Page 13 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 13
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
AnugerAh SASterAwAn
1
13
3
Remaja warisi bahasa sempurna
KUCHING: Golongan remaja dan belia memainkan peranan penting dalam mewarisi penggunaan bahasa yang baik dan menyebarkan karya yang bermutu tinggi, kata Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, Abang Haliman Abang Julai.
Menurutnya, dalam mengangkat kembali martabat sastera dalam kalangan belia dan masyarakat hari ini, ia harus menyokong gagasan Ketua Pengarah DBP iaitu untuk meremajakan DBP.
“Kita melihat peratusan masyarakat yang paling bergiat aktif dalam pelbagai acara khususnya di Malaysia ini ialah golongan remaja dan belia.
“Justeru, tumpuan DBP ialah memberi tumpuan khusus kepada remaja dan belia kerana mereka ini yang akan mewarisi penggunaan bahasa yang baik dan menyebarluaskan karya yang bermutu tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media keputusan Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2021 yang ke-10 yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom, semalam.
Tambah beliau, untuk mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan remaja, DBP mengorak langkah dalam memulakan pelbagai aktiviti di laman sosial DBP.
“Kami juga sentiasa mendapatkan pandangan dan pendapat daripada golongan remaja dan belia supaya apa yang dilaksanakan oleh DBP ini akan menarik perhatian golongan tersebut.
“Justeru, pelbagai aktiviti dirancang oleh DBP seperti memberi fokus terhadap golongan remaja bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, dan institut
ABANG Haliman pada sidang media dalam talian Anugerah Sastera Negeri Sarawak ke-10.
pengajian tinggi (IPT). “Malah, kami juga
bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti khusus kepada remaja dan belia ini,” katanya.
Beliau mendedahkan, DBP turut menganjurkan Anugerah Citra Majalah Bagi Sekolah Menengah.
Menerusi anugerah tersebut jelasnya, ia akan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar melalui majalah sekolah dan bengkel juga diadakan untuk mencungkil bakat penulis muda ini.
Beliau mendedahkan lagi,
bagi menggerakkan atau meningkatkan penguasaan bahasa dan kecintaan penggunaan bahasa yang baik dan betul khususnya dalam media sosial, ia memerlukan penglibatan masyarakat keseluruhannya.
“Kami di DBP sering mengadakan ceramah,
bengkel dan mempromosikan penggunaan ayat yang betul, penggunaan pantun dan sebagainya dalam media sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter dan sebagainya. Maklumat tentang bahasa ini memang tersebar luas.
“Namun, tanpa sokongan dan keprihatinan masyarakat, usaha ini mungkin tidak tercapai matlamat.
“Saya berharap kerjasama daripada semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu dengan kita membina penggunaan bahasa yang baik dan betul dalam apa sahaja urusan termasuk dalam media sosial ini,” jelasnya lagi.
A
A
B
BA
ANG HALIMAN dan juga ahli DBP yang lain turut serta dalam anugerah tersebut.
13