Page 46 - PowerPoint Presentation
P. 46
BAB 5 Kesimpulan dan perbincangan
5.1 Kesimpulan
Penggunaan plastik dalam pembuatan penutup longkang boleh mempengaruhi sifat
fizikal penutup longkang dengan pelbagai cara. Antara kesan yang dapat dikenal pasti adalah
jika plastik dan pasir tidak disebatikan dengan betul dalam pembuatan penutup longkang ia
akan menyebabkan lekuk pada permukaan bata. Selain itu, dapat disimpulkan bahawa
mampatan menunjukkan penggunaan peratusan plastik yang sedikit dapat mengurangkan
kekuatan mampatan.
Kadar kekuatan mampatan yang diperolehi menunjukkan semakin tinggi peratus yang
digunakan dalam pembuatan pnutup longkang semakin menaik kadar mampatan. Dapatan
mengatakan, penggunaan simen sebagai bahan pengikat dapat menghasilkan ketumpatan yang
lebih tinggi berbanding penggunaan plastik sebagai bahan pengikat dalam pembuatan penutup
longkang.
Seterusnya, daripada kajian ini juga didapati bahawa penggunaan 25% plastik dapat
memberikan nilai peratusan kekuatan mampatan yang sesuai dan nilai mampatan yang lebih
tinggi berbanding spesimen lain. Akhir sekali, penggunaan plastik dalam pembuatan penutup
longkang dapat mengurangkan berat penutup longkang daripada menggunakan simen. Pada
masa yang sama dapat mengurangan penggunaan simen dalam pengeluaran simen serta dapat
mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar yang disebabkan oleh plastik.
41