Page 23 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 23
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
ArenA
23
| LIGA PREMIER 2021
Elavarasan banyak pilihan
| FAIZAL BUJANG
suarasarawak.news@gmail.com
JURULATIH Sarawak United FC (SUFC), E. Elavarasan mempunyai banyak pilihan dalam membentuk kesebelasan utama menjelang aksi menentang Selangor 2 pada 17 Julai ini.
Ini kerana, semua pemain cergas dan bebas daripada sebarang kecederaan, sepanjang sesi latihan sejak tiga minggu yang lalu.
Menurut penolong jurulatih SUFC, Safri Amit, mereka kini mempunyai ramai pemain yang boleh diketengahkan dalam kesebelasan utama.
“Semua pemain kini cergas dan begitu bersemangat... jadi ia merupakan petanda positif.
“Yang pasti, situasi ini akan membentuk kesebelasan terbaik untuk pasukan,” ujar Safri yang dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.
SUFC kini masih lagi fokus terhadap kecergasan, dan persefahaman. “Sesi latihan (camp base training) yang
| PIALA AFC 2021
Kedah, Terengganu kempunan
dilaksanakan telah memberi ruang untuk mengembalikan segalanya seperti sedia kala,” ujar Safri.
Dua penyerang baharu, Sabri Sahar dan pemain kacukan Malaysia/Perancis, Mathias Mansor bakal mencabar penyerang sedia ada, Uche Agba dan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo).
“Kedua-duanya mampu menyesuaikan diri dalam pasukan. Mereka boleh melakukan apa yang diarahkan,” jelas Safri.
Yang pasti, Agba masih
lagi sebagai pilihan utama. Sembilan jaringan sepanjang pusingan pertama membuktikan ketajamannya.
Sementara itu, skuad SUFC telah pun menerima dos pertama vaksin Covid-19 Isnin lalu.
“Satu kelegaan kepada kita apabila semua pemain, jurulatih serta pegawai sudah pun menerima dos pertama tiga hari lepas.
“Pemain jelas bersemangat, malah bertambah yakin selepas melalui proses tersebut,” katanya.
GIGIH... Para pemain SUFC begitu bersemangat ketika sesi latihan.
TIADA keajaiban atau jalan mudah buat Kedah Darul Aman (KDA) dan FC Terengganu FC (TFC) setelah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membatalkan semua perlawanan Piala AFC zon ASEAN 2021 bagi Kumpulan G, H dan I serta perlawanan play-off.
Dalam satu kenyataan semalam, AFC mengesahkan pembatalan itu berikutan cabaran yang dihadapi ekoran wabak global bagi menentukan tuan rumah yang sesuai untuk mengadakan pertandingan berpusat.
Bagaimanapun, AFC memaklumkan perlawanan Piala AFC 2021 di zon yang masih belum selesai akan terus mengekalkan struktur
keseluruhan pertandingan
setelah mempertimbangkan
format sedia ada
serta ketersediaan tuan rumah berpusat di setiap zon.
Isnin lepas, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John memberitahu Bernama bahawa badan pengelola bola sepak Asia hanya menerima tawaran daripada pihak terlibat untuk menjadi tuan rumah perlawanan kumpulan, yang sepatutnya diadakan dari 29 Jun-6 Julai, sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai pembatalan itu.
Bagi pertandingan Piala AFC zon ASEAN, KDA FC dan TFC masing-masing
berada dalam Kumpulan H dan
Kumpulan I. Pada Mei,
Singapura menarik diri sebagai
tuan rumah Kumpulan H
dan I Piala AFC
2021 berikutan wabak Covid-19 yang masih tidak menentu, di rantau ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dilaporkan berkata bahawa tidak berminat untuk mengadakan dua perlawanan kumpulan atas alasan serupa.
Sementara itu, AFC juga mengumumkan undian peringkat kalah mati Piala AFC yang pada asalnya dijadualkan semalam, ditunda sementara hingga 4 Ogos.- Bernama
| AFC mengesahkan pembatalan itu berikutan cabaran yang dihadapi ekoran wabak global bagi menentukan tuan rumah yang sesuai untuk mengadakan pertandingan berpusat.
PAUL JOHN...
Setiausaha Agung AFC.
| SUKMA XX JOHOR 2020
Atlet kembali bersemangat
PENERIMAAN dos pertama vaksin Covid-19 dalam kalangan atlet skuad boling padang mencetuskan semangat baharu.
Ia meningkatkan lagi fokus atlet serta jurulatih dalam membentuk daya saing bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma XX) Johor 2020.
Perkara tersebut diakui jurulatih boling padang Sukma Sarawak, Mohd. Fairus Abang Deni kepada Arena Suara Sarawak semalam.
Menurut Fairus, beliau gembira apabila anak didiknya sudah pun menerima dos pertama vaksin berkenaan baru-baru ini.
“Kita berharap akan dapat kembali menjalani latihan seperti biasa selepas ini.
“Saya lega kerana proses vaksinasi membabitkan kem kendalian saya berjalan lancar,” jelas Fairus.
Tambah Fairus, pihaknya
juga berharap penerimaan dos pertama akan memberi keyakinan
MOHD. FAIRUS... Jurulatih Boling Padang Sukma Sarawak.
kepada atlet sedia ada. “Memang situasi berbeza
terpaksa dilalui semua atlet
ketika ini, lebih-lebih lagi ketika menjalani latihan,” jelas beliau lagi.
23