Page 14 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 14

14
Program Vaksinasi
Jangan hadir jika anda kontak rapat
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
DAVID JAPANG JOK
JAI JALA
JORAIMY HELEN
SIBU: Bakal penerima vaksin yang dikategorikan sebagai kontak rapat atau sedang menjalani kuarantin di rumah dilarang untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Demikian tegas Ketua Pusat Pemberian Vaksin PPV Bawang Assan, David Japang Jok.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semalam merupakan hari terakhir operasi PPV yang dijalankan di Dewan Masyarakat Bawang Assan yang merupakan salah satu PPV yang terletak di luar bandar Sibu.
“Walaupun hari ini merupakan hari terakhir kami di sini, tetapi bagi penduduk yang merupakan kontak dekat atau menjalani kuarantin di rumah mereka tidak dibenarkan untuk hadir walaupun mempunyai janji temu.
“Janji temu baharu akan diberikan setelah sihat dan bebas daripada Covid-19 dan selesai kuarantin bagi yang menjalani kuarantin di rumah,” jelasnya.
Menurut David lagi, walaupun semalam merupakan hari terakhir di PPV Bawang Assan, orang ramai tidak perlu risau kerana
PENERIMA vaksin yang sedang menunggu giliran untuk divaksin. | Penerangan
penerima vaksin di Bawang Assan yang dijadualkan semula tarikh vaksin atas sebab tidak dapat dielakkan akan mendapatkan vaksin di PPV yang terdekat contohnya di PPV Stadium Tertutup Sibu.
Antara penerima vaksin di PPV Bawang Assan semalam ialah Jai Jala, 61, penduduk Rumah Unjah Melangan.
Menurut Jai, dia berasa amat gembira apabila menerima panggilan untuk mendapatkan vaksin ini.
Seorang lagi penerima vaksin yang ditemui di PPV Bawang Assan ialah Joraimy Helen, 43, yang teruja dan gembira apabila namanya tersenari antara penerima vaksin di Bawang Assan walaupun berasal dari Daro.
Joraimi yang berkerja di sebuah kilang di Bawang Assan pula, gembira apabila menerima panggilan untuk mendapatkan vaksin ini dekat dengan tempat kerjanya.
Pada 5 Julai, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) melaporkan sebanyak 32 kes dilaporkan di Daerah Sibu.
Majoriti penduduk disuntik
14
oleh sukarelawan MyVAC, anggota Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Nurfarhana Zamzu, 23, pelajar Unimas bersyukur kerana selesai menerima dua dos suntikan semalam.
Nurfarhana merupakan pelajar tahun tiga, Falkuti Seni Gunaan dan Kreatif yang berasal dari Kampung Hulu, Spaoh yang kini
berada di kampung halamannya menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac di PPV Dewan Panglima Rentap, tiga minggu lepas.
Selain beliau, ibu bapa dan ahli keluarganya juga mendapat suntikan dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Spaoh sebelum ini.
Turut sama menerima suntikan dos kedua semalam ialah
rakannya, Suhartni Sarbini yang juga pelajar tahun tiga di Unimas.
Kedua-duanya menasihati sesiapa yang belum menerima suntikan vaksin untuk segera mendaftar diri.
“Tidak perlu takut untuk menerima suntikan vaksin, malah cara ini dapat melindungi diri dan keluarga kita, di samping kita terus mengekalkan norma baharu,” kata mereka.
DR. MOHD NUR AZAM
BETONG: Seramai 1,000 penduduk Betong menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Panglima Rentap, semalam.
Menurut Penyelaras PPV Dewan Panglima Rentap,
Dr. Mohd Nur Azam Ibrahim, penerima terdiri daripada 347 penerima suntikan dos pertama, manakala 653 orang memperoleh suntikan dos kedua.
Sejak tiga minggu lepas, PPV tersebut yang juga PPV utama di Betong memberi suntikan vaksin kepada penerima yang terdiri daripada kalangan pekerja syarikat dan agensi beroperasi di daerah ini.
Selain itu, ia turut membabitkan penduduk kampung dan rumah panjang
yang tercicir daripada senarai sebelum ini. Azam.
“Secara keseluruhannya, majoriti penduduk sekitar
bandar Betong telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama, kecuali golongan yang sebelum ini tidak bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.
“Apabila melihat ramai yang menerima suntikan vaksin, mereka yang sebelum ini tidak bersetuju telah mengubah fikiran. Maka, kita masukkan dalam senarai bakal penerima dan dipanggil sekiranya ada yang tidak hadir,” ujarnya.
Menurut Dr. Nur Azam,
selain daripada melalui ketua kaum dan tuai rumah, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong turut menggunakan media sosial untuk memaklumkan para penerima untuk hadir ke PPV.
Dr. Nur Azam juga berpuas hati dengan proses pemberian suntikan vaksin di PPV Dewan Panglima Rentap yang berjalan lancar.
PPV ini dibuka mulai jam
8 pagi, dikendalikan 35 orang petugas kesihatan setiap sesi yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat dan petugas pentadbiran serta turut dibantu
SEORANG petugas kesihatan memberi pesanan kepada para penerima suntikan di ruang pemantauan.


































































































   12   13   14   15   16