Page 18 - PowerPoint Presentation
P. 18
Menurut (Rasmin, 2020) Senior Consultant pihak SIRIM, pula berpendapat bahawa
plastik jenis HDPE elok digunakan kerana mempunyai sifat-sifat yang keras dan tahan. Untuk
dijadikan produk, mereka mencadangkan beberapa ujian untuk menguji kebolehkerjaan sampel
tersebut. Antaranya ialah ‘Heat Resistance Test’, ‘Hardness Test’. SIRIM diiktiraf sebagai
Dewan Ujian Antarabangsa dari Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) di
bawah Skim Akreditasi Makmal Kebangsaan (SAMM) ISO / IEC 17025. Jadi piawaian yang
digunakan adalah selaras dengan antarabangsa. Terdapat beberapa lagi ujian lain yang
dicadangkan di mana ujian-ujian itu hampir sama seperti yang dicadangkan oleh ADTEC.
Selain itu, beliau juga menasihatkan bahawa tidak mencampur adukkan warna plastik itu
kerana akan memberi kesan lain kepada produk itu.
Menurut (Khimi, 2000) Ketua Program Kejuruteraan Polimer Universiti Sains
Malaysia, Penang, bata yang diperbuat dari HDPE sepenuhnya tidak menjamin kekuatan
seperti bata biasa. Beliau mencadangkan untuk menambah serat semulajadi iaitu serkam padi
sebagai bahan pengikat dan berkemungkinan menjadikan bata itu lebih kuat dan bertahan.
Ujian-ujian yang dicadangkan oleh Dr Raa Khimi adalah Plastic Mixing, Tensile Test, Impact
Test, Hardness Test dan Internal Mixer for Polymer.
Menurut (Sakina, 2020) Pengajar Program Teknologi Bahan Termaju (polimer),
Taiping, berpendapat bahawa setiap jenis plastik mempunyai nilai resapan air yang tersendiri.
Nilai resapan air ke dalam plastik masih ada walaupun sedikit walau apa jenis plastik sekalipun
termasuklah plastik jenis HDPE. Beliau mencadangkan untuk melakukan ujian resapan air atas
faktor tertentu. Seperti pencarian yang ditemui bersumberkan internet, mendapati bahawa serat
semulajadi mempunyai fungsi untuk menyerap air. Jadi, untuk memenuhi kehendak ujikaji ini,
ujian resapan air telah dicadangkan untuk dijalakan keatas sampel yang akan dihasilkan.
2.3 Plastik
Plastik merupakan komponen utama dalam kebanyakan pembuatan bahan seperti botol
air mineral, sikat, paip, dan lain-lain. Plastik boleh diklasifikasikan oleh struktur kimia mereka,
iaitu unit molekul yang membentuk tulang belakang dan rantai sampingan polimer. Sesetengah