Page 14 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 14
14
TempaTan KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H Terjejas akibat sekatan
MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan skuad Ikatan Relawan (Rela) dan Aman Wanita (Amanita) melalui Ops Bantu menyampaikan 10 bakul makanan kepada golongan memerlukan, yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, setiap bakul makanan mengandungi satu bungkus beras 10 kilogram, dua tin sardin, biskut kering, mi segera, perasa, satu paket tepung dan susu bernilai lebih RM50.
“Program dua hari bermula Rabu, dan kami akan bersambung hari ini dengan 10 lagi isi rumah,” katanya ketika ditemui pada majlis ringkas penyerahan bakul makanan Ops Bantu.
“Sebagai agensi penguatkuasaan, kita tidak hanya menumpukan kepada pencegahan dan hukuman jenayah, tetapi sebagai manusia kita memahami cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada kehidupan awam yang terjejas akibat sekatan pergerakan,” tegasnya.
Ops Bantu dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 6 Julai untuk membantu mana- mana individu yang menghadapi masalah kekurangan makanan sebab pandemik Covid-19.
Melalui Ops Bantu ini, semua IPD di seluruh negara akan berperanan sebagai pusat pengagihan bantuan makanan bagi membantu golongan yang memerlukan.
MOHD Sabri menyerahkan bakul makanan di Sungai Baong.
Rokok, minuman keras dirampas
PENYERAHAN
dilakukan di Balai Polis Lawas kepada pihak KPDNHEP.
KUCHING: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 97 karton rokok putih dan 5,815.8 liter minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai Kastam dalam satu serbuan di sebuah premis di bandar raya ini sekitar jam 10.30 pagi kelmarin.
Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Saini Bongkek berkata, serbuan yang dijalankan bersama-sama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun.
Kata Saini, anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM204.681.80 termasuk cukai merangkumi nilai rampasan rokok sebanyak RM12,550 dan RM122,131.80 untuk minuman keras.
“Semasa serbuan, suspek juga menawarkan wang sogokan sebanyak RM5,000 agar tidak diambil tindakan terhadap kesalahan tersebut.
“Tangkapan dan rampasan wang rasuah diserahkan kepada SPRM Sarawak manakala tangkapan dan rampasan di bawah Akta Kastam diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya semalam.
Saini berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.
Dalam pada itu katanya, sepanjang Op Kontraban yang dilaksanakan mulai 1 Januari hingga 7 Julai, Briged Sarawak PGA mencatatkan kejayaan bernilai RM23,572,688.89 dengan
52 kes yang melibatkan jumlah tangkapan seramai 75 orang iaitu 46 lelaki, 16 perempuan warga tempatan dan 11 lelaki, 2 perempuan warga Indonesia.
SEMUA
suspek yang ditahan serta wang sogokan RM5,000
Gagal seludup tepung gandum
14
| MOHAMMAD FIKRI JAMAL
mohammadfikri1995@suarasarawak.my
LAWAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Lawas merampas 20 kilogram tepung, 17 kilogram minyak masak dan 17 kilogram gula pasir yang cuba diseludup ke Indonesia, semalam.
Ketua Cawangan KPDNHEP Bahagian Lawas, Pulnama Tarah berkata, barangan tanpa tuan tersebut dijumpai oleh pihaknya di kawasan Jalan Bario, Ba’Kelalan.
“Barangan yang dirampas merupakan barang kawalan berjadual iaitu gula, minyak masak dan tepung.
“Kita menjumpai barangan tersebut jam 8 pagi di sebuah pondok kecil dalam hutan tanpa tuan setelah intipan dijalankan selama dua jam,” katanya.
Pulnama berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca dengan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
KPDNHEP Cawangan Lawas menerima serahan barang rampasan jam 10 pagi hari yang sama rampasan dilakukan di Balai Polis Lawas.
“Barangan rampasan diletakkan sementara di Pejabat KPDNHEP Sub- Cawangan Lawas,” jelasnya.
KELIHATAN minuman keras tanpa cukai Kastam yang disimpan di dalam sebuah premis di bandar raya ini.