Page 18 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 18

18
Kesejahteraan raKyat
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
| AINI SELIKANG
laiquangsok@suarasarawak.my
BINTANGOR: Kerajaan Sarawak meneruskan pelaksanaan projek menaik taraf jalan kampung
di Meradong sebagai inisiatif penting untuk memudahkan penduduk memasarkan produk kampung dan hasil pertanian mereka.
Adun Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pelaksanaan sebanyak 22 projek jalan konkrit di bawah Sistem Maklumat
Rekod Jalan Raya (Marris) amat bermakna kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu katanya, projek seumpama itu akan diteruskan demi manfaat penduduk dalam tempoh jangka panjang.
“Saya berharap semua laluan kampung di Meradong dapat dinaik taraf kepada jalan yang lebih selesa dan lebar pada masa akan datang.
“Ini amat penting kepada
penduduk terutamanya untuk keselesaan menjalankan aktiviti harian mereka,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM240,770 untuk kerja menaik taraf jalan bagi kegunaan penduduk di Rumah Banggie, Skim B.
Projek itu akan menyelesaikan masalah isu jalan berlubang menghala ke Rumah Banggie yang dulunya dikenali sebagai Rumah Mawi.
Malah katanya, masalah berkenaan meresahkan penduduk yang sering melalui kawasan itu setiap hari.
“Ini membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan sentiasa berusaha untuk memastikan masalah itu diatasi. Projek ini meliputi kerja naik taraf laluan sepanjang 900 meter,” katanya.
Selain memudahkan penduduk, infrastruktur itu akan turut membantu penduduk
mengeluarkan pelbagai produk atau tanaman mereka untuk dipasarkan di luar kawasan kampung.
Pada masa yang sama katanya, ia memberi lebih keselesaan kepada penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti harian.
“Saya bertekad untuk terus melaksanakan pelbagai usaha demi manfaat penduduk Meradong. Bagaimanapun bagi mencapai sasaran itu, saya
tidak boleh bergerak sendirian sebaliknya memerlukan sokongan padu rakyat,” katanya.
Sementara itu, penduduk, James Ling, 43, berterima kasih kepada kerajaan kerana menaik taraf laluan itu yang sebelum ini mengalami kerosakan dan membahayakan keselamatan penduduk.
Menurutnya, keadaan menjadi
lebih teruk apabila jalan yang
berlopak dan dipenuhi air ketika
hujan. KUONG Hiing melakukan tinjauan tapak projek.
Naik taraf jalan kampung
26 rumah dibaik pulih
KUCHING: Sebanyak 26 buah rumah dibaik pulih menerusi Program Penambaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di kawasan Dun Pantai Damai dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek baik pulih rumah membabitkan penggantian atap, dinding dan lantai yang sudah uzur.
Menurutnya, pelaksanaan program tersebut dilaksanakan secara berterusan dan permohonan boleh dibuat menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Pada tahun lepas dan tahun ini, pelaksanaan program sedikit lewat disebabkan pandemik Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan rumah yang dibaik pulih menerusi PPRMS di Kampung Jaya Bakti dan Kampung Sri Kandong semalam.
Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, PPRMS yang dimulakan sejak 2018 bertujuan untuk
membantu golongan kurang berkemampuan membaik pulih rumah mereka.
Menurutnya, rakyat Sarawak beruntung kerana program tersebut hanya ada di negeri ini bagi membantu membaik pulih rumah yang uzur.
"Kebanyakan pemilik rumah menyambut baik program ini dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg," ujarnya.
| PPRMS yang dimulakan sejak 2018 bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan membaik pulih rumah mereka.
18
Trienekens santuni keluarga miskin
KUCHING: Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd menyumbang bekalan makanan untuk 700 isi rumah
di bawah program Jangkauan Keuskupan Agung Katolik Kuching anjuran Gereja St Joseph.
Sumbangan berupa beras, minyak masak dan minuman itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens, Elvin Wee dan Ketua
Pegawai Operasi, Alice Lee kepada Uskup Agung Roman Katolik Kuching, Simon Poh di pejabat Gereja St. Joseph, di sini.
Menurut Poh, sumbangan yang diterima akan diagihkan kepada keluarga miskin bandar, termasuk pekerja asing di sekitar Kuching, Kota Padawan, Bau, Lundu, Serian, Tebedu dan Sri Aman.
Katanya, hasil sokongan
dan sumbangan masyarakat kepada program berkenaan membolehkan pihaknya membantu kira-kira 4,600 keluarga yang memerlukan.
Orang ramai yang ingin menderma atau yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Katolik di talian 082-241407 (Cecilia) untuk maklumat lebih lanjut.
ELVIN Wee (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Poh sambil disaksikan oleh Alice (kanan).


































































































   16   17   18   19   20