Page 20 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 20

ArenA
SKepanyol akan lebih kuat
20
| EURO 2020
APTEN Sepanyol, Sergio pembukaan Itali melalui Federico Busquets melaungkan Chiesa.
amaran bahawa mereka Namun Morata dan Dani Olmo
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
akan tampil lebih kuat dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar tahun depan.
Katanya, para pemain telah meraih pengalaman berguna sepanjang Euro 2020, walaupun kalah kepada Sepanyol 4-2 melalui sepakan penalti dalam aksi separuh akhir di Wembley semalam.
“Ia menyedihkan, kami lebih suka kejohanan ini tidak berakhir hari ini buat kami, tetapi ia adalah bola sepak,” ujar Busquets.
“Pasukan ini sangat hebat, kami adalah pasukan yang lebih bagus untuk hampir keseluruhan perlawanan.
“Saya berasa bangga terhadap rakan-rakan sepasukan. Semua orang menjadikan Itali sebagai pasukan pilihan, tetapi kami menunjukkan bahawa kami lebih baik,” kata bintang Barcelona itu.
Penyerang gantian, Alvaro Morata menyamakan kedudukan, bagi memadamkan jaringan
gagal menyempurnakan sepakan penalti.
“Bersama ramai pemain muda, ia akan memberikan mereka keyakinan. Pasukan ini akan kembali lebih kuat,” kata Busquets.
“Secara keseluruhan saya percaya kami lebih baik, tetapi bola sepak memang begitu dan kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka (Itali).
“Masih ada setahun setengah sehingga Piala Dunia 2022, dan kami berada di landasan yang betul,” ujarnya.
Busquets yang kini berusia 32 tahun menjadi pemain tunggal dalam skuad yang bermain pada Piala Dunia 2010 ketika Sepanyol menundukkan Belanda 1-0 dalam aksi final.
Busquets merupakan anggota skuad generasi emas Sepanyol dan Barcelona bersama-sama Xavi dan Iniesta.
MELANGIT... Pemain utama Sepanyol, Olmo melakukan sepakan penalti melepasi palang ketika penentuan penalti menentang Itali semalam.
JADI PENYOKONG... Bonucci ditahan ketika bersama-sama para pe- nyokong.
Bonucci disangka penyokong
PENYERANG Sepanyol,
Alvaro Morata melakar sejarah jaringan, menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo bagi rekod Eropah.
Morata menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada minit ke-80 ketika menentang Itali semalam.
Itu adalah jaringan keenamnya dalam Kejuaraan
Eropah, mengatasi Fernando Torres yang sebelum ini bergelar penjaring terbanyak Sepanyol dengan lima gol.
Morata juga menjadi pemain kedua yang menyumbat sekurang-kurangnya tiga gol dalam Euro berbeza, menyertai Ronaldo yang melakukannya dalam tiga edisi.
Selain itu, penyerang Juventus itu juga menjadi pemain Sepanyol pertama yang menjaringkan gol buat pasukan dan juga negara di Wembley.
Bagaimanapun, ia tidak berakhir dengan kegembiraan apabila Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti.
KEGIRANGAN... Morata meraikan detik jaringan bersejarahnya.
Morata lakar sejarah
Perlawanan paling sukar
TONGGAK pertahanan Itali Leonardo Bonucci mengakui aksi separuh akhir Euro 2020 menentang Sepanyol sebagai perlawanan paling sukar.
Aksi 120 minit berakhir 1-1 hasil jaringan Federico Chiesa untuk Itali dan Alvaro Morata buat Sepanyol.
Namun sepakan penalti Manuel Locatelli dan Morata diselamatkan penjaga gol sementara percubaan Dani Olmo melambung tinggi.
“Ini adalah perlawanan
tersukar pernah saya hadapi. Tahniah kepada Sepanyol atas apa yang ditunjukkan mereka.
“Namun sekali lagi Itali menunjukkan semangat dan keazaman untuk mengharungi detik sukar dan penalti berpihak kepada kita.
“Kemenangan yang diperoleh dengan kesukaran adalah paling manis untuk dinikmati,” kata Bonucci.
Sepanyol mengejutkan Itali apabila tidak membariskan Morata dalam kesebelasan
utama, manakala Gerard Moreno dan Ferran Torres tampil sebagai pemain utama.
“Kami tahu akan ada kejutan kerana Luis Enrique beberapa kali melakukannya. Mereka banyak bergerak
di bahagian atas dan tidak memberikan ruang kepada kami untuk menyerang.
“Namun kami berjaya membawa pulang keputusan yang penuh bersejarah sebagai pemain Itali,” katanya.
20
TONGGAK pertahanan, Itali Leonardo Bonucci dihalang
untuk kembali ke padang selepas meraikan kejayaan ke final bersama-sama para penyokong di Wembley semalam.
Itali menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti sekali gus menempah tiket ke final Euro 2020, bakal bertemu sama ada England ataupun Denmark.
Bonucci menuju ke arah penyokong Itali untuk meraikan kejayaan, namun dihalang daripada kembali ke padang oleh petugas yang keliru apabila menyangka beliau adalah penyokong Itali.
Petugas tersebut memegang Bonucci apabila pertahanan
itu cuba menyertai rakan sepasukannya dan mengarahkan supaya kembali ke tempat duduk penyokong.
Pertahanan berusia 34 tahun itu terkejut dengan insiden berkenaan dan penyokong membincangkan mengenai perkara lucu itu di laman media sosial.
Seorang penyokong di Twitter menulis “petugas Wembley yang klasik” sementara seorang lagi menambah ‘Bukankah itu Giorgio Chiellini?
Majoriti penyokong turut berkongsi klip video tersebut sambil menyifatkan ia sebagai salah satu detik yang janggal dalam Euro 2020.’


































































































   18   19   20   21   22