Page 47 - PowerPoint Presentation
P. 47
5.2 Perbincangan
Untuk meningkatkan mutu kajian yang dilakukan, terdapat beberapa pertimbangan dan
saranan yang dapat diterapkan dan dilakukan dalam kajian selajutnya. Antara cadangan
untuk kajian akan datang adalah:
1. Kajian ini dilakukan dengan jumlah peratusan plastik yang dikira dengan teliti
pada semua sampel. Berbagai peratusan plastik dapat digunakan untuk kajian masa
hadapan untuk menilai kekuatan bata yang optimum dengan menggunakan
peratusan plastik dan pasir yang berbeza.
2. Penggantian simen dengan plastik ke kajian batu bata atau campuran konkrit
dalam kajian masa hadapan juga dapat dilakukan juga. Ini kerana plastik
mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan dalam menggantikan simen
sebagai bahan pengikat.
42