Page 9 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 9

KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
AnAlisis
Lebuh raya di dalam hutan
9
osmanrazali@suarasarawak.my
ADA lebuh raya di
dalam hutan? Ya, itulah perumpamaan yang paling cocok bagi menggambarkan Jalan Linsum-Ijok di Bahagian Betong, dalam Dun Layar, sebaik pertama kali melaluinya.
Memang bukan berstatus lebuh raya, tetapi laluan sepanjang 16 kilometer menghubungkan 12 rumah panjang itu dilihat cukup sempurna.
Licin, rata, tidak beralun... pendek kata sangat selesa dilalui.
Lebih 2,000 penduduk yang menerima manfaat daripadanya harus berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak.
Khususnya dari kawasan Linsum terus ke Mara, Melanjan, Raba, Jelang, Temedak, Nanga Mujau, Luing, Kerapa, Gerugu, Penyuin dan Ijok.
Selepas ini bersambung dari Ijok akan ke Muman yang sedang dinaik taraf.
Terima kasih Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana telah membelanjakan RM44 juta demi memastikan rakyat menikmati pembangunan.
Bukti bahawa Kerajaan Sarawak yang diteraju oleh Gabungan
Parti Sarawak (GPS) ketika ini mengutamakan rakyat.
Apa yang pasti, orang luar bandar atau pedalaman tidak pernah dipinggirkan hasrat dan impian mereka.
Mendengar cerita penduduk, dahulu tanpa ada jalan tersebut dan ketika masih bergantung penuh kepada pengangkutan sungai, pergerakan mereka memerlukan belanja yang banyak.
Bukan itu sahaja, bahkan membuang masa. Malah lebih setengah hari suntuk dihabiskan untuk perjalanan.
Diakui cukup perit, belum terbit sang mentari masing-masing sudah di dalam perahu, mudik ke hilir untuk ke pekan.
Pulangnya, tidak boleh sesuka hati. Jika tidak, bermalamlah di pengkalan atau hotel.
Namun, hari ini dengan pembangunan infrastruktur asas
itu banyak corak kehidupan turut berubah.
Berubah kepada lebih bagus, lebih selesa... hendak ke pekan pun boleh bila-bila masa.
Justeru, generasi muda yang kini merasai ‘indahnya’ hidup sepatutnya bersyukur.
Tanpa kerajaan yang cakna, tanpa kesungguhan para pemimpin yang berjiwa rakyat, semua itu tidak akan kita nikmati.
Percayalah, pembinaan jalan raya jauh ke pedalaman tidak pernah berhenti di situ.
Malah ia akan membuka banyak peluang baharu yang pasti untuk mereka yang tinggal di situ.
Peluang membangunkan tanah, menjana ekonomi daripada pelbagai sudut akan terbuka luas.
Tidak kurang impaknya kepada pembangunan lain, yang pasti menguntungkan rakyat.
Jika kita masih berkehendak
kepada pembangunan seumpamanya atau lebih, kekallah untuk ‘setia’ bersama kerajaan hari ini.
GPS banyak membuktikan kebolehannya dalam mengangkat Sarawak ke arah berstatus negeri maju menjelang 2030.
Pihak lain, setakat ini mungkin hanya bijak berjanji kosong. Sesuai dengan pegangan mereka, apa jua yang bagus dilakukan oleh kerajaan tetap tidak dipandang.
Anehnya, mereka juga turut menikmati pembangunan yang dibuat oleh kerajaan.
Ketika ini, parti-parti yang akan mencuba nasib pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) sudah mula membuat percaturan, menyusun strategi sehabis baik untuk menentang parti pemerintah.
Tetapi persoalannya bilakah PRN-12? Mungkin sebulan lagi? dua bulan? Atau... jawapannya masih
tidak diketahui.
Kerana, seperti ditegaskan
oleh Abang Johari baru-baru ini, biarlah semua pihak berganding bahu dahulu untuk memerangi Covid-19 secara habis-habisan sebelum memikirkan soal PRN-12.
Sebagai rakyat, tunggu sahajalah dan apabila tiba harinya nanti, tanggungjawab kita untuk memilih yang terbaik.
Pastikan tidak tersalah pangkah, merana 22 bulan tidak harus berulang - jangan sampai pisang berbuah dua kali.
Bersama-samalah kita memikirkan keputusan yang terbaik untuk Sarawak.
Parti mana yang dirasakan layak memimpin, itulah pilihan terbaik.
Bagaimanapun harus diingat, jangan kita lupa jasa dan pengorbanan pihak
yang selama ini membawa pembangunan, menyediakan bantuan ketika pandemik dan pihak yang sentiasa cakna akan setiap permasalahan rakyat.
Siapa pilihan kita, tepuk dada tanya selera.
