Page 2 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 2

2
Jenayah
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
WAKTU SOLAT NEGERI SARAWAK
Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON 5 ZON 6 ZON 7 ZON 8 ZON KHAS
4:49 4:59 6:14 4:56 5:06 6:20 5:01 5:11 6:25 5:06 5:16 6:30 5:09 5:19 6:32 5:10 5:20 6:34 5:13 5:23 6:37 5:15 5:25 6:39 4:46 4:56 6:11
12:27 3:53 6:38 7:53 12:32 3:57 6:41 7:56 12:35 4:00 6:42 7:57 12:40 4:05 6:47 8:02 12:42 4:07 6:48 8:03 12:42 4:07 6:48 8:02 12:45 4:09 6:50 8:04 12:48 4:12 6:53 8:08 12:25 3:50 6:35 7:51
ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan, Lawas
ZON 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi, Belaga
ZON 3: Tatau, Kuala Tatau,Sebauh, Bintulu
ZON 4: Igan, Oya, Balingian, Kapit, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Song
ZON 5: Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang, Tanjung Manis
ZON 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
ZON 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
ZON 8: Kuching, Lundu, Bau, Sematan
ZON KHAS: Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan
Disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sarawak
Tumbuk, tampar isteri
KUCHING: Seorang mekanik muda mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dengan menampar serta menumbuk mangsa dikenakan hukuman menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney di Puncak Borneo sehingga berusia 21 tahun semalam.
Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga mengarahkan tertuduh yang berumur 20 tahun dikenakan hukuman berkenaan
di pusat itu memandangkan umurnya masih muda.
Tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca dengan Seksyen 326A kanun yang sama.
Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berusia 27 tahun dengan menampar serta menumbuk mangsa sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri.
Kejadian itu terjadi kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan teguran isterinya yamg mendesaknya mencari kerja dan tidak mengharapkan wang isteri.
Tertuduh dikatakan panas baran setiap kali ditegur oleh isterinya sejak mereka berkahwin.
Susulan laporan polis yang dibuat selepas peristiwa itu, tertuduh ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kuching pada 7 Mei lalu.
Lari dari pusat kuarantin kerana tekanan emosi
KUCHING: Pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Jalan Puncak Borneo pada Selasa ditahan polis sekitar jam 12 tengah hari semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintenden Lim Jaw Shyong berkata, suspek berusia 31 tahun ditahan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di tepi jalan, berhampiran bangunan Kastam, Jalan Field Force, Petra Jaya.
Kata Jaw Shyong, suspek telah dikesan serta ditangkap berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh bapa kepada teman lelaki suspek.
Menurutnya, suspek mengakui melarikan diri kerana mengalami tekanan emosi berada seorang diri di pusat kuarantin.
“Setelah melarikan diri
dari pusat kuarantin, suspek menghubungi teman lelakinya untuk menemani suspek.
“Teman lelaki suspek turut bersama-sama suspek di lokasi
tangkapan ketika menunggu kehadiran polis,” jelasnya.
Kata Jaw Shyong, suspek diserahkan kepada petugas penyelia pusat kuarantin KSKB,
Jalan Puncak Borneo. Tambahnya, teman lelaki
yang merupakan kontak rapat juga diserahkan ke pusat kuarantin.
2
LIM JAW SHYONG


































































































   1   2   3   4   5