Page 21 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 21

KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
| COPA AMERICA
Brazil, Argentina
rebut juara
ArenA
21
SEPERTI yang diramal, dua musuh tradisi, Argentina dan Brazil akan berentap dalam perlawanan akhir Copa America 2021 di Stadium Maracana Ahad ini (8.00 pagi waktu Malaysia).
Argentina ke final setelah berhempas-pulas mengalahkan Colombia 3-2 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 sepanjang 90 minit.
Sebagaimana tradisi kejohanan, tiada sepakan penalti selepas seri dalam tempoh 90 minit.
Penjaga gol Emiliano Martinez muncul wira Argentina apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti Colombia.
Lautaro Martinez membuka jaringan untuk Argentina seawal minit ketujuh, namun Colombia menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi Luis Diaz.
Dalam penentuan penalti, penjaga gol Argentina menyelamatkan sepakan Davinson Sanchez, Yerry Mina dan Edwin Cardona.
Manakala hanya Rodrigo De Paul gagal menyempurnakan sepakan untuk Argentina.
Sementara itu, Brazil menewaskan Peru 1-0 Isnin lalu untuk menyaksikan pertembungan dua bintang ternama, Neymar dan Lionel Messi.
KEGIRANGAN... Bintang Argentina, Emiliano Martinez (kiri) meraikan jaringannya bersama-sama Messi dan rakan-rakan.
Neymar gembira
jumpa A
BINTANG Brazil, Neymar teruja menentang skuad Lionel Messi, Argentina dalam aksi final Copa America Ahad ini.
Menurut Neymar, beliau amat mengharapkan pertemuan tersebut.
“Saya mahu Argentina, saya bersorak untuk mereka ketika aksi separuh akhir Argentina menentang Colombia.
“Saya bangga dan teruja untuk menentang mereka.
“Saya ada kawan di sana, namun pada perlawanan akhir itu kelak Brazil akan menang,” kata Neymar.
Kali terakhir Brazil-Argentina berentap final Copa America ialah pada 2007 yang menyaksikan skuad Brazil menang bergaya 3-0.
Ia merupakan pertemuan bintang hebat di dunia, Neymar dan Messi. Lebih menarik, mereka kini sedang berada dalam prestasi kemuncak.
Brazil, Argentina sepatutnya bertemu dalam aksi final Piala Dunia 2014, namun malang buat Brazil apabila dibelasah teruk 7-1 oleh Jerman, yang muncul juara.
Yang pasti, kejayaan dua gergasi Amerika Selatan itu ke final, memberi signal awal bahawa mereka adalah antara pencabar utama Piala Dunia 2022.
Malah, gergasi Eropah, Itali
juga tidak terkecuali daripada
pilihan awal Piala Dunia 2022,
setelah mara ke final Euro 2020 selepasmengalahkansatulagi TERUJA...Neymar
a
KEGIRANGAN... Penyokong Itali yang menyemarakkan Susana di Wem-
bley semalam.
Bola sepak akan ke Rome
A
r
r
g
g
e
e
n
n
t
t
i
i
n
n
a
kuasa besar Sepanyol dalam aksi separuh akhir semalam.
bangga jumpa Messi Ahad ini.
PARA penyokong Sepanyol dan Itali mengejek sorakan “bola sepak akan pulang” di Wembley ketika aksi separuh akhir Euro 2020 semalam.
Namun hanya penyokong Itali yang dapat bersorak selepas mereka mengesahkan tempat ke final setelah mengalahkan Sepanyol.
Kelompok besar penyokong England dilihat hadir ke Wembley yang dipenuhi hampir 60,000 penyokong dan sorakan “bola sepak akan pulang” bergema
24 jam lebih awal sebelum aksi England-Denmark awal pagi tadi.
Penyokong Sepanyol dan Itali di dalam stadium bertindak balas dengan mengejek sorakan tersebut, mengulangi aksi final Euro 2012.
Kebanyakan penyokong
Itali turut melaungkan sorakan dengan kain rentang yang bertulis “IaakandatangkeRome”.
Sorakan kepada Itali berlanjutan apabila skuad
bimbingan Roberto Mancini itu mara ke final yang akan berlangsung, awal pagi Isnin depan.
Federico Chiesa meletakkan Itali di depan sebelum jaringan Alvaro Morata mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Morata dan Dani Olmo gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Yang pasti, sekitar 60,000 penonton memenuhi arena Wembley(awalpagitadi)bagi memberi sokongan padu kepada England.
21


































































































   19   20   21   22   23