Page 10 - PowerPoint Presentation
P. 10

semua kegunaan harian sebagai perabot, kenderaan dan yang paling aktif
                       penggunaannya berkaitan pembungkusan makanan.

                       Di Malaysia, kira-kira 10 tahun dulu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
                       dan Kerajaan Tempatan menganggar jumlah sisa pepejal meningkat kepada 30,000 tan

                       sehari menjelang 2020. Sekarang sudah pun melebihi jangkaan 2020.Dengan kos

                       pengurusan bagi 11 juta tan sisa pepejal melebihi RM2 bilion setahun, amatlah
                       merugikan rakyat kerana peruntukan itu dapat digunakan untuk faedah lain sekiranya

                       pengurusan sisa pepejal dapat diuruskan dengan baik. ( Prof Dr Ahmad Ismail, Berita
                       Harian, 2018 )

                            Selain itu, terdapat juga kedudukan tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang

                       kurang 200 meter daripada laut, dipercayai menjadi punca kawasan terbabit
                       mencetuskan pencemaran terhadap perairan dan sekitarnya. Ketua Unit Nelayan

                       Changkat, Rahman Ibrahim, mendakwa setiap kali hujan lebat, air kotoran sampah
                       yang tidak diproses, dialir terus ke laut, bagi mengelak benteng di situ pecah jika

                       berlaku limpahan. Jarak minimum 500 meter itu perlu dipatuhi, jika ingin membina

                       tapak pelupusan sampah. Sekiranya tidak dipatuhi, pencemaran air larut lesapan ke
                       laut boleh menyebabkan pencemaran kepada ekosistem marin. ( Kamaruddin Shah

                       dan Muhammad Suhaib Mohd Shapiee, Berita Harian, 2016 )
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15