Page 13 - PowerPoint Presentation
P. 13

hidupan laut. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya
               dengan secepat mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin serius (Berita Harian, 2010).

               Rakyat Malaysia sering membuang sampah tidak kira tempat  asalkan ada kesempatan.

               Natijahnya, kita dapat lihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah, pejabat,
               kedai, tepi dan dalam sungai, dan seumpamanya. Hal ini kerana adanya sikap tidak

               bertanggungjawab dalam sesetengah masyarakat yang membuang sampah di merata-rata
               tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika  dibiarkan ia akan

               menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk  dan seterusnya menarik perhatian haiwan

               perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut merupakan pembawa penyakit seperti
               Taun. Tambahan pula, takungantakungan  air seperti di tempat pembuangan sampah

               kebiasaannya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.  Keadaan ini  mendorong kepada
               penyebaran penyakit deman denggi yang boleh membawa maut kepada manusia (Abu Bakar,

               1987).






               1.3  Pernyataan Masalah




                       Menurut (Yamin, 2018), pencemaran plastik merupakan isu global yang tidak dapat

               dielakkan. Hal ini memandangkan plastik digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti
               seharian di seluruh dunia. Lantaran penggunaannya yang berleluasa telah menyebabkan plastik

               menjadi penyumbang utama pencemaran di lautan. Hasil perangkaan global mendapati bahawa
               5  trilion beg plastik digunakan setiap tahun dan 13 juta tan daripadanya dibuang ke laut.

               Manakala, dianggarkan  sejuta botol plastik dibeli setiap minit dan 100,000 hidupan laut

               terbunuh disebabkan plastik pada setiap tahun. Di Malaysia sendiri, dianggarkan secara purata
               sebanyak 9 bilion plastik digunakan oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun, dan sebahagian

               besarnya juga berakhir di lautan.



                       Menurut petikan akhbar Harian Metro  (Hayin, 2018), pembuangan terbesar yang

               memberi kesan kepada alam sekitar adalah pembuangan plastik. Oleh hal yang demikian, ia

               memberi impak negatif terutamanya terhadap alam sekitar sehingga menyebabkan bencana
               seperti banjir pada musim tertentu. Plastik adalah bahan yang amat sukar terurai dan tidak

               hairanlah dengan sisa pembuangan plastik ini menyebabkan bencana seperti yang tersebut.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18