Page 15 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 15

RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Jenayah
15
Ugut guna senapang patah
| NAZIRY HARIZAN
naziry1995@suarasarawak.my
KUCHING: Dua lelaki yang dikehendaki polis selepas tular di media sosial membuat ugutan
dengan mengacukan senapang patah dan parang ke arah mangsa berjaya ditangkap.
Kedua-dua suspek ditangkap di Kota Samarahan selepas melarikan diri dari Kampung
Tabuan Dayak iaitu lokasi sebenar mereka dirakam membawa parang dan senapang patah.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 25 tahun itu ditangkap oleh pasukan khas yang berjaya mengesan suspek dalam tempoh 24 jam selepas menerima maklumat berhubung kejadian.
"Kedua-dua suspek ketika ditahan mengaku mereka merupakan individu yang tular dalam laman media sosial Facebook pada 4 Julai lalu.
"Susulan daripada tangkapan ini, polis turut berjaya mengesan dan merampas senjata berupa selaras senapang patah jenis Winchester 12 Bore dan sebilah parang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah
Kuching semalam.
Hasil siasatan awal mendapati
insiden tersebut dipercayai berlaku kerana masalah peribadi suspek dan mangsa.
Bagaimanapun katanya, perakam video terbabit masih belum dapat dikesan sama ada merupakan mangsa ataupun orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Polis mencadangkan kepada
pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengkaji dan membatalkan lesen senjata tersebut (senapang patah) berikutan kecuaian pemilik membenarkan senjata itu di
bawa ke tempat awam tanpa kebenaran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Berbahaya 1958.
AHSMON Bajah menunjukkan senapang patah dan parang yang digunakan oleh suspek dalam video tular pada Ahad.
48 peket jus dadah dirampas
72 premis dikompaun gagal patuhi SOP
KUCHING: Seorang lelaki ditahan ketika menuntut sebuah bungkusan mengandungi 48 peket jus buah-buahan yang bercampur dengan dadah jenis Ekstasi di Terminal Bas Kuching Sentral malam semalam.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, suspek berusia lingkungan
30 tahun ditangkap pada jam 6.05 petang oleh pasukan cawangan narkotik bahagian penguatkuasaan JKDM Kuching.
Menurutnya, suspek didapati hadir ke sebuah kaunter terminal bas bagi menuntut satu bungkusan yang dihantar oleh individu dari Miri menggunakan perkhidmatan bas antara bandar.
"Sejumlah 48 peket bungkusan jus bercetak Juice Master yang mengandungi
serbuk dipercayai dadah jenis Ekstasi MDMA yang dicampur dengan serbuk jus.
"Kesemua peket itu dianggarkan seberat 2,343 gram dengan nilai RM140,580," katanya semalam.
Katanya, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM899 dan sebuah kenderaan Toyota Vios dianggarkan
bernilai RM25,000, menjadikan keseluruhan rampasan kes berjumlah RM166,479.
Dalam pada itu katanya, kaedah campuran serbuk Ekstasi dalam jus kini seolah- olah menjadi trend bagi tujuan hiburan dan mempunyai permintaan yang tinggi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum gantung sampai mati.
KUCHING: Sebanyak 72 kompaun dikeluarkan terhadap premis-premis yang didapati ingkar arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, tindakan itu diambil sejurus pihaknya diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta
342).
Menurutnya, pengumuman
itu secara rasminya melalui surat pelantikan yang dikeluarkanb oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 8 Mei tahun lalu.
"Setakat hari ini KPDNHEP Sarawak mengeluarkan sebanyak 72 kompaun di bawah akta 342 dengan pecahan KPDNHEP Sarawak sebanyak 12, KPDNHEP Sibu 22, KPDNHEP Miri 15, KPDNHEP Limbang lima, KPDNHEP Bintulu, Sri Aman dan Sarikei masing-masing tiga, KPDNHEP Mukah adalah tujuh
manakala KPDNHEP Kapit dan Betong ialah satu.
"Jumlah pemeriksaan keseluruhan yang dilakukan adalah sebanyak 36,020
premis perniagaan pelbagai peringkat dengan jumlah kompaun keseluruhan sebanyak RM299,000," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan kompaun RM1,500 bagi individu manakala bagi perbadanan syarikat akan dikenakan sebanyak RM10,000.
Pesakit Covid-19 larikan diri
Empat lelaki sorok dadah diberkas
PADAWAN: Seorang pesakit positif Covid-19 dilaporkan melarikan diri ketika diarahkan untuk menjalani kuarantin dari Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Jalan Puncak Borneo.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Supt Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian pada jam 10.50 pagi semalam.
Katanya, individu terbabit dikenali sebagai Rozila Mohd Jaya berusia 31 tahun.
"Masa sebenar dan maklumat kejadian pesakit melarikan diri setakat ini belum dikenal pasti dan kini masih dalam siasatan.
"Pihak polis telah menerima
BAU: Empat lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah hasil dua serbuan berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Narkotik Bau, semalam.
Ketua Polis Daerah Bau Deputi Supt Poge Nyaon berkata, keempat-empat suspek masing-masing berusia lingkungan 24 hingga 32 tahun.
"Pemeriksaan pertama menahan dua suspek di bilik rumah di Kampung Pengkalan sekitar jam 5.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan menemui satu beg berzip kecil di atas lantai mengandungi 12 paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih seberat 5.03 gram dan 10 biji pil disyaki Erimin 5," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, dua lagi suspek ditahan di sebuah pondok pengawal di Jalan Bau sekitar jam 6 pagi bersama-sama sebuah beg sandang berisi dadah di badan salah seorang suspek.
Jelasnya, pemeriksaan beg berkenaan mendapati terdapat
satu paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya dengan berat anggaran kasar 5.33 gram.
Kesemua suspek dan barangan kes dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan siasatan lanjut.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
ROZILA MOHD JAYA
laporan kejadian. Setakat ini tiada maklumat lanjut diperoleh, namun siasatan bagi mengesan individu itu sedang dijalankan," katanya.
15


































































































   13   14   15   16   17