Page 11 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 11
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Bantu pekerja bergaji hari
Covid-19
11
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing memuji usaha Kerajaan Sarawak yang memberi vaksin Covid-19 kepada penduduk negeri ini.
Katanya, kehidupan orang ramai terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Saya juga telah menyalurkan bantuan kewangan kepada banyak pekerja bergaji hari sejak wabak Covid-19 bermula pada Mac 2020 lebih daripada RM50,000.
“Pekerja bergaji hari ini hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah James Masing, sebab itu, sejak vaksin Covid-19 ditemui awal tahun lalu, beliau menyokong usaha untuk mendapatkan vaksin itu dan
meminta Kerajaan Sarawak bersikap agresif dengan program vaksinasi kebangsaan.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan menambah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah strategi yang tepat sebelum vaksin ditemui untuk menghentikan penyebaran Covid-19.
“Namun langkah PKP kini agak tidak wajar kerana kita telah memberikan vaksin kepada rakyat Sarawak.
“Vaksinasi membolehkan imuniti kelompok dibentuk agar ekonomi kita berfungsi seperti biasa,” jelasnya.
Tegasnya, Sarawak melakukannya dengan betul dengan menyuntik sebanyak mungkin individu yang layak.
Adun Baleh itu juga melahirkan rasa gembira kerana rakyat Sarawak yang tampil memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat PKP dan meminta lebih banyak individu dan syarikat untuk melakukan hal yang sama.
KUCHING: Sebanyak lima buah rumah panjang, sebuah bilik sewa dan sebuah kampung diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia melibatkan Rumah Nugu, Kerubong Selalang, Sarikei dan Rumah Lidom, Nanga Enseluai, Julau (6 hingga 22 Julai).
PKPD turut dilaksanakan
di Rumah Luing, Sungai Pama Gerugu Nyelong, Sarikei; Rumah Anita, Balai Badak, Kampung Klampai, Saratok serta Rumah Abing, Lubuk Kerikap, Sebetan, Saratok mulai 7 hingga 20 Julai ini.
“Selain itu, bilik sewa atas Happy Café di Pusat Komersial Berjaya, Bintulu menjalani PKPD pada 5 hingga 18 Julai ini.
“Manakala, Kampung
Mambong, Kuching diletakkan di bawah PKPD mulai 7 sehingga 20 Julai,” kata jawatankuasa tersebut dalam kenyataan.
PKPD juga dilanjutkan di Kampung Po Ai, Sri Aman dari 7 hingga 13 Julai manakala, PKPD ditamatkan bagi rumah sewa Beverly Hills dan Kuaters Ling Hock Transport Sdn Bhd di Bintulu pada semalam.
PKPD di lima buah rumah panjang
KUCHING: Kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan semalam dengan 286 kes baharu dikesan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 67,271 kes.
Menurutnya, 199 kes atau 69.58 peratus jumlah kes dikesan di lima daerah iaitu di Kuching (85), Subis (50), Miri (32), Sibu (21) dan Bintulu (11).
JPBN berkata, daerah lain turut merekodkan kes iaitu Saratok (11), Serian (11), Song (8), Asajaya (8), Sri Aman (7), Kapit (7), Bau (5), Bukit Mabong (5), Telang Usan (5), Tatau (4), Samarahan (4), Kanowit (3), Sarikei (2), Tanjung Manis (2), Simunjan (1), Selangau (1), Meradong (1), Beluru (1) dan Lundu (1).
“Daripada 286 kes baharu yang dilaporkan, seramai 29 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan
masuk premis (11), tidak memakai pelitup muka (10), berkumpul dan tiada penjarakan fizikal (8).
Kesalahan lain termasuk berada di tempat awam selepas jam 12 pagi (6), melakukan aktiviti yang dilarang (6), premis kilang gagal menyediakan alat pengimbas suhu (1) dan rentas daerah tanpa permit (1).
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula mengeluarkan sembilan kompaun di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (3), MD
dijalankan.
“Manakala, seramai 236 orang
kes atau yang dikesan terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin,” jelasnya.
Jawatankuasa itu memberitahu, terdapat dua kes kematian dilaporkan semalam iaitu masing-masing di Daerah Pakan dan Sibu.
Katanya, jumlah keseluruhan kes kematian di negeri ini meningkat kepada 421 orang.
Dalam pada itu, sebanyak 371 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari hospital dan PKRC.
Kata JPBN, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang pulih atau dibenarkan discaj setakat semalam ialah seramai 56,745 orang atau 84.35 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.
Manakala, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan seramai 9,950 orang.
Sarikei (3), MP Padawan (1), MD Saratok (1) dan MD Marudi (1).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga semalam ialah sebanyak 1,243 kompaun.
“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mengemas kini buku daftar/buku daftar tidak lengkap (3), tidak menggunakan pelitup muka (3) dan beroperasi tanpa kebenaran (3),” katanya JPBN.
Tuai rumah dikompaun RM4,000
KUCHING: Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengeluarkan kompaun kepada seorang Tuai Rumah di Rumah Panjang Sigi, Sungai Sentubu, Sarikei semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tuai rumah berkenaan dikompaun sebanyak RM4,000 atas kesalahan menyambut Hari Gawai di rumah panjang tersebut dengan kehadiran tetamu dan menyukarkan penjarakan fizikal.
Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengeluarkan sebanyak 67 kompaun iaitu 53 kompaun individu dan 14 kompaun perbadanan untuk pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bawah
Akta 342 sepanjang tempoh 27 Jun sehingga 3 Julai lalu.
Jelasnya, kumulatif kompaun yang dikeluarkan oleh JPBN bermula 11 Mac ialah sebanyak 303.
“Antara kesalahan yang dikompaun ialah enggan menjalani perintah kuarantin di bawah Seksyen 14 (2), aktiviti pusat hiburan (3), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (9) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal (2), individu gagal memakai pelitup muka (3), individu gagal mendaftar masuk premis (2) dan lain-lain kesalahan SOP yang tidak tersenarai (individu) (32).
“Kesalahan turut melibatkan pemilik premis gagal melaksanakan penjarakan fizikal (1), pemilik premis gagal
menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran masuk premis (4), majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja (4) serta lain-lain kesalahan SOP yang tidak tersenarai (perbadanan),” katanya.
Polis juga mengeluarkan sebanyak 70 kompaun di Daerah Kuching (30), Bintulu (27), Miri (6), Lawas (5) dan Sibu (2).
Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,880 kompaun.
Jelas JPBN, ia melibatkan kesalahan seperti penumpang melebihi had yang dibenarkan (14), berada di tempat awam selepas jam 10 malam (Bintulu) (13), gagal mengimbas MySejahtera sebelum
11
Kes baharu di S’wak turun