Page 6 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 6

6
Seni LukiS
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Lukisan wajah Nur Nazihah
| SITI NURAIN RATANI
suarasarawak.news@gmail.com
BUKAN semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang tidak ternilai jika memilikinya.
Kelebihan melukis pada diri setiap insan merupakan satu anugerah dan ia juga sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata. Melukis salah satu hobi yang diminati ramai, tetapi tidak mampu dihasilkan semua orang.
Namun, adakala bakat itu perlu diterokai supaya kelebihan yang ada tidak disia-siakan. Sama seperti kelebihan yang ada pada seorang anak muda Nur Nazihah Mohamad Minggu yang menceburi bidang lukisan potret selama 10 tahun.
Menyedari jari-jemarinya yang mampu menghasilkan karya seni itu, anak muda berusia 23 ini terpanggil mengisi masa lapang dengan melukis dan
pada masa yang sama dapat menjana pendapatan menerusi penghasilan potret wajah.
Kata Nazihah, mulanya dia tidak begitu yakin dengan bakat yang ada pada dirinya namun setelah lebih 10 tahun melukis, hobinya bertukar kepada rezeki.
“Saya berasa senang dengan hasil lukisan saya sendiri. Ia mampu memberi kegembiraan walaupun sekadar di atas kertas,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Menceritakan titik kecenderungan untuk menghasilkan setiap karya, Nazihah berkata, dia
mula tertarik sejak kecil apabila menyaksikan rentak dan alunan lukisan yang dihasilkan oleh ayahnya.
Jelasnya, lukisan
dan pergerakan tangan ayahnya melukis ketika itu menjadikannya tertarik untuk mencuba.
“Bukan itu sahaja,
ketika sekolah rendah, saya selalu menerima pujian guru semasa kelas lukisan. Sejak itu, saya mula minat untuk melukis,” katanya lagi.
Tambahnya, bagi mempelajari dengan lebih mendalam, dia sering melihat lukisan pelukis ilustrasi, Shierly Lin pelukis yang berasal dari Indonesia dan ingin mengikut jejak langkah beliau.
Namun jelas Nazihah,
kini dia masih berada pada tahap pembelajaran untuk mempelajari dengan lebih luas cara menghalusi bakatnya kerana banyak lagi yang perlu dipelajari.
Sejauh mana keberanian untuk memasarkan karyanya,
kata Nazihah, dia sentiasa mempromosikan lukisan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp.
“Kini, terdapat pelanggan yang menempah terus daripada saya.
“Saya gembira apabila orang melihat dan membeli karya saya. Namun saya juga takut kerana khuatir jika lukisan saya tidak menepati cita rasa pelanggan.
“Namun kebanyakannya suka dan ada yang menempah semula untuk membeli potret,” katanya.
Meneruskan perkongsian, Nazihah yang kini menetap di Kuching berkongsi cerita, setiap
potret mengambil masa sekitar tiga jam hingga empat jam sehari untuk dihasilkan, bergantung kepada permintaan.
“Untuk
memulakan lukisan, saya memerlukan ketenangan dan berada di dalam bilik untuk melukis. Malah, lagu juga akan dipasang bagi mengambil aura positif bagi melukis,” katanya.
Menjelaskan kerjaya sebagai pelukis tiada
pendapatan bulanan yang tetap, namun berasa
berpuas hati apabila setiap karyanya dibeli.
Jelasnya, lakaran potret karya setiap
pelukis mempunyai keunikan tersendiri mengikut kreativiti dan keistimewaan masing-masing sekali gus ia mampu membuka peluang sebagai sumber pendapatan.
“Ia bergantung kepada tahap kerajinan diri sendiri, jika rajin untuk mempromosikan di media sosial, dalam satu minggu saya boleh mencecah sehingga RM400.
“Fokus saya ialah terus menjana pendapatan dan hasilkan peluang untuk membolehkan orang ramai terus membeli dan akses kepada setiap produk seni saya,” ujarnya.
Namun sebagai pelukis, dia juga tidak terlepas berdepan
dengan segelintir individu yang mungkin kurang kesedaran
terhadap karya seni sehingga melihat lukisan itu
mudah dan murah. Selain berhadapan
dengan kurangnya keyakinan sendiri,
kebanyakan individu berfikir bahawa pelukis mempunyai
bakat semula jadi dan menganggap ia sesuatu yang
mudah untuk melukis. “Mereka tidak faham
bagaimana teliti untuk membuat setiap potret.
“Terdapat juga individu yang selalu memperlekehkannya
tetapi ia tidak memberi kesan kepada saya sebab ia minat masing-masing.
“Oleh itu, kadang-kadang saya perlu membutakan mata, memekakkan telinga
apabila berhadapan situasi ini,” jelasnya.
Ujarnya, bagi lukisan menggunakan pensel lukisan
hitam putih ini, dia menawarkan harga serendah RM30 untuk
satu lukisan potret seorang, manakala potret berpasangan
dijual RM55 untuk saiz
A4. Manakala, lukisan potret untuk saiz A3 berharga RM45 dan lukisan berpasangan saiz A3
6


































































































   4   5   6   7   8