Page 4 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 4

4
Kesejahteraan raKyat
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Kongsi rezeki Pantri Komuniti
BERI... Rubiah pada Program Pantri Komuniti di Kota Samarahan semalam. | Foto MUNIRAH ZHAMRI
| BARINA NANI
barinanani.bn@suarasarawak.my
KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang menyifatkan program Pantri Komuniti satu inisiatif yang amat baik untuk membantu penduduk yang kurang berkemampuan khususnya di kawasan beliau.
Beliau berkata, walaupun pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, namun masih ada golongan yang tercicir daripada mendapatkan bantuan yang diperlukan.
"Kita berasakan ia merupakan usaha yang baik walaupun
kita memberi pelbagai bentuk bantuan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan Pantri
Komuniti di Farley Supermarket di sini, semalam.
Rubiah menambah, di
Kota Samarahan misalnya, ia merupakan kawasan pinggir bandar dan mempunyai populasi yang begitu ramai.
"Separuh populasi di sini tidak termasuk dalam pengurusan
dan pentadbiran kita kerana peningkatan perumahan
telah menyebabkan limpahan penduduk di kawasan ini.
"Dalam bantuan Sarawakku Sayang, banyak yang tercicir mendapatkan bantuan terutama di kawasan perumahan," jelasnya.
Justeru katanya, secara
tidak langsung melalui inisiatif ini kesusahan dan tekanan kumpulan tercicir tersebut dapat diringankan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rubiah memberitahu,
pengagihan sumbangan Pantri Komuniti itu melibatkan 80 bungkus bantuan keperluan makanan daripada Farley Supermarket bermula 4 hingga 12 Julai ini.
Beliau turut menyerahkan
40 bungkus sumbangan Pantri Komuniti kepada penduduk yang memerlukan bantuan di Elli Supermarket.
Individu yang memerlukan boleh mendapatkan sumbangan itu di 12 pasar raya di Kota Samarahan termasuk Farley Supermarket, H&L, Aiman
Mall, LePaPa Market, Sen
Sen Department Store, Emart Summer Mall, CS Mini Market, Unaco Kota Samarahan, Elli Supermarket (4 hingga 6 Julai), Choice Bazaar Supermarket, Everwin Centre Sdn Bhd Cawangan Samarahan dan Everise Supermarket.
Ringankan beban kami
KOTA SAMARAHAN: Pantri Komuniti terus memberi
nafas lega kepada penduduk yang kurang mampu ketika pandemik Covid-19 dan pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Rata-rata penduduk meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana bantuan yang diberikan dalam
bentuk makanan membantu meringankan bebanan harian mereka.
LIZA MOKHTAR
Saya berasa bersyukur dengan bantuan yang diberikan ini. Jika tiada
Pantri Komuniti ini, mungkin tiada penduduk yang amat memerlukan dibantu. Tetapi dengan adanya bantuan ini, ramai yang memerlukan barang keperluan ketika tempoh kritikal ini.
AWEL BAKAK
Saya sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan
bantuan Pantri Komuniti ini. Baru hari ini saya berjaya mendapatkan bantuan keperluan khas ini. Saya mendapat maklumat melalui pesanan ringkas rakan saya. Apabila mendapat maklumat mengenainya, saya terus ke sini kerana saya tiada pekerjaan untuk menampung kelangsungan hidup. Dengan ada bantuan ini, ia dapat menampung keperluan untuk beberapa hari akan datang.
PONG MEI LING
Saya berasa gembira kerana mendapat bantuan seperti ini. Ini
meringankan beban kami yang kurang berkemampuan. Saya sudah tidak bekerja. Kalau ada bantuan lain, saya amat bersyukur dan amat berterima kasih.
TRACY ANAK TUSENG
Bantuan ini dapat membantu kami sekeluarga.
Setelah suami jatuh sakit, dia tidak dapat bekerja dan menyukarkan kami dan lima anak meneruskan kelangsungan hidup. Kami menerima apa-apa sahaja bantuan yang ada, asalkan anak-anak dapat makan.
WAN ALWIN WAN BUNSU
Saya amat gembira kerana ada bantuan ini. Saya ada empat
anak dan hanya menyara anak dengan kerja sebagai pekerja kontrak. Tetapi sudah lebih sebulan tidak bekerja. Dengan ada bantuan ini, ia dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan kami sekeluarga.
4


































































































   2   3   4   5   6