Page 15 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 15

KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
TempaTan
15
MANGSA kes renjatan elektrik di Skim Melugu, baru-baru ini.
Jangan gadai nyawa
sambung kabel haram
KUCHING: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng mengingatkan orang ramai agar mengelak membuat pinjaman dengan ahlong walaupun terjejas pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, ia bagi mengelakkan masalah
lebih meruncing berlaku, khususnya apabila pinjaman tidak dapat dibayar dan akhirnya dicari ahlong.
"Baru-baru ini, saya didatangi seorang lelaki dari Kapit yang telah meminjam RM5,000 daripada peminjam wang.
"Disebabkan PKP, dia tidak dapat bekerja untuk menyelesaikan pinjaman dan terus diganggu oleh peminjam wang.
"Dia mempunyai tiga anak kecil dan mempunyai masalah mental (diperakui secara perubatan).
"Sekarang dia tidak mempunyai jalan keluar dan merancang untuk membunuh diri,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Larry, beliau telah memberi sejumlah wang kepada lelaki itu untuk menyelesaikan sebahagian hutangnya.
MELUGU: Pemilik kediaman diingatkan agar tidak melakukan kerja pendawaian elektrik dengan sesuka hati, yang bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi amat berbahaya.
Sarawak Energy dalam kenyataan mengulangi ingatan tersebut ekoran kes renjatan elektrik di Rumah Panjang Achum Mangai dekat Skim Melugu pada 2 Julai lalu sehingga meragut nyawa.
"Kejadian tersebut menunjukkan betapa bahayanya kerja pendawaian elektrik atau penyambungan bekalan kuasa yang tidak betul," katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, setiap pemilik rumah dinasihatkan menggunakan khidmat kontraktor pemasangan elektrik yang berdaftar serta
mempunyai sijil dan kompeten untuk menjalankan pendawaian dalaman dan kerja elektrik dengan selamat.
"Keselamatan pemilik rumah serta ahli keluarga akan lebih terjamin apabila setiap kerja dilakukan dengan selamat.
"Justeru, jangan pertaruhkan nyawa dengan kerja penyambungan kabel secara haram.
"Isu keselamatan harus diutamakan dan kita mendesak semua agar mematuhi peraturan dan garis panduan keselamatan elektrik bagi mengelakkan kejadian tragis tempoh hari berulang," ujarnya.
Orang ramai yang memerlukan khidmat kontraktor pemasangan elektrik berdaftar boleh merujuk laman sesawang Kementerian
Utiliti di https://mou.sarawak. gov.my/ dan laman rasmi Sarawak Energy https://www. sarawakenergy.com/customers/ customer-service.
Mereka juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 Sarawak Energy di talian 1-300-88-3111 atau e-mel di customercare@sarawakenergy. com jika mempunyai keraguan.
Laporan mengenai sebarang masalah yang berkaitan dengan kemudahan elektrik seperti talian perkhidmatan juga boleh dibuat melalui SEB Cares, aplikasi mudah alih Sarawak Energy.
Pada Jumaat lalu, Vallarie Dempi Maling, 47, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elekteik sementara pasangannya Ronie Gelagan, 45 ditemui tidak sedarkan diri.
Santuni masyarakat setempat
Elak buat pinjaman ahlong
BALINGIAN: Komuniti Kaul Bayan Tasik (KBT) yang baru sahaja ditubuhkan dua tahun lepas tidak melepaskan peluang untuk memberi bantuan kebajikan kepada masyarakat setempat yang dalam kesusahan.
Semalam, Tuai Rumah Boney Kinsun selaku Penasihat dan Penaung Komuniti Belia Kaul Bayan Tasik mewakili komuniti
tersebut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Hermistan Abas, suami kepada mendiang Ala Lani yang meninggal dunia minggu lepas.
Menurut Boney, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga mendiang.
"Sumbangan ini diperoleh hasil sumbangan ikhlas semua ahli komuniti," katanya.
Ular tedung selar masuk dapur
ULAR tedung selar ditangkap oleh anggota APM.
MIRI: Seekor reptilia berbisa memasuki ruangan dapur rumah mengejutkan seorang penghuni bertindak sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Miri di Kampung Luak 3 semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Kapten (PA) Usman Harto berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.50 pagi.
Skuad Bravo bersama dengan kekuatan tiga anggota diketuai oleh KPL (PA) Andan Ngidang bergegas ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan penemuan ular berkenaan.
"Pengadu menyedari kehadiran ular tersebut ketika dia sedang mencuci pinggan dan ternampak ular tersebut masuk ke dalam rumah melalui tingkap dapur.
"Atas faktor keselamatan keluarganya, pengadu menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan menangkap ular tersebut," katanya di sini.
Skuad Bravo kemudian berjaya menangkap sejenis ular tedung selar dengan menggunakan peralatan khas menangkap ular.
Operasi menangkap ular itu ditamatkan jam 11.19 pagi dan ular berkenaan dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan manusia.
BONEY Kinsun menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Hermistan Abas (kanan) di rumah kediaman di Balingian.
15


































































































   13   14   15   16   17