Page 22 - PowerPoint Presentation
P. 22

Plastik ini merupakan jenis plastik yang paling banyak dikitar semula. Ia disebabkan
               sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan suhu rendah. Menurut EPA, 12% daripada

               HDPE dikitar semula setiap tahun. HDPE yang pertama telah digunakan sebagai bahan dalam

               sistem perpaipan.



                       Plastik kategori SPI 2 ini merupakan plastik polietilena yang mempunyai ketumpatan

               tinggi. Plastik ini selamat digunakan, walaubagaimanapun, tidak dicadangkan untuk digunakan
               semula bagi mengisi sebarang makanan dan minuman. Kebanyakan plastik jenis HDPE

               digunakan sebagai botol detergen, shampoo, gel mandian dan barangan kosmetik yang lain.




               2.4.3  Polyvinyl Chloride (PVC)




















                                           Rajah 2.5 Polyvinyl Chloride (PVC)




                       Plastic ini merupakan jenis plastik yang paling sedikit dikitar semula, iaitu kira-kira 1%
               setiap tahun. PVC dikenali sebagai plastik toksik disebabkan ia mempunyai pelbagai toksin

               yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Plastik PVC digunakan sebagai

               paip plastik, lantai dan seumpamanya.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27