Page 3 - PowerPoint Presentation
P. 3

ABSTRAK


                       Multimeter adalah sebuah alat pengukur eletronik yang menggabungkan beberapa fungsi

               seperti mengukur voltan, arus dan rintangan. Terdapat dua jenis multimeter iaitu multimeter analog
               dan multimeter digital. Multimeter pertama telah dicipta pada tahun 1820 yang dipanggil sebagai

               galvanometer. Bagi  Multimeter digital pula diwujudkan pada tahun 1950-an.  Bagi  multimeter
               analog ia mudah untuk rosak jika tidak digunakan dengan berhati-hati (Tharin,2018). Dengan ini,

               sesuai  dengan  objektif  untuk  membangunkan  aplikasi  multimeter  supaya  kegunaannya  lebih

               mudah  dan  mungkin  tahan  agak  lama  kerana  hanya  memerlukan  telefon  pintar  untuk
               mengakseskannya. Selain itu, penciptaan aplikasi ini perlu selari dengan multimeter asal supaya

               bacaan  yang  dipaparkan  pada  paparan  aplikasi.  Dengan  ini,  uji  kaji  perlu  dilakukan  untuk
               menentukan data paparan pada aplikasi multimeter selari dengan multimeter digital yang sudah

               sedia ada. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal
               selidik kepada 17 orang responden. Dalam kajian ini, saya dapat mengenal pasti masalah yang

               sering dihadapi oleh penguna multimeter. Secara konklusinya, daripada projek akhir tahun ini saya

               telah mendapat ilmu yang baharu tentang multimeter dan dapat mengenal pasti masalah yang
               sering dihadapi oleh pengguna multimeter ini.






























                                                              i
   1   2   3   4   5   6   7   8