Page 19 - Suara Sarawak A 8 Julai 2021
P. 19
KHAMIS | 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H
KemasyaraKatan
19
Tangani hakisan, air bertakung
DR Abdul Rahman meninjau keadaan projek perparitan di Kampung Jaya Bakti.
Cari empat ibu kandung
4,000 pekerja industri divaksin
KUCHING: Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak memohon bantuan orang ramai dalam usaha untuk mengesan atau mencari empat orang ibu kandung bagi kes-kes berlainan.
Menurut kenyataan yang diterima, tujuan pengesanan ini dilakukan untuk hal kebajikan kanak-kanak berkenaan.
Untuk kes pertama, ibu kandung yang dikenali sebagai Anna telah meninggalkan seorang bayi perempuan di Hospital Bintulu pada 28 Jun 2018.
Kes kedua, ibu kandung telah meninggalkan seorang bayi perempuan tanpa sebarang maklumat di Kuching Specialist Hospital (KPJ) pada 8 Ogos 2018.
Kes ketiga pula, ibu kandung yang juga tidak mempunyai maklumat telah meninggalkan seorang bayi perempuan di Kuching Specialist Hospital (KPJ) pada 18 Julai 2019.
Manakala kes keempat,
ibu kandung seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Yanti dan memegang pasport bernombor, 36591246 telah
meninggalkan anak lelakinya yang berumur 12 tahun kepada pasangan Stevenson Satu Buas dan Dacy Minus semasa bayi berumur dua bulan.
Sehubungan itu, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh terus menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, Norhayati Abdul Rahman
atau Pelindung Kanak-Kanak, Asdayanti Sarkawi di talian 082- 507999 atau 082-507111 dengan kadar segera.
BINTULU: Sekitar 4,000 pekerja industri menerima suntikan vaksin di pusat vaksinasi industri (PPVIN) di daerah ini, semalam.
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, PPVIN berkenaan masing-masing beroperasi di Ladang Lavang dan Ladang Rajawali, Sime Darby Plantation Sdn Bhd.
Menurutnya, seramai 2,044 orang mendapat suntikan vaksin di Lavang Estate PPVIN, manakala 1,926 orang lagi menerima vaksin di Rajawali Estate PPVIN.
"Sementara itu, syarikat seperti Shin Yang dan Samling masih menunggu kelulusan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Sarawak sebagai penempatan PPVIN bagi memudahkan proses
vaksinasi.
"Shin Yang PPVIN
menyasarkan seramai 1,600 pekerja, sementara itu, Samling PPVIN pula melibatkan 1,000 pekerja," katanya dalam Facebook.
Sehubungan itu, beliau menggesa pemilik ladang kelapa sawit untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjayakan program berkenaan selaras dengan hasrat untuk mencapai imuniti berkelompok.
"Pejabat Kesihatan
Bintulu bertanggung jawab memastikan semua pekerja mendapat suntikan vaksin bagi meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan Covid-19," katanya.
| MUKHRIZ MOHAMAD
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Masalah hakisan dan air bertakung yang berlaku di Kampung Jaya Bakti dijangka dapat diatasi dengan siapnya projek menaik taraf sistem perparitan.
Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dibina melalui dana Projek Rakyat, projek tersebut siap sepenuhnya pada Mei lepas.
Menurutnya, projek tersebut melibatkan tiga bahagian dan dibina dengan kos RM190,000 sepanjang 107 meter untuk keseluruhannya.
"Terdapat tiga lokasi naik taraf sistem
perparitan ini.
"Ia akan mengatasi masalah air
bertakung di kawasan Masjid Darul Falah dan hakisan tebingan Sungai Rayu," katanya.
Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) berkata demikian selepas melawat projek perparitan di Kampung Jaya Bakti semalam.
Sementara itu, Ketua Kampung (KK) Jaya Bakti, Deris Bohari berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana meluluskan projek tersebut.
"Ia untuk kemudahan penduduk kampung.
"Kalau tidak diatasi segera, mungkin kesan lebih teruk akan berlaku," ujarnya.
Tambah penerima bantuan
| BARINA NANI
barinanani.bn@suarasarawak.my
KOTA SAMARAHAN:
Jawatankuasa Khas Program Bantuan Bakul Makanan Kawasan Parlimen Kota Samarahan ditubuhkan bagi membincangkan kaedah terbaik dalam pelaksanaan program tersebut, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.
Beliau berkata, jawatankuasa khas itu terdiri daripada Pejabat Kebajikan Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Asajaya,
Pejabat Daerah Samarahan, wakil komuniti dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, jawatankuasa khas ini telah bermesyuarat dan beberapa perkara ditetapkan untuk program bantuan bakul makanan itu.
"Kadar nilai bakul makanan dikurangkan daripada
RM100 kepada RM70 bagi membolehkan bilangan dipertingkatkan daripada 3,000 penerima kepada 4,280 penerima.
"Selain itu, Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan akan menambah dana sebanyak RM50,000 untuk menambah bilangan penerima kepada 5,000 penerima dalam kawasan Kota Samarahan," katanya dalam satu kenyataan.
Rubiah menambah, pengagihan bakul makanan itu akan berfokus kepada beberapa kategori.
"Ia melibatkan golongan terkesan secara langsung akibat impak wabak Covid-19 seperti kehilangan pekerjaan, golongan kurang upaya, ketua isi rumah B40, serta senarai penerima bantuan am dan khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ia turut melibatkan penduduk di kawasan Kota Samarahan yang layak menerima tetapi tercicir atau belum mendapat bantuan bakul makanan daripada mana-mana program terdahulu seperti Program Bakul
Makanan Sarawakku Sayang," jelasnya.
Jawatankuasa khas itu juga memutuskan pengagihan bakul makanan terhad di tiga kawasan Dun iaitu Asajaya, Muara Tuang dan Stakan.
"Sebanyak 800 bakul makanan pula akan disediakan dalam bentuk program Bank Makanan yang khusus bagi membantu penduduk di kawasan bandar atau taman perumahan.
"Bukan itu sahaja, sebanyak 800 bakul makanan tambahan juga akan disediakan sekiranya terdapat pertambahan permintaan selepas 5,000 bakul makanan diagihkan kepada penerima yang layak," ujarnya.
Justeru, beliau berharap dengan penyaluran bantuan sebegini dapat membantu penduduk yang terkesan khususnya terhadap penutupan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.
"Saya turut berharap agar program sebegini mempunyai kesinambungannya dan
turut dilaksanakan bersama oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan dalam usaha memastikan tiada sesiapa yang dibiarkan dalam kesusahan sehingga terputus bekalan makanan sepanjang kita bersama-sama menghadapi wabak Covid-19," tambahnya.
19