Jika kita tahu pihak lain tidak akan membawa apa-apa terhadap Bumi Kenyalang, tetaplah untuk ‘setia’ - Utamakan Sarawak!
Bijak berbelanja, elak tekanan
linakunjak@suarasarawak.my
ISU moratorium enam bulan dan Pelan Pemulihan Negara hangat diperkatakan, sama ada di media cetak mahupun media elektronik, malah ia menjadi topik pilihan seisi keluarga, rakan dan taulan.
Kita sedia maklum, isu ini menjadi tumpuan umum kerana memberi impak besar kepada setiap aspek kehidupan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 terutamanya apabila ia membabitkan perbelanjaan harian.
Oleh itu, pemahaman dan pengertian mengenai maksud tempoh moratorium yang diberi atau dipohon adalah sangat perlu agar tidak timbul salah faham pada masa akan datang.
Jika permohonan moratorium diluluskan selama enam bulan, kadar faedah tetap berjalan seperti biasa. Maksudnya,
tempoh pinjaman dipanjangkan enam bulan dan sudah tentu faedah terkumpul akan bertambah kerana perjanjian pinjaman asal tujuh tahun, tetapi dipanjangkan ke tujuh tahun enam bulan.
Ini bukan kali pertama kerajaan memberi moratorium, tempoh diberi juga enam bulan. Oleh itu, keseluruhan tempoh moratorium ialah 12 bulan.
Bayaran faedah tidak akan berhenti. Tempoh masa akan dilanjutkan berdasarkan beberapa tahun. Kadar faedah pada dasarnya direhatkan dalam kadar tahunan kecuali kad kredit direhatkan dalam kadar bulanan.
Sebagai contoh, pinjaman kereta selama sembilan tahun dari 2019 hingga 2028 iaitu selama 108 bulan. Tahun lepas, telah mendapat enam bulan moratorium dan tahun ini juga mengambil enam bulan lagi, maka 12 bulan tidak perlu membayar pinjaman.
Sekurang-kurangnya
dalam tempoh enam bulan ini rakyat tidak terbeban dengan pembayaran pinjaman dan boleh
menggunakan wang tersebut untuk keperluan lain.
Moratorium selama enam bulan ini dilihat mampu meningkatkan Disposable Income atau disebut sebagai pendapatan yang kita boleh belanja selepas tolak bayar pinjaman.
Oleh itu, dalam tempoh
ini juga rakyat diharap dapat melakukan perbelanjaan secara berhemah, menggunakan sumber kewangan untuk meneruskan hidup, untuk membeli barangan keperluan asas yang lain.
Harapan kita, mudah- mudahan apabila pandemik Covid-19 berakhir kelak, kita masih boleh kembali hidup secara normal dan pendapatan kita mungkin boleh kembali seperti dahulu.
Tambahan pula, pihak kerajaan akan memastikan ekonomi negara pulih semasa selepas pandemik Covid-19 dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara dan aktiviti Ekonomi perlu dirancakkan semula.
Pelan Pemulihan Negara adalah strategi peralihan
keluar secara berfasa, daripada kemelut pandemik ini yang merangkumi empat fasa dan akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat-peringkat.
Fasa pertama iaitu pelaksanaan PKP menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes Covid-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam pada tahap kritikal dan kadar pencapai vaksinasi yang masih rendah.
Menerusi fasa kedua, aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat, manakala aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat- peringkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.
Fasa ketiga pula membabitkan peralihan daripada pendekatan senarai positif kepada senarai negatif iaitu semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali yang berisiko tinggi.
Kita boleh beralih kepada fasa ketiga jika kita berjaya mencapai
nilai ambang iaitu purata kes harian Covid-19 menurun
di bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dan 40 peratus populasi negara sudah menerima dua dos suntikan vaksin
Fasa keempat akan dilaksanakan jika negara berjaya mencapai nilai ambang iaitu purata kes harian menurun di bawah 500 kes, sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) mencukupi serta 60 peratus populasi menerima dua dos suntikan vaksin.
Pendek kata, kita sekarang sangat memerlukan sumber kewangan, bukan masa akan datang! Kita perlu bertahan sekarang dan tidak perlu terlalu risau. Kata kuncinya, berkaitan dengan kelangsungan hidup. Kedua-dua aspek kesejahteraan masyarakat dan ekonomi saling berkaitan. Yang pasti dalam keadaan sekarang ini, kita mesti bijak berbelanja bagi mengelak tekanan angkara sumber kewangan terjejas teruk.
9
9


































































































   7   8   9   10   11