepas itu, 14 tahun kemudian iaitu pada 2009, Datuk Dr. Adi Badiozaman Tuah diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak yang ketiga dan Jong Chian Lai penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak yang keempat pada 2014.
Penganjuran ASNS ini diadakan bagi mencapai empat objektif iaitu memberi
penghargaan kepada sumbangan penulis dan sekali gus mendorong mereka untuk berkarya dengan lebih giat dan.
Selain itu, menggalakkan penulis Sarawak untuk mendekati bidang penulisan dengan lebih serius dan bertanggungjawab.
Penganjurannya bagi mencapai objektif membantu ke arah peningkatan dan kemajuan sastera kebangsaan negeri Sarawak dan meningkatkan imej dan prestasi bidang kesusasteraan dan penulisan
pada keseluruhannya.
Projek ini merupakan satu
usaha menghargai penulis yang memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kebahasaan dan kesusasteraan di Sarawak bagi tempoh satu tempoh atau jangka masa tertentu.
Anugerah ini dilaksanakan dalam tempoh antara dua tahun atau lebih mengikut kesesuaian dan persetujuan Jawatankuasa Induk Anugerah Sastera Negeri Sarawak.
12