Page 8 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 8
8Bukan Sekadar Akhbar • PPK474/02/2019 (035042)
• Tel: 082-647375/ 649527
• Faks: 082-647374
• e-mel: news@suarasarawak.my • Laman sesawang: www.suarasarawak.my
• Lot 14096 (SL 121) Section 65, Ku- ching Town Land District 14D, Metro- city’s Commercial Precint, Jalan Matang, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Sidang RedakSi
Editor Eksekutif
ROHANA WAHED
rohanaw@suarasarawak.my Timbalan Editor Eksekutif
AWANG ROSLI AWANG JAYA
rosliaj@suarasarawak.my
Timbalan Editor Eksekutif
AWANG SHAHFERI AWANG ADENI
ashahferi@suarasarawak.my Editor Kanan Berita
RADIN AZHAR AHMAD
radinazhar@suarasarawak.my
Editor
DRAMAN BAHARON
draman@suarasarawak.my Editor Ruai
ALVESTER BIGOL SULANG
alvesterbigol@suarasarawak.my
Subeditor Berita
CHRISTINA LIAN
christinalucaslian@suarasarawak.my
Subeditor Inspirasi
MOHD HAZIQ AMALUDDIN
haziqamal92@suarasarawak.my
Subeditor Global
S. CONNIE PEARL SUIL
pearl@suarasarawak.my
Subeditor Ruai
LINA KUNJAK
linakunjak@suarasarawak.my
Ketua Pemberita
FENNY SILONG
fensilong@suarasarawak.my
Ketua Grafik
NGUMBANG RANGGA
ngumbang86@gmail.com
penyelesaian
Pemikiran
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H Bunuh diri bukan
Lebih membimbangkan lagi dan perlu diberi perhatian, apabila individu yang mengalami kemurungan mula memencilkan diri dan mengasingkan diri daripada kawan dan keluarga.
tekanan jiwa pula mengancam
di dalam rumah. Justeru, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini. Kita perlu lebih peka dan berhati- hati dalam tindakan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dan tekanan pada orang lain.
Situasi yang banyak berubah
ini amat menuntut kesabaran, pertimbangan yang wajar, juga perancangan sumber sedia ada sebaik mungkin. Manfaatkan penggunaan teknologi maklumat bagi mengekalkan hubungan dengan ahli keluarga, memantau teman-teman rapat secara jarak jauh, saling memberi galakan sosial, motivasi, dan berkongsi nasihat.
Di peringkat organisasi,
idea mewujudkan sokongan motivasi yang santai mungkin
boleh membantu memberi ruang penyelesaian masalah-masalah sosial yang sedang dihadapi oleh ahli organisasi dapat dibantu dengan setiakawan, saling bekerjasama dan bersistem.
Dengan krisis pandemik Covid-19 yang belum berpenghujung, kita semua harus bersedia dengan segala kemungkinan. Harus kental bertahan dalam keadaan sukar ini.
Yang pasti, ia menuntut kesefahaman yang jitu dan kefahaman yang berbeza, berbanding hari-hari yang lalu untuk kita memenangi peperangan ini.
• Dr Aila Latif ialah Pensyarah Kanan dalam bidang pengurusan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Unimas.
P
jumlah kes bunuh diri semakin meningkat. Perubahan drastik dan tekanan hidup sejak penularan virus memberi impak yang besar terhadap kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.
Berdasarkan rekod PDRM, 631 kes bunuh diri sepanjang tahun 2020, berbanding 609 kes pada 2019. Lebih membimbangkan, sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan tahun ini untuk tempoh Januari hingga Mei. Ini bermakna, secara purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dari tahun 2019 hingga Mei 2021.
Statistik menunjukkan catatan kes tertinggi lebih tertumpu
di bandar-bandar besar. Tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri ialah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.
Peningkatan kes bunuh diri yang ketara sepanjang tempoh pandemik ini memberi petunjuk isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat memerlukan pendekatan pencegahan atau intervensi segera.
Rata-rata masalah tekanan hidup sepanjang tempoh pandemik ini yang sangat menjejaskan pertimbangan adalah disebabkan kehilangan pekerjaan dan pendapatan, hilang tempat bergantung, masalah rumah tangga, malah tekanan berganda ketika bekerja dari rumah.
Bagi mengelakkan penularan jangkitan, kita kurang keluar untuk berinteraksi secara fizikal dengan persekitaran dan masyarakat sekeliling. Namun, ia boleh mengakibatkan rasa terkurung
di satu ruang yang sama dalam jangka masa panjang, sepanjang tempoh kawalan pergerakan yang mengambil masa berbulan-bulan. Akhirnya tanpa disedari keadaan itu sendiri boleh menyebabkan kita terdedah kepada bahaya tekanan mental dan psikologi.
Justeru, kita perlu cakna perubahan diri dan orang sekeliling, terutamanya mereka
ANDEMIK Covid-19 memberi impak ketara
kesihatan mental apabila
yang rapat. Simptom awal kemurungan boleh dikenal pasti melalui beberapa perubahan tingkah laku yang akan ditunjukkan oleh individu seperti sering kelihatan sedih dan murung, hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, sukar menumpukan perhatian dan tidak dapat melakukan tugas harian seperti kebiasaan.
Lebih membimbangkan dan perlu diberi perhatian, apabila individu yang mengalami kemurungan mulai memencilkan diri dan dilihat mengasingkan diri daripada kawan dan keluarga.
Sindrom biasa yang dilaporkan dialami oleh mereka yang menderita tekanan perasaan ini ialah mengalami gangguan tidur dan kurang selera makan, mulai bersikap kasar, sama ada kepada diri sendiri mahupun orang di sekelilingnya, malah kadangkala bertindak agresif. Pada tahap ini, penderita tekanan emosi mulai terjebak dengan penyalahgunaan pil tidur, alkohol
dan dadah.
Dalam menangani situasi yang
semakin parah yang melanda masyarakat kita hari ini, sistem sokongan adalah amat penting. Budaya ambil peduli dan saling membantu harus dipupuk dan diamalkan di semua peringkat umur.
Satu tamparan kepada institusi sosial kita apabila melihat angka yang dilaporkan sepanjang tempoh 2019 hingga Mei 2021. Hampir 60 peratus mangsa bunuh diri berumur antara 15 hingga 18 tahun iaitu seramai 872 orang.
Ya, tidak ada istilah terlalu muda untuk tekanan perasaan lebih- lebih lagi dalam situasi pandemik yang meruncing. Yang dewasa, dibelenggu masalah kewangan. Yang remaja terumbang-ambing dengan hala tuju dan masalah sosial. Jika tiada kawalan diri
dan pertimbangan yang rasional, ekosistem masyarakat diancam secara luaran dan dalaman. Virus Covid-19 masih berleluasa menyerang di luar rumah,
8
SEBANYAK 468 kes bunuh diri direkodkan tahun ini, sepanjangJanuari hingga Mei. Secara purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dari tahun 2019 hingga Mei 2021. Foto HIASAN
Diterbitkan oleh
SV News Sdn. Bhd., Lot 2885 Block 3, Miri Concession Land District,
98000 Miri, Sarawak.
Dicetak oleh
UBP Printing Sdn Bhd, Lot 2042, Section 66, Pending
Industrial Estate, KTLD, Jalan Tenaga, 93100 Kuching, Sarawak.