Page 11 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 11
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Doktor perlu ada lesen suntikan
TempaTan
11
KUCHING: Penugasan doktor dan jururawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) harus mengikut garis panduan yang ketat
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Menurutnya, isu ini memang menjadi keraguan kerana perbuatan individu yang menyamar sebagai doktor tidak harus dilakukan sembarangan dan harus mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Individu ini juga harus mempunyai lesen untuk memberi suntikan kepada penerima vaksin, malah tidak semua doktor dan jururawat yang mempunyai lesen untuk melakukannya,” kata Kui Hian.
Beliau berkata demikian selepas mengagihkan bungkusan makanan dan barang jagaan diri kepada keluarga memerlukan dalam program bantuan makanan di pusat beli-belah The Spring, senalam.
Sehubungan itu, Kui Hian
telah meminta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menyiasat dakwaan tersebut.
Baru-baru ini, seorang remaja mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.
Shah Hairil mengaku bersalah memalsukan pas kakitangan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah ke HUS lebih kurang 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai 2021 dan menyamar sebagai doktor.
Tertuduh ditahan polis
di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar jam 3 petang selepas seorang pegawai perubatan melaporkan penyamarannya itu kepada pengurusan HUS dan polis.
TINDAKAN pantas Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC menangkap Bujang Suai. Bujang Suai tewas
BINTULU: Seekor buaya katak jantan digelar Bujang Suai ditangkap di ladang sawit berdekatan Kuala Suai kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Penangkapan buaya itu dibuat oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) susulan hantaran video oleh pekerja ladang terbabit.
Buaya daripada spesies Crocodylus porosus sepanjang 13 kaki itu terkena mata pancing yang dipasang pada 2 Julai dan telah berjaya ditarik ke
darat dan dibawa ke bahagian utama jalan ladang sawit.
Bujang Suai ini akan dihantar ke Taman Buaya Benaya untuk tindakan selanjutnya.
Orang awam yang ingin membuat laporan mengenai kehadiran reptilia ini atau hidupan liar yang lain boleh segera menghubungi talian Hotline SFC di Kuching (019- 8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019-8290994).
Bujang Suai akan dihantar ke Taman Buaya Benaya untuk tindakan selanjutnya.
289 kes baharu, dua kematian
KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 67,560 kes, semalam apabila 289 kes positif baharu dilaporkan di negeri ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes direkodkan di Kuching, diikuti dengan Sibu (37), Saratok (24), Miri dan Bintulu masing-masing 22 kes, Sarikei (16), Song (14), Samarahan (13), Kapit (11), Serian dan Subis masing-masing 10 kes, Serian (9), Bau (7), Selangau (6), Sri Aman (5), Kanowit (4) dan Telang Usan (3).
Selain itu, dua kes masing-masing di Tatau, Betong, Lubok Antu, Pusa dan satu kes masing-masing di Bukit Mabong, Meradonh, Simunjan dan Belaga.
“Daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 31 kes telah mengalami gejala jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
JPBN turut mendedahkan terdapat tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 semalam yang melibatkan dua perempuan rakyat Sarawak di Sibu dan seorang rakyat Sarawak di Selangau.
Dalam perkembangan berkaitan, Daerah Lundu dan Pakan kembali kepada status jingga daripada merah, semalam.
Menurutnya, ia susulan masing-masing merekodkan 37 dan 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.
“Daerah Kabong juga kembali kepada status kuning daripada jingga setelah merekodkan 19 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.
“Sebanyak 23 daerah masih berstatus merah, empat daerah berstatus jingga, 12 daerah berstatus kuning dan satu daerah berstatus hijau,” ujarnya.
11