Page 10 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 10
10
Tangguh mesyuarat agung tahunan
KUCHING: Semua pertubuhan berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan bertulis bagi tujuan penangguhan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pengarah ROS Sarawak, Georgina Apphia Ngau berkata, perkara itu boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan tarikh pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) tambahan sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
“Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan bagi semua pertubuhan berdaftar hendaklah ditangguhkan, selaras dengan arahan penutupan penuh sektor sosial dalam tempoh pelaksanaan PKP bermula 1 Jun lalu.
“Kecuali ia boleh dilakukan secara maya mengikut SOP PKP dan memenuhi syarat- syarat asas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing,” katanya yang dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, Georgina berkata, Mesyuarat Agung Tahunan boleh dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan ketat berdasarkan kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ROS.
Namun, katanya, semua pertubuhan hendaklah mengemukakan penyata tahunan kepada ROS dalam tempoh 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan selaras dengan peruntukan Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
“Pertubuhan berdaftar hendaklah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahun bagi memastikan pengurusan pertubuhan dapat dilaksanakan dengan baik selaras dengan kehendak perlembagaan pertubuhan dan Akta 335,” katanya.
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
KemasyarKatan
236 syarikat sertai pusat vaksin industri
10
| CHRISTOPER DING
suarasarawak.news@gmail.com
MIRI: Individu atau keluarga yang terputus bekalan makanan serta sudah menerima bantuan tidak seharusnya mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii berkata, sewajarnya golongan itu perlu menurunkan bendera putih dan memberikan peluang kepada orang lain yang juga memerlukan bantuan makanan.
“Saya berasa sedih kerana kebaikan orang lain ini sering disalah guna dan diambil
kesempatan. Sepatutnya selepas menerima bakul makanan, bendera putih perlu diturunkan,” katanya di sini semalam.
Adam Yii berharap penerima bantuan ini bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan disebabkan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
“Jangan biarkan sikap tamak anda menyebabkan orang yang lebih memerlukan bantuan tercicir dan terpinggir daripada menerima bakul makanan.
“Saya secara peribadi memuji sikap prihatin warga Miri yang menyalurkan sumbangan segera kepada golongan ini tanpa
mengenal agama, kaum dan latar belakang,” jelasnya.
Terdahulu, beliau bersama dengan Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin menghadiri Kempen Komuniti anjuran IG Training Centre (IGTC) dan PARC Shared Office di Pusat Latihan IGTC yang terletak di Senadin.
“Kita memuji inisiatif kempen ini dalam membantu menolong golongan yang terputus bekalan makanan dan kita berharap ia menjadi contoh agar lebih ramai tampil menyalurkan bantuan,” jelasnya.
Menurut Adam Yii, situasi pandemik Covid-19 ketika ini
menyukarkan pergerakan orang awam malahan menjejaskan ekonomi rakyat.
“Saya berharap agar kempen ini dapat benar-benar membantu mereka yang memerlukan
tanpa mengira bangsa, agama, kewarganegaraan dan pendirian politik.
“Dengan tujuan membantu mereka mengatasi masalah kehidupan, kempen ini juga mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
“Ia juga akan membantu komuniti Miri supaya lebih tersedia untuk menghadapi fasa pemulihan ekonomi,” katanya.
KUCHING: Sebanyak 236 syarikat sektor pembuatan mendaftar di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Mintred) untuk menyertai program Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sektor pembuatan tersebut melibatkan 43,050 pekerja dan 236 syarikat.
Daripada jumlah tersebut,
47 syarikat atau 10,051 pekerja
di bawah Persatuan Pelabur Perindustrian Samalaju (SIIA);
24 syarikat atau 11,127 pekerja daripada Persatuan Syarikat Elektronik dan Industri Sokongan Sarawak (SECA) dan 45 syarikat atau 2,448 pekerja dari Persatuan Industri Maritim Sarawak (SAMIN).
Manakala, 64 syarikat atau 13,423 pekerja dari Persatuan Perkayuan Sarawak (STA); 30 syarikat atau 2,565 pekerja dari Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) dan 26 syarikat atau 3,345 pekerja dari Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Sarawak.
Jelasnya, PPVIN ini
dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempercepat program vaksinasi Covid-19 bagi sektor pembuatan, perladangan, perkhidmatan, pembinaan serta minyak dan gas untuk memudahkan proses vaksinasi pekerja di sektor swasta.
“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Sarawak
membenarkan syarikat yang mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja untuk memohon PPVIN melalui Mintred Sarawak.
“Untuk sektor pembuatan dan bagi syarikat yang lebih kecil dengan pekerja kurang daripada 1,500, mereka boleh menggabungkan dan memohon PPVIN untuk ditubuhkan seperti pusat beli-belah atau universiti,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan di PPVIN di The Spring, semalam.
Tambah Awang Tengah, setakat 6 Julai, seramai 24,469 pekerja dalam sektor pembuatan telah divaksin bagi suntikan dos pertama.
“Bagi Samalaju, seramai 9,260 menerima dos suntikan pertama dan akan menerima suntikan kedua pada 17 hingga 23 Julai ini.
“Manakala, Sama Jaya High Tech Park, kesemua pekerja seramai 11,127 telah menerima dos pertama dan akan menerima suntikan dos kedua 15 hingga 25 Julai ini.
“Bagi Sibu, 1,402 pekerja dari
SAMIN, 2,655 pekerja dari STA dan 25 pekerja dari FMM telah menerima suntikan dos pertama di UCTS Sibu,” tambahnya.
Dalam pada itu, Awang Tengah mendedahkan CITF Sarawak baru-baru ini meluluskan tiga
lagi PPVIN di Bintulu dan Miri iaitu Shin Yang Plywood Miri, Shin Yang Plywood Bintulu
dan Samling Plywood Bintulu yang akan memberi manfaat kepada sejumlah 5,776 pekerja berasaskan kayu.
Beliau menyatakan program PPVIN akan dikenakan kos vaksinasi berjumlah RM15 bagi satu dos dan RM30 untuk dua dos.
Ia akan ditanggung oleh syarikat yang berkenaan untuk menanggung kos penganjur penjagaan kesihatan, dan vaksin tersebut disediakan oleh kerajaan secara percuma.
“Syarikat yang ingin mengambil bahagian dalam program ini harus memastikan bahawa terdapat lokasi yang sesuai untuk pelaksanaan vaksinasi seperti yang diminta oleh Kementerian Kesihatan
AWANG Tengah dan Kui Hian melihat kakitan- gan perubatan menyediakan vaksinasi.
| Mohd Alif Noni
(KKM) dan agensinya Protect Health Corporation,” jelasnya.
Ujarnya, Mintred komited untuk memastikan program vaksinasi untuk sektor pembuatan dijalankan dengan jayanya di seluruh Sarawak dan setelah mencapai
sasaran vaksinasi, kerajaan mempertimbangkan membuka ekonomi secara berperingkat.
Justeru, Mintred mengucapkan terima kasih kepada CITF Sarawak, KKM dan Protect Health Corporation dan persatuan perniagaan atas kerjasama
dan sokongan mereka dalam menjayakan program ini.
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pusat beli belah The Spring, Mydin Vista Tunku, Emart Riam Miri dan UCTS Sibu kerana membenarkan pusat beli-belah dan premis universiti mereka digunakan sebagai pusat vaksinasi,” katanya.
Hadir sama Menteri Muda Mintred, Datuk Malcom Mussen Lamoh dan Datuk Mohd Naroden Majais serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Penerima bantuan mesti jujur