Page 5 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 5
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Kesejahteraan raKyat
5
Sisa klinikal meningkat drastik
Bukan sidang kosmetik, harus bahas isu rakyat
KUCHING: Penghasilan sisa klinikal di Sarawak kini meningkat secara drastik sejak pandemik Covid-19 tercetus, kata Ketua Pegawai Eksekutif One Medicare, Sazali Tuah Neli.
Katanya, ia juga dipengaruhi peningkatan pembukaan stesen kuarantin serta Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) yang beroperasi di seluruh negeri.
"Usaha syarikat kini meningkatkan jadual pengambilan sisa klinikal dengan kerjasama pihak kontraktor iaitu daripada tiga kali seminggu kepada lima kali seminggu.
"Selain itu membina stor sementara dan menyediakan tong berkapasiti tinggi agar persekitaran di hospital dan stesen kuarantin berada dalam keadaan terurus dan selamat," katanya semalam.
Menurut Sazali, sebagai sebuah syarikat Perkhidmatan Sokongan Hospital, One Medicare turut membekalkan sejumlah 96,739 helaian linen untuk keperluan staf, orang awam dan untuk kegunaan katil kepada pusat kuarantin dan PKRC.
Justeru, katanya cabaran yang dihadapi One Medicare bukan sahaja dalam peningkatan dalam pembukaan pusat kuarantin
dan PKRC malahan tekanan peningkatan kes positif Covid-19 kini turut dirasai oleh syarikat.
Sehubungan
itu, melihatkan kes harian yang kian meningkat, Sazali berharap agar orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan jika boleh, menjalankan lockdown kendiri
KUCHING: Bahas isu rakyat, jangan sekadar persidangan kosmetik, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen ketika mengulas pembukaan semula Dewan Rakyat untuk bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini.
Jelas Kelvin, menerusi amalan sistem demokrasi, Parlimen harus berfungsi sebagai tempat perbahasan supaya isu rakyat dapat dibincangkan lebih-lebih lagi berkaitan Covid-19.
"Jika kita tidak diberikan peluang untuk membahaskan isu, bagi saya persidangan ini hanyalah kosmetik sahaja. “Mungkin mereka buka disebabkan gesaan orang ramai tetapi ini tidak akan mencapai tujuan atau fungsi sebenar Parlimen yang kita mahu.
"Fokus kini haruslah untuk membahaskan isu rakyat ketika Covid-19 ini dan meneliti apakah pendekatan yang dilakukan oleh
kerajaan dan kita juga akan memberi pandangan supaya wujud pendekatan secara menyeluruh menangani pandemik ini," katanya.
Tambah Kelvin, Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyokong pembukaan Parlimen jika bertujuan fokus membincangkan isu rakyat.
"Kita tidak akan menyokong mana-mana gerakan untuk undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
"Tetapi kita mahu fokus kepada polisi yang berkaitan dengan rakyat, kerana kita tahu ketika pandemik kini ramai suara rakyat yang terkesan," ujarnya.
i i
g
bagi membendun penularan Covid-19.
"Jika trend peningkatan kes
semasa berterus
s
n
a
a
,
g
n
n
kapasiti kesihata
,
akan berada pada tahap yang kritikal dan akan
a
g
n
n
memberikan imp
negatif kepada
penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya dan perkara ini adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
"Walaupun kita disuntik vaksin, penjagaan kendiri seperti pemakaian pelitup muka dan menjaga jarak haruslah masih diamalkan," katanya.
Sementara, Sazali berkata, One Medicare komited untuk terus memberi sokongan dari segi tenaga kerja dalam sepanjang
p
a
a
k
k
KAKITANGAN One Medicare yang membantu pusat kuarantin dan PKRC.
Sarawak berdepan dengan pandemik Covid-19 terutamanya dalam pembukaan pusat kuarantin dan PKRC.
Katanya sehingga kini, One Medicare berjaya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pembukaan serta operasi di 108 pusat kuarantin dan 53 PKRC di seluruh Sarawak.
Fokus isu kesihatan, ekonomi
KUCHING: Pembukaan semula Parlimen selama lima hari harus memberikan fokus kepada pindaan perlembagaan untuk mewujudkan Parlimen secara hibrid.
Ahli Parlimen Petra Jaya
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pindaan ini bertujuan memastikan Parlimen boleh bersidang dalam apa-apa jua keadaan kelak.
"Seperti diumumkan Speaker Dewan Rakyat supaya melihat dan meneliti dari segi Parlimen hibrid.
"Jadi sebab itu, bakal dibentangkan adalah pindaan terhadap peraturan tersebut untuk membolehkan Parlimen tetap bersidang secara hibrid," katanya ketika dihubungi.
Justeru Fadillah berkata, pembukaan semula Parlimen harus memberikan fokus kepada isu rakyat dan ekonomi negara
ketika ini.
Jelasnya, ini penting bagi
membincangkan isu kesihatan dan ekonomi negara dapat dipulihkan semula.
"Pertama kesihatan, kedua ekonomi – yang perlu dipulihkan supaya kewangan ini akan
dapat kita gerakkan bukan
sahaja memastikan rakyat dapat makanan di atas meja, rakyat juga boleh mendapatkan pekerjaan," tambahnya lagi.
Fadillah juga berharap agar tiada pergolakan politik berlaku sehingga menyebabkan keadaan politik di negara menjadi kucar- kacir.
Bagi mengatasi krisis Covid-19 di negara kita, ahli parlimen
digesa untuk berbincang dan mendapatkan penyelesaian terbaik untuk rakyat tanpa mengira latar
belakang politik.
"Sebab kita akan berdepan
dengan tiga krisis iaitu ekonomi, kesihatan dan politik.
"Jadi saya mengharapakan dengan sidang Parlimen ini nanti betul-betul fokus mencari jalan bersama supaya boleh membawa kita keluar daripada kemelut ataupun cabaran kesihatan dan ekonomi," ujarnya.
Terdahulu Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021.
Mesyuarat bertujuan memberi penerangan kepada ahli parlimen mengenai pelan pemulihan negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
5