Page 28 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 28

Situasi yang tidak memerlukan melakukan CPR atau tidak perlu meneruskan CPR?






           Bilakah saya TIDAK PERLU melakukan CPR ?


           1. Jika  mangsa  mempunyai  penyakit  yang  tidak  boleh  dirawat  (mangsa  paliatif)  atau  terdapat  arahan  supaya

               rawatan selanjutnya tidak dilakukan. (Do Not Attempt CPR, DNACPR).


           2. Jika terdapat bahaya yang tidak dapat dialihkan, maka CPR tidak perlu dilakukan.


           3. Jika mangsa telah membuat keputusan terdahulu secara jelas supaya tekanan dada tidak dilakukan, (advance
               directive).


           4. Jika  mangsa  tidak  akan  mendapat  kebaikan  daripada  melakukan  CPR  seperti  pesakit  yang  mana  rawatan

               maksimum telah diberikan tetapi mangsa tidak memberi respon yang baik. Sebagai contoh mangsa yang telah
               diberikan  ubat-ubatan  inotropik  dan  vasopresor  maksimum  tetapi  tidak  menunjukaan  kesan  yang  positif

               terhadap rawatan.  Sekiranya jantung pesakit berhenti berdegup, maka CPR tidak lagi membantu.


           5. Jika terdapat tanda-tanda kematian yang pasti iaitu perubahan post mortem (post mortem changes) seperti
               lividiti  atau  kekakuan  atau  rigor  mortis  dan  putus  kepala.  Anak  mata  yang  mengembang  dan  tetap  (fixed

               dilated  pupils)  BUKAN  tanda  kematian  yang  pasti  dan  tidak  boleh  digunakan  sebagai  indikasi  untuk  tidak
               memulakan CPR.






           Bilakah perlu saya BERHENTI melakukan CPR ?



           1. Jika mangsa telah pulih (bernafas atau ada nadi)


           2. Jika pemberi bantuan (penyelamat) kepenatan dan tidak lagi mampu untuk meneruskan pemberian tekanan
               dada yang efektif.


           3. Jika bantuan paramedik telah tiba untuk mengambil alih tugas penyelamat.


           4. Jika bahaya tiba-tiba muncul semasa melakukan CPR



           5. Ketika memberi renjatan defibrilasi.






           Adakah saya akan dipersalahkan di mahkamah jika saya melakukan CPR ?


           Niat anda adalah untuk membantu mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kardium atau pernafasan terhenti.

           Dalam situasi ini, jika anda tidak memberi bantuan sudah tentu mangsa ini akan mati. Tetapi jika anda memberi
           bantuan, peluang mangsa tersebut untuk hidup masih ada. Mahkamah akan melihat faktor-faktor ini jika terdapat
           masalah medikolegal














                                                                                                                                               27
                                                                                                                                             26
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33