Page 13 - PowerPoint Presentation
P. 13

2.1  Kajian terdahulu



                        Bab ini menerangkan tentang kajian terdahulu yang menjadi panduan untuk

                        menjalankan kajian ini. Terdapat banyak kajian yang dikeluarkan dari
                        penyelidik di seluruh dunia berkaitan pengunaan bahan plastik sebagai bahan

                        tambahan di dalam konkrit.



                              Menurut kajian (Melati, 2019) ialah Penggunaan plastik terbuang HDPE

                        terhadap kualiti konkrit tanpa simen Portland. Katanya plastic HDPE adalah

                        jenis yang tidak larut didalam pelarut. Polimer ini juga tahan kenapda asid

                        asas. Penggunaan plastic HDPE adalah untuk mengurangkan pembaziran dan
                        bertujuan untuk membuat konkrit ringan.




                              Mengikut (Indah, 2019) dari Universiti Islam Sumatera Utara, tajuknya
                        ialah pemanfaatan plastic HDPE terbuang sebagai bahan pembuatan paving

                        blok. Katanya, penggunaan plastik HDPE terbuang sebagai paving blok

                        sekaligus dapat mengurangkan plastic yang terbuang, khususnya plastik
                        HDPE yang memerlukan waktu yang lama untuk terturai di dalam tanah.




                              Kajian (Nuridho, 2017) dari University of Muhammadiyah Malang,
                        membawa tajuk penggunaan plastic terbuang sebagai bahan pengganti

                        terhadap density dan kekuatan tekanan pada mortar dan pembuatan konkrit.

                        Katanya, pembuatan konkrit adalah sangat terkenal pada masa kini, pada
                        perkembangan konkrit dicampurkan dengan beberapa bahan tambahan seperti

                        kimia dan bukan kimia.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18