Page 3 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 3

KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Kesejahteraan raKyat 3
Ketua Menteri terima dua kunjungan hormat
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang
Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Yayasan Sarawak yang baharu Mersal Abang Rosli di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Menteri, Mersal memulakan tugasnya pada 1 Julai lalu sebagai Pengarah Yayasan Sarawak yang baharu.
Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak baharu, Datuk Dr. Mohamed Sapian Mohamed.
Beliau yang berasal dari Terengganu memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri baharu pada 14 Jun yang lalu.
Sebelum ini, beliau bertugas Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Kesihatan Negeri Pahang (Kesihatan Awam).
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr. Rosemawati Ariffin.
TERIMA KUNJUNGAN... Abang Johari merakam gambar kenangan bersama-sama Mohamed Sapian dan Rosemawati selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Foto PEJABAT KETUA MENTERI
18,702 BAKAL GURU DIPANGGIL BERTUGAS
Impak positif kepada Umno
| SITI NURAIN RATANI
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri akan memberi impak positif terhadap Umno atau BN secara keseluruhannya, kata Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung.
Menurutnya, pelantikan itu merupakan satu perkembangan politik tanah air yang menarik dan menjawab segala teka-teki mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini mengaitkan nama pemimpin Umno dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
“Bagaimanapun, pelantikan ini nanti pasti mendapat reaksi berbeza daripada sebilangan pemimpin Umno terutamanya lantikan terjadi ketika wujudnya desakan Ahli Parlimen Umno supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Namun, secara keseluruhannya, lantikan ini sudah pasti akan memberi kesan
positif terhadap Umno atau BN secara keseluruhannya,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Dr Lee menambah, isu desakan
beberapa pihak yang menggesa ahli kabinet yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan juga dilihat sedikit ganjil.
“Hal ini kerana desakan itu langsung tidak menyentuh mereka yang memegang jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) mahupun kerajaan negeri dan kerajaan tempatan,” katanya.
Mengulas mengenai kesesuaian pelantikan ketika penularan pandemik, Dr Lee berkata, terdapat pihak yang berpendapat, ketika ini ada baiknya PN meninggalkan kerajaan setelah dikecam sebagai kerajaan lemah menangani isu Covid-19.
“Bagaimanapun, dari sudut lain, ia dilihat sebagai tidak bertanggungjawab atau cabut lari kerana ketika ini rakyat mengalami kesusahan.
“Dalam keadaan genting ini, semua pihak harus bekerjasama menangani Covid-19. Sesuai atau tidak pelantikan tersebut, itu subjektif kerana semuanya bergantung kepada keberhasilannya seperti usaha menangani pandemik Covid-19,” jelasnya.
Bermula Oktober depan
KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) membuka tawaran pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi memenuhi 18,702 kekosongan guru di negeri Sarawak, Sabah, Johor dan Selangor.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan rasminya semalam berkata, pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/ hebahan.html) untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp. spp.gov.my/ bermula semalam sehingga 21 Julai ini sebelum jam 11.59 malam.
Walau bagaimanapun, SPP memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi berkenaan mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan gangguan capaian.
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan lantikan pemohon yang layak akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai Oktober depan.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengambilan khas ini mengutamakan siswazah pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara.
“Tawaran ini akan diperluas kepada siswazah bukan iktisas sekiranya terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh siswazah pendidikan,” katanya.
Radzi menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang terbesar setakat ini yang menyasarkan negeri yang kekurangan guru terutamanya kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah termasuk Johor serta Selangor.
Di peringkat sekolah rendah, tawaran dibuka untuk guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam
dan Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Manakala bagi sekolah menengah, siswazah dipelawa memenuhi kekosongan guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk dan Teknologi.
Pengambilan besar-besaran itu juga sebahagian usaha KPM untuk mencapai sasaran yang diletakkan dan dirancang di bawah Pelan Pemulihan Negara dengan cabaran utama untuk membawa keluar negara dalam konteks Covid-19 bagi sektor pendidikan.
Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri
KUCHING: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri
Kanan Pertahanan walaupun telah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Pelantikan tersebut diyakini dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang
menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” katanya.
Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail.
Kedua-dua pelantikan ini
telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.
Pejabat Perdana Menteri juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua menteri tersebut atas pelantikan itu.
Perkukuhkan sokongan kepada pucuk pimpinan
KUCHING: Pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Per- dana Manteri akan dapat mem- bantu mengubah persepsi dan memperkukuhkan sokongan Umno kepada pucuk pimpinan negara yang mewakili parti mi- noriti dalam Perikatan Nasional (PN), kata Penganalisis politik, Datuk Dr. Mohd Fadzil Abdul Rahman.
Menurutnya, bagi golongan yang mengikuti dengan dekat perkembangan senario politk tanah air, ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana
ramai boleh menjangkakan ia berlaku dan hanya menantikan masa yang sesuai.
“Jika dilihat dari segi merit lantikan dalam kalangan menteri lama Umno di dalam kabinet, Ismail antara paling kurang kontroversi berbanding yang lain walaupun mendapat kritikan dari semasa ke semasa.
“Tidak kiralah sama ada kontroversi ciptaan atau kebetulan mahupun sekadar tohmahan, kontroversi melibatkan Ismail tidak begitu
ketara,” katanya.
Mohd Fadzil berpendapat,
lantikan itu berkemungkinan berkisar kepada beberapa faktor seperti kedudukan kesihatan Perdana Menteri yang kurang stabil akibat penyakit yang sedang dialaminya.
“Ia sudah pasti memerlukan seorang pengganti untuk mengetuai kerajaan semasa ketiadaan beliau ketika menjalani rawatan.
“Lebih-lebih lagi dalam situasi yang mencabar
memerangi Covid-19, tekanan politik pembangkang berhubung soal pembukaan persidangan Parlimen, isu usul undi tidak percaya bagi menggulingkan kerajaan dan pelbagai isu lain,” jelasnya.
Tambahnya, langkah
awal melantik menteri kanan sebagai timbal balas terhadap ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri dilihat sebagai bijak di awal penubuhan PN bagi mengelakkan kemelut dan pertikaian ataupun perebutan jawatan.
3


































































































   1   2   3   4   5