Page 22 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 22

22
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
ArenA
| EURO 2020
Itali ke pentas final
SEPAKAN penalti bintang Chelsea, Jorginho mengemudi Itali ke final Euro 2020 dengan menewaskan Sepanyol 4-2 melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit dalam aksi separuh akhir menarik di Wembley semalam.
Gol penyamaan Sepanyol 10 minit sebelum tamat menerusi Alvaro Morata mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas Federico Chiesa meletakkan Itali di depan pada minit ke-60.
Morata dimasukkan pada minit ke-62 oleh pengendali, Luis Enrique menggantikan Ferran Torres.
Percaturan Enrique membuahkan hasil apabila Morata menjaringkan gol penyamaan selepas gerakann satu dua dengan Dani Olmo.
Masa tambahan 30 minit tanpa sebarang gol dan permainan ditentukan menerusi
sepakan penalti dengan Jorginho memastikan kemenangan
Itali selepas sepakan Morata diselamatkan Gianluigi Donnarumma.
Sebelum itu Unai Simon menyelamatkan sepakan pertama Itali yang diambil oleh Manuel Locatelli, tetapi sepakan melambung Olmo menjadikan kedudukan kembali seimbang.
Pengendali Itali, Roberto Mancini memberi amaran kepada anak buahnya bahawa perjuangan mereka belum berakhir.
“Pujian kepada pemain tetapi ini belum berakhir. Kita perlu mengembalikan semula tenaga, ia aksi yang sukar.
“Saya tahu ini akan menjadi aksi paling mencabar dalam pertandingan ini. Aksi keenam kami, ia pasti memenatkan tetapi kami mahu ke final, dan kami telah pun berada di sana,” ujar Mancini.
Itali baru sekali memenangi Kejuaraan Eropah, iaitu pada edisi 1968, tetapi pernah mara ke final pada 2000 dan 2012.
CANTIK... Penyerang Itali, Federico Chiesa (biru) melakukan sepakan leret yang menerjah masuk ke jaring Sepanyol. AFP
SEPARUH AKHIR
ITALI 1 SEPANYOL 1
Chiesa m-60 Morata m-80
* Itali menang 4-2 melalui sepakan penalti.
STATISTIK PERLAWANAN
ITALI 7
4 29% 387 74% 17
2 8
1 1
SEPANYOL 16
5 71% 908 88% 18
1
1
6 6
Cubaan
Cubaan tepat Penguasaan bola Hantaran Hantaran tepat Kekasaran
Kad Kuning Ofsaid
S
n n
t t
S
u
e
e
p
p
a
a
k
k
a
S
a
S
u
u
d
d
u
TERPEDAYA... Penjaga gol Sepanyol, ga- gal mengagak sepakan penalti Jorginho.
Jorginho
t
pakar penalt
i
i
BINTANG Chelsea, Jorginho yang membantu Itali ke final Euro 2020 merupakan pakar sepakan penalti.
Beliau mempunyai seni sepakan tersendiri yang sukar diduga mana-mana penjaga gol.
Hanya segelintir penjaga gol berjaya menyelamatkannya, kerana sukarmeramalkan ke
mana arah bola berkenaan akan disepak.
Teknik dilakukannya adalah sempurna dengan fokus sebenar terhadap penjaga
gol dan menanti sebarang pergerakan kecil.
Ketika dia melihatnya, dia menyepak dengan begitu mudah. Lebih menarik, hampir semua sepakannya berhasil.
RATU WEMBLEY... Penyokong fanatik skuad Itali meraikan kejayaan ke final Euro 2020. Ratu tersebut akan kembali ke Wembley Isnin nanti, menunggu England atau Denmark.
22


































































































   20   21   22   23   24