Page 12 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 12

12
Kesejahteraan raKyat
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Teliti proses peralihan fasa PPN
| OSMAN RAZALI
suarasarawak.news@gmail.com
SPAOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) akan meneliti proses peralihan daripada fasa pertama ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), sama ada ia harus dibahagikan mengikut zon atau sebaliknya.
Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara berhubung persiapan Sarawak untuk tujuan tersebut akan dibincangkan dalam pertemuan JPBS di Kuching.
“Pertemuan esok (hari ini)
akan membincangkan adakah Sarawak harus dibahagikan mengikut zon yang berbeza dan bagaimana ia akan dilakukan.
“Kerana, persiapan ke arah fasa kedua PPN akan turut menilai situasi pandemik Covid-19 di setiap daerah,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian selepas taklimat kemajuan projek pembangunan bagi Dun Bukit Saban di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, semalam.
Jelasnya lagi, Sarawak turut menggunakan petunjuk nilai ambang iaitu tiga indikator yang disandarkan untuk beralih
daripada fasa pertama ke fasa kedua PPN serta berikutnya. “Ia berdasarkan bilangan
kes harian Covid-19, kadar penggunaan katil di wad ICU serta peratusan rakyat yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
“Jika angka harian kes positif terus menunjukkan
tren menurun seperti dalam beberapa hari terakhir dan hari ini, kita harus segera memasuki fasa kedua,” ujarnya.
Uggah menambah, penurunan kes mungkin berkait rapat dengan dua faktor utama iaitu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang menyekat pergerakan orang ramai dan kedua, program vaksinasi yang berjalan dengan agresif.
“Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu yakin kerana belum mencapai sasaran untuk memberikan vaksin kepada
2.2 juta penduduk Sarawak,” jelasnya.
Uggah sekitar 10 pagi diberikan taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong.
Terdahulu, beliau menyampaikan 100 bungkusan buah-buahan yang disumbangkan oleh Jabatan
Pertanian Bahagian Betong dengan kerjasama Persatuan Peladang Kawasan Saribas kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Panglima Rentap.
Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Adun Layar Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Pegawai Kesihatan Bahagian Betong yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Dr Johnny Pangkas turut hadir sama.
Impian terlaksana
12
| AINI SELIKANG
suarasarawak.news@gmail.com
SARIKEI: Tapak perkuburan baharu bagi masyarakat Islam Sarikei di Jalan Sentebu di
sini, dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada Oktober depan.
Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerja asas seperti pembinaan jalan utama dan penembokan tanah sudah siap sepenuhnya.
Menurutnya, pembinaan jalan berturap ke tapak perkuburan, tempat letak kereta, perparitan dan lain-lain lagi akan menyusul selepas ini.
“Menurut kontraktor yang dilantik, kerja menanam cerucuk sudah bermula sejak 2 Julai lalu dan pembinaan dijangka siap
dalam tempoh masa dua bulan. “Saya berkesempatan
meninjau lokasi tapak itu baru-baru ini dan berpuas hati dengan kerja pelaksanaannya. Sehubungan itu, saya berharap projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan,” katanya.
Len Talif berkata, kawasan perkuburan itu juga dilengkapi dengan pencahayaan menggunakan kuasa solar pada waktu malam dan bekalan air daripada Jabatan Air Luar Bandar (JBALB).
Beliau turut mengalu-alukan sebarang teguran dan idea sebagai penambahbaikan
usaha berkenaan namun, perlu disalurkan mengikut saluran yang betul.
“Kesemua kerja dijangka siap pada Oktober dan tanah perkuburan baharu ini dapat
digunakan sepenuhnya selepas diserah milik kepada Jabatan Majlis Islam Sarikei pada bulan yang sama.
“Sama-sama kita berdoa semoga perancangan dan pelaksanaan kerja itu berjalan dengan lancar,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembangunan tanah perkuburan baharu itu.
Peruntukan ini diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan lawatan ke Sarikei tahun lalu.
“Sebelum itu, Ketua Menteri memberi tanah seluas 10 hektar untuk dibangunkan menjadi tapak perkuburan baharu, supaya kita boleh menggunakannya dalam tempoh jangka panjang,” katanya.
LEN TALIF SALLEH
“Walaupun kita berdepan dengan kekangan ekonomi, namun projek pembinaan masjid baharu ini terus dilaksanakan.”
TANJUNG MANIS: Impian penduduk Kampung Jerijeh untuk menikmati masjid baharu bakal menjadi kenyataan apabila projek itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek yang menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Adun Kuala Rajang dan Ahli Parlimen Tanjong Manis.
Pelaksanaan projek itu katanya, membuktikan Kerajaan GPS Sarawak sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat meskipun negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.
“Walaupun kita berdepan dengan kekangan ekonomi, namun projek pembinaan masjid baharu ini terus dilaksanakan,” katanya
dalam ciapan ringkas dalam Facebook rasminya, semalam.
Len Talif yang juga
Adun Kuala Rajang menggesa kerjasama semua pihak terutama pemimpin masyarakat supaya perlaksanaan projek berkenaan siap mengikut jadual.
Menurutnya, pelaksanaan projek itu sesuatu yang menggembirakan malah ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung.
“Masjid baharu ini dilengkapi dengan penghawa dingin, ruang solat dalam
dan luar, tempat berwuduk, ruang penyediaan makanan, bilik jenazah serta lain-lain peralatan mampu menampung seramai 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
“Ia pasti memberi lebih keselesaan pada kariah setempat.
“Masjid ini juga akan menjadi mercu tanda pembangunan ummah khasnya masyarakat Islam di Kampung Jerijeh yang selama ini mengidamkan sebuah masjid yang besar dan selesa. Saya berharap pembinaannya berjalan dengan lancar,” katanya.
KERJA pembinaan sedang rancak dilaksanakan.
Tapak perkuburan baharu
boleh digunakan Oktober


































































































   10   11   12   13   14