Page 13 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 13
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
Kesejahteraan raKyat
13
Tidak boleh
import
lembu
DOUGLAS Uggah diiringi Robert dan Dr Richard memantau rancangan projek ternakan khinzir di Munggu Gernis, semalam.
KUCHING: Sarawak tidak membenarkan mengimport lembu dari Semenanjung Malaysia, kata Pengarah Veterinar Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud.
Menurutnya, langkah itu bagi mencegah penularan penyakit kulit kental berbonjol (LSD) dan juga penyakit kuku dan mulut (HFM) ke atas haiwan ternakan itu.
“Ini sebagai langkah kami untuk keselamatan haiwan ternakan dan makanan di Sarawak,” katanya yang dihubungi, semalam.
Dr Adrian berkata pada masa ini, Sarawak masih bebas daripada penyakit tersebut.
Malah, katanya, kualiti daging lembu di pasaran adalah dijamin selamat untuk dimakan.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sebelum ini dilaporkan mengesan penyakit LSD pada 42 lembu hidup dari Thailand yang dikuarantin.
Bekalan vaksin cukup bantu capai sasaran
SPAOH: Kerajaan Sarawak berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas sokongan berterusan dalam memberikan bekalan vaksin Covid-19 yang mencukupi kepada Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, bekalan vaksin yang mencukupi akan memastikan Sarawak dapat mencapai sasaran untuk menyelesaikan vaksinasi pada akhir Ogos depan.
“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, juga kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin atas sokongan berterusan mereka memberikan vaksin Covid-19 yang mencukupi.
“Apabila kita mendapat
bekalan yang cukup, kita dapat menyelesaikan program vaksinasi seperti disasarkan pada akhir Ogos depan,” katanya di sini, semalam.
Jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS), pihaknya akan melakukan vaksinasi di seluruh negeri.
“Kita mempunyai pasukan bergerak untuk meluaskan lagi jangkauan pemberian vaksin khususnya mereka yang jauh seperti di kawasan pedalaman Bario, Baram, Kapit, Belaga, Miri
“Bagaimanapun, masih ada yang belum diberikan vaksin. Maka, setiap hari kita akan berusaha menghubungi mereka.
“Kapasiti pemberian vaksin harian sekarang menghampiri 60,000 dos,” ujarnya.
Uggah menambah, sehingga Selesa lalu sekitar 1,612,639 orang di negeri ini menerima vaksin.
“Sebanyak 1,254,639 juta orang
(61.4 peratus) telah menerima dos pertama dan 357,574 orang (17,5 peratus) telah melengkapkan dos kedua,” jelasnya.
“Sasaran kita untuk memberikan vaksin kepada 2.2 juta orang yang yang layak,” tambahnya lagi.
Tentang penggunaan vaksin Pfizer BioNTech yang boleh diberikan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, beliau berkata, Sarawak mempunyai lebih daripada 200,000 orang lagi untuk diberi vaksin.
Beliau selepas itu mengunjungi projek fertigasi terbuka (halia) di Rumah Panjang Enteri di Samu, Paku dan projek penternakan babi moden di Rumah Panjang Munggu Gernis.
Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri
Dr Richard Rapu dan Pegawai Veterinar Betong Dr Siong Jing Jing turut hadir sama.
DR Annuar dua kanan beramah mesra dengan para atlet yang terlibat.
Kesedaran penduduk kurangkan kes positif
SIBU: Proses pemberian vaksin Covid-19 yang dilaksanakan secara agresif di sini telah mengurangkan bilangan kes positif Covid-19 yang direkodkan Sibu sejak kebelakangan ini.
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee berkata, buat pertama kali selepas ledakan tercetus dari Kluster Pasai atau dalam masa enam bulan hanya ada satu
zon sahaja dari 34 zon di Sibu berstatus merah ketika ini iaitu zon tujuh Tiong Hua.
Beliau berharap, faktor ramai penduduk di sini yang sudah menerima vaksin Covid-19 penyumbang utama kepada kes positif seterusnya Sibu dapat
pulih tidak lama lagi.
“Kita berharap situasi di
Sibu akan bertambah pulih agar kita berada di landasan yang tepat untuk membentuk imuniti kelompok seperti yang disasarkan.
“Namun kita berharap mereka yang sudah menerima vaksin agar terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap cuci tangan,” jelas Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.
Rentetan daripada ramai penduduk Sibu yang sudah menerima vaksin, Dr Annuar menjelaskan semalam, Sibu mencatatkan rekod vaksinasi
harian tertinggi dengan melebihi 8,000 dos.
Menurutnya, rekod yang dicatatkan itu memberi gambaran yang baik apabila jumlah menerima suntikan vaksin melebihi jumlah yang mendaftar.
Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu menjelaskan, ia menunjukkan program jangkauan yang jalankan sebelum ini memberi ruang kepada mereka yang
tidak mendaftar pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk menerima vaksinasi.
Beliau yang juga Adun Nangka berkata, kaedah cucuk dahulu, daftar kemudian merupakan satu pendekatan
yang sesuai di negeri ini. Bercakap mengenai
perkembangan program vaksinasi di sini, beliau memberitahu program vaksinasi di Swan City bermula pada Isnin diikuti dengan program yang sama di Dewan Foochow dalam masa terdekat ini.
Selain itu katanya, Pusat Perubatan Pakar KPJ Sibu
akan meningkatkan jumlah dos kepada 1,000 sehari dan akan mengadakan program vaksinasi bergerak di dua lokasi mulai hujung minggu ini dan minggu depan.
Terdahulu, Dr Annuar menghadiri Program Vaksinasi Atlet dan Jurulatih Atlet Sarawak Sukan Malaysia (Sukma) Fasa
Ketiga (zon tengah) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu pada petang semalam.
Seramai 38 orang atlet Sukma Sarawak dari zon tengah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.
Atlet berkenaan akan menyertai temasya Sukma di Johor Baharu tahun hadapan.
“Mereka menerima suntikan sebelum mereka menjalani latihan pusat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat kelak.
“Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia melakukan inisiatif menyediakan vaksinasi kepada atlet, jurulatih dan pegawai sukan,” ujarnya.
13